Home CKHT
‘Aset yang boleh dikenakan cukai’ bermaksud apa- apa harta tanah termasuk sesuatu kepentingan atau hak mengenai atau ke atas sesuatu aset. Aset yang boleh dikenakan cukai termasuk saham di bawah perenggan 34 dan 34A Jadual 2 ACKHT yang memberikan keuntungan terakru yang boleh dikenakan cukai.
‘Melupuskan’ ertinya, menjual, memindah hak, memindah milik, menyerah hak, menyelesaikan atau memberi milik sama ada melalui perjanjian atau melalui kuat kuasa undang-undang.
‘Keuntungan’ bermaksud keuntungan selain daripada keuntungan atau laba yang boleh dikenakan cukai pendapatan atau dikecualikan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) atau dalam hal sesuatu unit amanah, keuntungan yang tidak dikira sebagai pendapatan di bawah ACP 1967.
Walau bagaimanapun, pelupusan saham SHT oleh entiti Labuan yang menjalankan aktiviti perniagaan di bawah seksyen 2B Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 masih tertakluk kepada pengenaan cukai di bawah ACKHT.
Maklumat terperinci berkenaan CKM boleh dirujuk dalam Garis Panduan CKM bagi Saham Tidak Tersenarai bertarikh 21 Julai 2025.