Harga Pelupusan & Harga Pemerolehan
- Harga Pelupusan
Harga pelupusan adalah amaun atau nilai balasan dalam bentuk wang atau nilai wang bagi pelupusan aset tolak perbelanjaan yang dibenarkan.- Pengiraan harga pelupusan adalah seperti berikut:
RM
RM
Amaun atau nilai balasan dalam bentuk wang atau nilai wang untuk pelupusan aset berkenaan xx
Tolak : Belanja dibenarkan (b)
- Perbelanjaan untuk tujuan meninggikan nilai atau memelihara nilai aset yang dicerminkan pada masa ia dilupuskan
x
- Perbelanjaan dalam mengekalkan, memelihara atau mempertahankan hak milik atau hak atas aset
x
- Kos sampingan untuk pelupusan
x
xx
Harga pelupusan xx
- Perbelanjaan yang kesemua dan semata-mata dibelanja atas aset yang dilupuskan iaitu:
- Perbelanjaan yang dilakukan oleh atau bagi pihak pelupus pada bila-bila masa selepas aset diperoleh untuk tujuan meninggikan nilai atau memelihara nilai aset yang dicerminkan pada masa aset dilupuskan [perenggan 5(1)(a) Jadual 2].
Contohnya kos ubah suai dapur atau kos membesarkan gudang bagi suatu perniagaan. - Perbelanjaan yang dilakukan oleh pelupus pada bila-bila masa selepas aset diperoleh dalam mengekalkan, memelihara atau mempertahankan hak milik atau hak atas aset [perenggan 5(1)(b) Jadual 2].
Contohnya fi guaman yang dibayar untuk mempertahankan hak milik atas aset. - Kos sampingan pelupusan aset iaitu bayaran fi, komisen atau saraan yang dibayar untuk perkhidmatan profesional seseorang juru ukur, penilai, akauntan, ejen dan penasihat undang-undang [perenggan 5(1)(c) dan perenggan 6 Jadual 2].
- Perbelanjaan yang dilakukan oleh atau bagi pihak pelupus pada bila-bila masa selepas aset diperoleh untuk tujuan meninggikan nilai atau memelihara nilai aset yang dicerminkan pada masa aset dilupuskan [perenggan 5(1)(a) Jadual 2].
- Pengiraan harga pelupusan adalah seperti berikut:
- Harga Pemerolehan
Harga pemerolehan adalah amaun atau nilai balasan dalam bentuk wang atau nilai wang bagi pemerolehan aset termasuk kos sampingan semasa pemerolehan aset tersebut.- Pengiraan harga pemerolehan adalah seperti berikut:
RM
RM
Balasan dalam bentuk wang atau nilai wang yang dibayar oleh pemilik semasa memperoleh aset
xx
Campur: Kos sampingan untuk pemerolehan(b)
x
xx
Tolak :
- Pampasan yang diterima kerana kerosakan aset atau susut nilai aset(c)
x
- Wang yang diterima di bawah polisi insurans kerana kerosakan aset atau susut nilai aset(d)
x
- Amaun deposit yang terlucut hak kepada pelupus(e)
x
xx
Harga pemerolehan
xx
- Kos sampingan untuk pemerolehan seperti bayaran fi, komisen atau saraan yang dibayar untuk perkhidmatan profesional seseorang juruukur, penilai, akauntan, ejen, dan penasihat undang-undang [perenggan 4(1) Jadual 2].
- Pampasan yang diterima kerana kerosakan, kemusnahan atau susut nilai aset [perenggan 4(1)(a) Jadual 2].
- Wang yang diterima di bawah polisi insurans untuk kerosakan, bencana, kehilangan, kebinasaan atau susut nilai pada aset itu [perenggan 4(1)(b) Jadual 2].
- Jumlah wang yang terlucut hak iaitu deposit yang diterima oleh pelupus berhubung dengan pindah milik/pelupusan yang terbatal [perenggan 4(1)(c) Jadual 2].
- Pengiraan harga pemerolehan adalah seperti berikut:
- Perbelanjaan Yang Tidak Diambil Kira
Antara perbelanjaan yang tidak dibenarkan sebagai potongan dalam menentukan harga pemerolehan atau harga pelupusan aset adalah seperti berikut:- Perbelanjaan yang boleh dibenarkan dalam pengiraan pendapatan larasan atau kerugian larasan di bawah ACP 1967.
Perbelanjaan tersebut tidak boleh diambil kira dalam menentukan harga pemerolehan atau harga pelupusan bagi maksud CKHT tanpa mengambil kira sama ada perbelanjaan tersebut dituntut atau tidak di bawah ACP 1967. - Perbelanjaan yang dilakukan dalam tempoh tertentu oleh pelupus kategori Bahagian I Jadual 5 ACKHT bagi pelupusan yang berikut:
Tarikh Pelupusan
Aset yang Dilupuskan
Tarikh Pemerolehan
Perbelanjaan Tidak Dibenarkan
1.1.2019 hingga 11.10.2019
Harta tanah atau saham
Sebelum 1.1.2000
Perbelanjaan dilakukan sebelum 1.1.2000
Mulai 12.10.2019
Harta tanah (tidak termasuk saham)
Sebelum 1.1.2013
Perbelanjaan dilakukan sebelum 1.1.2013
- Perbelanjaan yang dilakukan sebelum 1.1.1970 oleh pelupus kategori Bahagian II dan III Jadual 5 ACKHT.
- Faedah atas pinjaman untuk membeli aset.
- Fi yang dibayar untuk melengkapkan dan menghantar Borang Nyata CKHT.
- Perbelanjaan yang boleh dibenarkan dalam pengiraan pendapatan larasan atau kerugian larasan di bawah ACP 1967.
Di lawati :
Kemaskini : :