Melalui penghantaran Borang Nyata secara manual ke Seksyen Pengurusan Rekod & Maklumat Percukaian, HASiL. 

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Seksyen Pengurusan Rekod & Maklumat Percukaian
Jabatan Operasi Cukai
Karung Berkunci 00222
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

Anda disarankan untuk merujuk kepada buku panduan / nota penerangan sebelum mengisi Borang Nyata.

Borang Nyata dan  buku panduan / nota penerangan boleh diakses di portal rasmi HASiL, www.hasil.gov.my > Borang > Muat Turun > Individu > pilih Tahun Taksiran. Seterusnya, rujuk Buku Panduan / Nota Penerangan mengikut jenis borang yang berkaitan.