Penentuan Keuntungan Yang Boleh Dikenakan Cukai / Kerugian Dibenarkan

  1. Keuntungan yang boleh dikenakan cukai
    Sekiranya harga pelupusan aset melebihi harga pemerolehan, terdapat keuntungan yang boleh dikenakan cukai.

  2. Kerugian dibenarkan
    Sekiranya harga pelupusan aset kurang daripada harga pemerolehan, terdapat kerugian yang boleh dibenarkan.

    Kerugian daripada pelupusan aset dibenarkan tolakan daripada keuntungan pelupusan aset berikutnya dalam tahun taksiran yang sama.

    Kerugian daripada pelupusan yang tidak dapat diserap dalam sesuatu tahun taksiran boleh dibawa ke hadapan dan dibenarkan tolakan daripada keuntungan yang boleh dikenakan cukai daripada pelupusan aset lain dalam tahun-tahun taksiran berikutnya.

    Tahun taksiran pertama tuntutan kerugian bermula apabila terdapat keuntungan pelupusan aset dalam sesuatu tahun taksiran. Tuntutan baki kerugian dihadkan kepada 9 tahun taksiran berturut-turut sebaik selepas kerugian tersebut boleh ditolak daripada keuntungan yang boleh dikenakan cukai dalam tahun-tahun taksiran berikutnya.

  3. Tiada keuntungan yang boleh dikenakan cukai atau kerugian yang boleh dibenarkan dalam keadaan harga pelupusan aset sama dengan harga pemerolehannya.

  4. Pengiraan keuntungan atau kerugian adalah seperti berikut:

 

RM

RM

RM

Amaun atau nilai balasan dalam bentuk wang atau  nilai wang untuk pelupusan aset berkenaan

 

xx

 

Tolak: Belanja dibenarkan

 

 

 

-  Perbelanjaan untuk tujuan meninggikan nilai atau memelihara nilai aset yang dicerminkan pada masa ia dilupuskan

x

 

 

-  Perbelanjaan dalam mengekalkan, memelihara atau mempertahankan hak milik atau hak atas aset

x

 

 

-  Kos sampingan untuk pelupusan

x

xx

 

Harga pelupusan

 

 

xx

Tolak:

     

Balasan dalam bentuk wang atau nilai wang yang dibayar oleh pemilik semasa memperoleh aset

 

xx

 

Campur: Kos sampingan untuk pemerolehan

 

x

 

 

 

xx

 

Tolak:

- Pampasan yang diterima kerana kerosakan aset atau susut nilai aset

x

 

 

-   Wang yang diterima di bawah polisi insurans kerana kerosakan aset atau susut nilai aset

x

   

-   Amaun deposit yang terlucut hak kepada pelupus

x

xx

 

Harga pemerolehan

   

xx

Keuntungan boleh dikenakan cukai / Kerugian dibenarkan [Seksyen 7 ACKHT]

   

xx

Tolak: Pengecualian perenggan 2 Jadual 4 (untuk individu sahaja)

   

xx

Keuntungan yang boleh dikenakan cukai

   

xx*

Tolak: Kerugian boleh dibenarkan bagi pelupusan sebelumnya

   

xx

Keuntungan boleh dikenakan cukai

   

xx

Cukai yang dikenakan : xx* @ kadar cukai yang berkaitan

   

 

Di lawati :
Kemaskini : :