Jenayah dan Sivil

Kesalahan, Denda dan Penalti

Jenis Kesalahan

Peruntukan Di Bawah ACP 1967

Jumlah Denda (RM)

Tidak mengembalikan Borang Nyata

112(1)

200.00 hingga 20,000.00 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya

Tidak memaklumkan layak dikenakan cukai

112(1)

200.00 hingga 20,000.00 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya

Tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata

113(1)(a)

1,000.00 hingga 10,000.00 dan 200% atas cukai terkurang lapor

Memberi maklumat tidak tepat mengenai tanggungan cukai sendiri / orang lain

113(1)(b)

1,000.00 hingga 10,000.00 dan 200% atas cukai terkurang lapor

Sengaja mengelak cukai / membantu orang lain mengelak cukai

114(1)

1,000.00 hingga 20,000.00 / Penjara tidak melebihi 3 tahun / Kedua-duanya dan 300% atas cukai terkurang lapor

Membantu / menasihati orang lain dalam penyediaan Borang Nyata menyebabkan terkurang cukai

114(1A)

2,000.00 hingga 20,000.00 / Penjara tidak melebihi 3 tahun / Kedua-duanya

Meninggalkan negara tanpa membayar cukai

115(1)

200.00 hingga 20,000.00 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya

Menganggu / menghalang pegawai LHDNM menjalankan tugas

116

1,000.00 hingga 10,000.00 / Penjara tidak melebihi 1 tahun / Kedua-duanya

Tidak menyimpan rekod

119A

300.00 hingga 10,000.00 / Penjara tidak melebihi 1 tahun / Kedua-duanya

Tidak memberi maklumat yang dikehendaki oleh LHDNM

120(1)

200.00 hingga 20,000.00 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya

Tidak melaporkan pertukaran alamat dalam tempoh 3 bulan

120(1)

200.00 hingga 20,000.00 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya