Pengecualian
Terdapat beberapa peruntukan pengecualian di bawah ACKHT, antaranya:
-
Pengecualian perenggan 2 Jadual 4 ACKHT
Pengecualian perenggan 2 Jadual 4 hanya dinikmati oleh individu dan diberi seperti berikut:
- Pelupusan keseluruhan bahagian milik individu
Pengecualian adalah sebanyak RM10,000 atau 10% daripada keuntungan yang boleh dikenakan cukai, yang mana lebih tinggi. - Pelupusan sebahagian daripada keseluruhan bahagian yang dimiliki (bagi pelupusan mulai 31.12.2015)
Sekiranya individu menjual sebahagian daripada keseluruhan bahagian yang dimilikinya, maka pengiraan pengecualian adalah seperti berikut:- Bagi pelupusan harta tanah
iaitu,A X C B
atauA
-
Bahagian keluasan aset yang boleh dikenakan cukai yang dilupuskan
B
-
Jumlah keluasan aset yang boleh dikenakan cukai
C
-
RM10,000
10% daripada keuntungan yang boleh dikenakan cukai, yang mana lebih tinggi. - Bagi pelupusan saham
iaitu,A X C B
atauA
-
Bilangan saham yang disifatkan sebagai aset yang boleh dikenakan cukai di bawah perenggan 34 atau 34A Jadual 2 yang dilupuskan
B
-
Jumlah bilangan saham terbitan yang disifatkan sebagai aset yang boleh dikenakan cukai di bawah perenggan 34 atau 34A Jadual 2
C
-
RM10,000
10% daripada keuntungan yang boleh dikenakan cukai, yang mana lebih tinggi.
- Bagi pelupusan harta tanah
- Pelupusan keseluruhan bahagian milik individu
- Pengecualian di bawah seksyen 8 ACKHT
- Pengecualian diberikan atas keuntungan yang diperolehi daripada pelupusan kediaman persendirian. Pengecualian hanya layak dinikmati oleh individu sekali seumur hidup.
- Kediaman persendirian ditakrifkan sebagai bangunan atau sebahagian daripada bangunan di Malaysia yang dimiliki oleh seseorang individu dan diduduki atau disahkan layak untuk diduduki sebagai tempat kediaman.
- Syarat-syarat pengecualian:
- Hanya individu warganegara Malaysia atau pemastautin tetap Malaysia sahaja yang layak mendapat pengecualian;
- Pengecualian diberi untuk satu kediaman persendirian sahaja; dan
- Pemilihan pengecualian hendaklah dibuat melalui Borang CKHT 3 secara elektronik melalui e-CKHT dan tidak boleh ditarik balik. Pengecualian tidak akan diberi atas keuntungan pelupusan kediaman persendirian yang seterusnya.
- Hanya individu warganegara Malaysia atau pemastautin tetap Malaysia sahaja yang layak mendapat pengecualian;
- Pemilihan tidak boleh dibuat sekiranya pengecualian telah diberikan kepada individu mengikut Akta Spekulasi Tanah 1974 berhubung dengan pelupusan kediaman persendirian.
- Pengecualian diberikan atas keuntungan yang diperolehi daripada pelupusan kediaman persendirian. Pengecualian hanya layak dinikmati oleh individu sekali seumur hidup.
Di lawati :
Kemaskini : :