Pindah Milik Harta Tanah Yang Dipusakai

  1. Tarikh dan harga pemerolehan oleh waris
     Bil. Harta dipusakai daripada si mati Tarikh pemerolehan Harga pemerolehan
    i. Harta yang dihadiahkan sewaktu kematian Tarikh pindah milik harta tanah Nilai pasaran harta tanah pada tarikh pindah milik tolak amaun di bawah perenggan 4(1)(a), 4(1)(b) atau 4(1)(c) Jadual 2 ACKHT
    ii. Penerimaan harta tanah sebagai ganti kepada wang peninggalan Tarikh pindah milik harta tanah Nilai pasaran harta tanah pada tarikh pindah milik atau wang peninggalan yang mana rendah tolak amaun di bawah perenggan 4(1)(a), 4(1)(b) atau 4(1)(c) Jadual 2 ACKHT
    iii. Pemindahan harta tanah kepada penerima legasi oleh wasi (tidak kira sama ada dia sendiri adalah penerima legasi) atau pemegang amanah sesuatu amanah yang diwujudkan di bawah wasiat Tarikh pindah milik harta tanah Nilai pasaran harta tanah pada tarikh pindah milik tolak amaun di bawah perenggan 4(1)(a), 4(1)(b) atau 4(1)(c), Jadual 2 ACKHT
  2. Tarikh dan harga pemerolehan oleh wasi harta pusaka

    Tarikh pemerolehan harta tanah oleh wasi adalah pada tarikh kematian si mati. Harga pemerolehan pula adalah nilai pasaran harta tanah pada tarikh kematian dikurangkan dengan amaun di bawah perenggan 4(1)(a), (b) dan (c) Jadual 2 ACKHT.

  3. Penurunan harta si mati kepada wasi atau waris

    Bagi transaksi penurunan harta tanah si mati kepada wasi atau waris, harga pelupusan dianggap sama dengan harga pemerolehan menurut perenggan 3(1)(a) Jadual 2 ACKHT. Oleh yang demikian, transaksi tersebut tidak memberikan seseorang keuntungan atau kerugian untuk dikenakan cukai.
Di lawati :
Kemaskini : :