Pengenalan SME

SME adalah singkatan dalam Bahasa Inggeris Small Medium Enterprise bermaksud Perniagaan Kecil dan Sederhana dalam Bahasa Melayu.Perniagaan Kecil dan Sederhana dikategorikan dalam dua industri iaitu:

  1. Pembuatan
    Contoh industri pembuatan adalah seperti kilang alat ganti atau aktiviti perniagaan yang melibatkan produk fizikal. Jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang.

  2. Perkhidmatan
    Contoh industri Perkhidmatan dan sektor lain adalah aktiviti perniagaan selain dari industri pembuatan. Jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.

Kategori Mikro Kecil Sederhana
Perkilangan Jualan tahunan kurang dari RM300,000 atau jumlah pekerja sepenuh masa kurang dari 5 orang Jualan tahunan dari RM300,000 sehingga RM15 juta atau  jumlah pekerja sepenuh masa dari 5 sehingga 75 orang. Jualan tahunan dari RM15 juta  sehingga RM 50 juta atau  jumlah pekerja sepenuh masa dari 75 sehingga 200 orang.
Perkhidmatan & Lain-lain sektor Jualan tahunan dari RM300,000 sehingga RM 3 juta atau  jumlah pekerja sepenuh masa dari 5 sehingga 30 orang. Jualan tahunan dari RM 3 juta sehingga RM 20 juta  atau  jumlah pekerja sepenuh masa dari 30 sehingga 75 orang.

PKS merujuk kepada hanya entiti perniagaan tulen seperti berikut:

  1. Ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2016 (menggantikan Akta Syarikat 1965); atau
  2. Berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan (1956) atau Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (2012); atau
  3. Berdaftar di bawah pihak berkuasa atau pejabat daerah di Sabah dan Sarawak; atau
  4. Berdaftar di bawah badan berkanun bagi pembekal perkhidmatan profesional.

  1. Syarikat tersenarai awam tetapi berada di papan kedua seperti pasaran ACE, Malaysia Online Trading Platform for Unlisted Market (MyULM) atau di pasaran kedua / SME exchanges / pasaran tidak tersenarai di negara lain dan subsidiari akan dianggap sebagai PKS.
  2. Syarikat tersenarai awam di papan utama seperti Bursa Malaysia atau bursa utama di negara-negara lain dan subsidiari tidak akan dianggap sebagai PKS.
  3. Subsidiari syarikat besar, syarikat multinasional (MNC), syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Perusahaan milik negara tidak akan dianggap sebagai PKS.
  4. Subsidiari entiti lain boleh dianggap sebagai PKS jika kedua-dua entiti induk dan subsidiari memenuhi definisi PKS

  • LHDNM memberi jaminan akan sentiasa bersikap adil dan saksama dalam usaha menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat.
  • Pendekatan ini adalah selari dengan prinsip LHDNM iaitu menjalankan tugas secara professional dan berintegriti.
  • Berikut adalah layanan cukai istimewa yang diberikan kepada SME dan startup tempatan tanpa mengambil kira sama ada syarikat mempunyai usahama atau tidak.
    1. Pengenaan cukai pada kadar 17% ke atas pendapatan bercukai sehingga RM600,000 kepada syarikat yang mempunyai modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta dan nilai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta.
    2. SME layak menuntut elaun khas bagi setiap aset bernilai kecil yang tidak melebihi RM2,000.
    3. Penangguhan bayaran ansuran cukai pendapatan iaitu CP204 dan CP500 mulai 1 Jan 2022 sehingga 30 Jun 2022.
    4. Kebenaran pindaan anggaran cukai
    5. Pengecualian Duti Setem ke atas pinjaman perjanjian bagi fasiliti pinjaman yang diluluskan di bawah Tabung Bank Negara Malaysia. Boleh dirujuk P.U. (A) 387/2021.
    6. Pengecualian Duti Setem berkaitan pencantuman dan perolehan oleh SME.
    7. Pengecualian Duti Setem berkaitan pinjaman mikro dibawah RM50,000. Boleh dirujuk P.U (A) 446/2011.
    8. Potongan Khas Bagi SME. Potongan dibenarkan bagi suatu amaun bersamaan dengan jumlah amaun pengurangan sewa yang tidak kurang daripada 30% daripada kadar sewa bulanan di bawah perjanjian sewa sedia ada bagi suatu premis perniagaan.
    9. Rebat cukai bagi penubuhan entiti baharu SME. Rebat cukai sehingga RM20,000 bagi setiap tahun taksiran. (Dalam tempoh 3 tahun berturut-turut). Ditubuhkan dan beroperasi mulai 1 Julai 2020 sehingga 31 Disember 2021.
  • Selain daripada itu, inisiatif terkini bagi Inisiatif Utama Bantuan Kewangan & Pembiayaan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia adalah seperti berikut:
    1. Pembiayaan kredit mikro tanpa faedah untuk 6 bulan pertama, beserta kemudahan moratorium, akan disediakan melalui pelbagai agensi seperti TEKUN, Agrobank dan BSN, kepada para peniaga mikro,
    2. Untuk memperkasakan pembiayaan alternatif melalui kaedah equity crowd funding dan peer-to-peer financing - Geran padanan untuk Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF), serta pelaburan oleh BPMB.
    3. Skim geran pendigitalan PKS berjumlah RM200 juta.