🌐 BM | ENG

Syarikat

Cukai Koperasi

Pengenalan

Cukai koperasi dikenakan atas pertubuhan / badan berikut yang bermastautin dan memperoleh pendapatan di Malaysia:

  1. Koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502);
  2. Pertubuhan Peladang yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973; dan
  3. Persatuan Nelayan yang didaftarkan di bawah Akta Persatuan Nelayan 1971.
Perhatian

Layanan cukai koperasi tertakluk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967

Tanggungjawab Koperasi
  • Hantar Borang C1 secara e-Filling (e-C1) mulai tahun taksiran 2024 dalam tempoh 7 bulan dari tarikh tutup tempoh perakaunan (termasuk koperasi dorman).
  • Hantar Borang C1 secara e-Filling (e-C1) atau Borang C1 secara manual ke Bahagian Pengurusan Rekod & Maklumat Percukaian HASiL dalam tempoh 7 bulan dari tarikh tutup tempoh perakaunan (termasuk koperasi dorman) bagi tahun taksiran 2023 dan ke belakang.
  • Hantar anggaran cukai secara e-Filling (e-CP204).
  • Bayaran Ansuran Koperasi (anggaran dibuat oleh koperasi).
Perkara / AnggaranKoperasi BaharuKoperasi Sedia AdaBorang
PenghantaranDalam masa 3 bulan pertama operasi30 hari sebelum mula tempoh asasCP204
Tempoh BayaranBulan ke-6
tempoh asas
Bulan ke-2
tempoh asas
CP207
Tarikh BayaranSebelum / pada 15 haribulanCP207
Anggaran PemindaanBulan ke-6 atau ke-9 atau ke-11 tempoh asas atau dalam ketiga-tiga bulan tersebute-CP204A

(Koperasi dorman tidak perlu hantar CP204)

  • Bayar baki cukai (jika ada) menggunakan CP207 sebelum / pada hari terakhir pengemukaan Borang C1 (7 bulan selepas tarikh penutupan tempoh perakaunan).
  • Simpanan rekod dan buku akaun selama 7 tahun bagi tujuan semakan HASiL.

Pengecualian Cukai Koperasi di bawah Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967:

  • Subperenggan 12(1)(a)
    Bagi tempoh 5 tahun pertama mulai dari tarikh pendaftaran koperasi tersebut; dan
  • Subperenggan 12(1)(b)
    Selepas 5 tahun tamat, jika kumpulan wang ahli pada hari pertama tempoh asas kurang daripada RM750,000

Perhatian

Koperasi perlu mengisi dan menghantar Borang C1 secara e-Filing (e-C1) atau Borang C1 secara manual tanpa mengambil kira sama ada koperasi layak pengecualian cukai.


  • Pengerusi koperasi
  • Setiausaha koperasi
  • Bendahari koperasi
  • Orang yang menjalankan mana-mana fungsi di atas
Kategori Banjaran Pendapatan Bercukai (RM) Pengiraan Cukai (RM) Kadar (%) Cukai (RM)
A 1 – 30,000 30,000 pertama 0 0
B 30,001 – 60,000 30,000 berikutnya 5 1,500
C 60,001 – 100,000 60,000 pertama
40,000 berikutnya
10 1,500
4,000
D 100,001 – 150,000 100,000 pertama
50,000 berikutnya
15 5,500
7,500
E 150,001 – 250,000 150,000 pertama
100,000 berikutnya
18 13,000
18,000
F 250,001 – 500,000 250,000 pertama
250,000 berikutnya
21 31,000
52,500
G 500,001 – 750,000 500,000 pertama
250,000 berikutnya
23 83,500
57,500
H 750,000 dan ke atas 750,000 pertama
setiap ringgit berikutnya
24 141,000
………
  • Perkhidmatan ByrHASiL
  • Bayaran Melalui Kad Kredit
  • Perkhidmatan Bayaran pada ejen HASiL yang dilantik

* Sila rujuk Seksyen 65A, 77A, 107C, perenggan 12 Jadual 6, Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Ketetapan Umum No. 9/2011 untuk rujukan lanjut.