Borang Nyata tidak lengkap yang tidak boleh diterima tidak akan diproses dan surat pemberitahuan akan dikeluarkan. Penalti di bawah Subseksyen 112(3) Akta Cukai Pendapatan 1967 akan dikenakan atau tindakan di bawah Subseksyen 112(1), 112(1A) atau Perenggan 120(1)(b) Akta yang sama akan diambil jika berlaku kelewatan atau kegagalan dalam mengemukakan semula Borang Nyata tersebut kepada HASiL.
Catatan
Penerangan
Spesifikasi cetakan Borang Nyata yang diterima:
Pembayar cukai hendaklah memastikan muka surat dan lampiran dalam Borang Nyata adalah mencukupi seperti Borang Nyata asal yang dikeluarkan oleh HASiL.
Catatan
Tahun taksiran yang tertera pada Borang Nyata tidak boleh dipinda kecuali bagi pengeluaran Surat Penyelesaian Cukai.
Penerangan
Pembayar cukai hendaklah menggunakan Borang Nyata yang ditetapkan oleh HASiL bagi tahun taksiran berkaitan.
Catatan
Terdapat kesilapan dalam maklumat asas yang diberikan dalam Borang Nyata seperti:
Nama,
Nombor Pengenalan atau
Nombor Pendaftaran.
Penerangan
Pembayar cukai hendaklah memastikan bahawa maklumat yang dikemukakan adalah betul dan tepat. Pembayar cukai perlu mengemukakan salinan Notis Pendaftaran Nama Baharu / Perakuan Pemerbadanan/ kad pengenalan / pasport jika terdapat perbezaan dengan maklumat yang dilaporkan sebelum itu kepada LHDNM.
Catatan
Terpakai untuk Borang Nyata bagi C1, PT, TA, TC, TR dan TN sahaja.
Penerangan
Pembayar cukai hendaklah memastikan tarikh tempoh perakaunan dan tempoh asas yang dimasukkan adalah betul dan lengkap.
Catatan
Terpakai untuk Borang TN sahaja.
Penerangan
Amanah perniagaan yang menuntut / menyerahkan kerugian di bawah peruntukan relif kumpulan hendaklah mengemukakan Borang (RK-T) / Borang (RK-S) bagi Borang TN, yang mana berkenaan.
Catatan
Penerangan
Pembayar cukai hendaklah memastikan amaun yang dimasukkan dan pengiraan cukai adalah benar dan tepat.
Catatan
Penerangan
Borang Nyata yang tidak ditandatangani tidak akan diproses. Penggunaan cap tandatangan adalah tidak dibenarkan. Butiran di bahagian ini hendaklah diisi dengan betul dan lengkap.
Catatan
Tiada maklumat alamat surat-menyurat.
Penerangan
Borang nyata tidak akan diproses. Butiran di bahagian ini hendaklah diisi dengan betul dan lengkap.
Catatan
Tiada maklumat tarikh diluluskan oleh Menteri.
Penerangan
Borang nyata tidak akan diproses. Butiran di bahagian ini hendaklah diisi dengan betul dan lengkap.
Catatan
Penerangan
Peranti yang dibenarkan untuk pengemukaan C.P.8D adalah pemacu USB.
Pengemukaan C.P.8D melalui kemudahan e-mel hendaklah dihantar ke alamat CP8D@hasil.gov.my
Catatan
Penerangan
C204B hanya boleh ditandatangani oleh pemegang jawatan yang layak seperti yang dinyatakan dibahagian akuan pada borang.
Pembayar cukai perlu kemukakan salinan resolusi pengarah.
Pembayar cukai perlu kemukakan salinan Sijil Pemerbadanan Syarikat (Seksyen 17 Akta Syarikat 2016) dan Sijil Pertukaran Nama Syarikat dari SSM.