HARGA PELUPUSAN DIANGGAP BERSAMAAN DENGAN HARGA PEMEROLEHAN
Dalam transaksi pindah milik aset yang mana harga pelupusan dianggap sama dengan harga pemerolehan, tiada keuntungan yang boleh dikenakan cukai atau kerugian yang boleh dibenarkan kepada pelupus. Antara transaksi sedemikian adalah:
- Penurunan Aset Simati [subperenggan 3(1)(a) Jadual 2]
Penurunan aset si mati kepada wasi atau penerima legasi yang dinyatakan dalam wasiat atau tak berwasiat, atau kepada pemegang amanah bagi amanah yang diwujukan mengikut wasiat. - Pindah Milik Aset Antara Suami Isteri [subperenggan 3(1)(b)(i) Jadual 2]
Pindah milik aset antara suami dan isteri dengan suatu balasan. Berkuatkuasa mulai 1.1.2018, pemakaian peruntukan ini dihadkan kepada pelupus yang merupakan warganegara Malaysia sahaja. - Pindah Milik Aset Kepada Syarikat Yang Dikawal [subperenggan 3(1)(b)(ii) Jadual 2]
- Harta yang dimiliki oleh seorang individu, isterinya, atau kedua-duanya atau seorang individu dan orang yang berkaitan, seorang nomini bagi individu itu, seorang nomini bagi isterinya atau kedua-duanya, atau oleh pemegang amanah bagi individu itu, pemegang amanah bagi isterinya atau kedua-duanya dipindahkan kepada syarikat yang bermastautin di Malaysia atau tidak. Mulai 1.1.2018 aset yang dipindahkan mestilah yang dimiliki oleh warganegara Malaysia;
- Syarikat tersebut dikawal olehnya atau isterinya, atau kedua-duanya atau dengan orang yang berkaitan seorang nomini bagi individu itu, seorang nomini bagi isterinya atau kedua-duanya, atau oleh pemegang amanah bagi individu itu, pemegang amanah bagi isterinya atau kedua-duanya;
- Balasan untuk pindah milik adalah dalam bentuk saham sepenuhnya atau sekurang-kurangnya 75% dalam bentuk saham dan bakinya dalam bayaran wang.
Sekiranya saham [yang diterima daripada transaksi yang tidak dikenakan cukai di bawah perenggan 3(1)(b) Jadual 2] ini dilupuskan, maka transaksi pelupusan saham tersebut adalah tertakluk kepada CKHT di bawah peruntukan perenggan 34 Jadual 2 ACKHT.
Kerugian daripada transaksi di bawah perenggan 34 Jadual 2 ini adalah tidak dibenarkan mulai 1.1.2022.
- Hadiah Kepada Kerajaan [subperenggan 3(1)(e) Jadual 2]
Aset yang dihadiahkan kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan atau badan khairat yang dikecualikan daripada ACP. - Pengambilan Wajib Mengikut Undang-Undang [subperenggan 3(1)(f) Jadual 2]
Pelupusan sesuatu aset disebabkan oleh pemerolhan wajib berdasarkan mana-mana undang-undang. - Pemberian Tanpa Balasan [perenggan 12 Jadual 2]
- Pelupusan aset dengan cara pemberian atau hadiah (balasan kasih sayang) dianggap sebagai pelupusan pada nilai pasaran aset itu.
- Walau bagaimanapun, sekiranya pemberian itu adalah antara:
- suami dan isteri,
- ibu/bapa dan anak,
- datuk/nenek dan cucu,
pemberi dianggap tidak menerima apa-apa keuntungan dan tidak menanggung sebarang kerugian. Oleh itu pemberi tidak dikenakan cukai. Mulai 1.1.2017, pemberi mestilah warganegara Malaysia bagi melayakkannya tidak dikenakan cukai menurut perenggan ini.
- Pelupusan aset dengan cara pemberian atau hadiah (balasan kasih sayang) dianggap sebagai pelupusan pada nilai pasaran aset itu.
Di lawati :
Kemaskini : :