Akademi Percukaian Malaysia (APM) merupakan institusi latihan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL). APM menggunakan kaedah pembelajaran secara bersemuka dan pembelajaran dalam talian. Norma baharu dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian terus disesuaikan menerusi platform Learning Management System (LMS), Google Classroom, Microsoft Teams, Zoom dan sepertinya.
- Mengendalikan aktiviti pembelajaran dan latihan dalaman melalui pelbagai program dalam bidang percukaian dan soft-skill untuk pegawai HASiL.
- Mengembangkan dan meluaskan perspektif percukaian dalam kalangan orang awam ke arah pematuhan cukai secara sukarela menerusi Program Pembelajaran Cukai.
Program latihan dalaman yang dijalankan di APM terbahagi kepada 2 kategori iaitu kursus wajib bagi tujuan pengesahan perkhidmatan dan kenaikan pangkat, serta kursus kemahiran.
Program Latihan Kerjasama Antarabangsa
Selain kursus dan latihan dalaman, APM juga melaksanakan kursus-kursus antarabangsa yang dianjurkan dengan kerjasama organisasi percukaian antarabangsa termasuk Commonwealth Association of Tax Administrator (CATA), Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD), International Bureau of Fiscal Documentation (IBFD), dan Japan International Cooperation Agency (JICA) menerusi Pusat Latihan Antarabangsa dan Profesional (PLAP).
Program dan kursus antarabangsa yang dijalankan bukan sahaja disasarkan kepada pegawai LHDNM tetapi juga kepada pegawai-pegawai cukai dari negara-negara Association of South East Asian Nations (ASEAN), negara-negara terpilih di Asia, Afrika, kawasan Kepulauan Pasifik dan negara-negara Komanwel yang lain. Penyertaan turut dibuka kepada pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan Malaysia.
Fokus latihan meliputi pelbagai topik termasuk percukaian antarabangsa, syarikat multinasional, perakaunan forensik, siasatan jenayah, e-dagang, penipuan dan kesedaran integriti, pindahan harga, perjanjian cukai dan pertukaran maklumat.
Di samping program latihan dalaman dan kursus antarabangsa, APM juga menjalankan program pembelajaran cukai untuk orang ramai terutamanya golongan profesional bagi meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mereka mengenai bidang cukai tertentu.
Berikut merupakan program dan kursus antarabangsa serta program pembelajaran cukai yang akan dijalankan oleh PLAP, APM dalam tahun 2022. Namun penyertaan bagi kursus kolaborasi antarabangsa adalah berdasarkan jemputan sahaja. Kursus antarabangsa pada tahun 2022 masih mengutamakan kaedah pembelajaran dalam talian disebabkan oleh keadaan pandemik buat masa ini.
Selain kursus dan latihan dalaman untuk pegawai LHDNM, APM turut melaksanakan kursus-kursus antarabangsa yang dianjurkan dengan kerjasama organisasi percukaian antarabangsa termasuk Commonwealth Association of Tax Administrator (CATA), Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD), International Bureau of Fiscal Documentation (IBFD), Japan International Cooperation Agency (JICA), South Centre (SC, Geneva) dan Centre of Excellence for Applied Research and Training (CERT, UAE) menerusi Pusat Latihan Antarabangsa dan Profesional (PLAP).
Program dan kursus antarabangsa yang dijalankan bukan sahaja disasarkan kepada pegawai LHDNM tetapi juga kepada pegawai-pegawai cukai dari negara-negara Association of South East Asian Nations (ASEAN), negara-negara terpilih di Asia, Afrika, kawasan Kepulauan Pasifik dan negara-negara Komanwel yang lain. Penyertaan juga dibuka kepada pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan Malaysia.
Fokus kursus dan latihan meliputi pelbagai topik termasuk percukaian antarabangsa, percukaian syarikat multinasional, digital ekonomi, perjanjian pengelakan cukai dua kali, pentadbiran percukaian, pindahan harga dan pertukaran maklumat.
Di samping program latihan dalaman dan kursus antarabangsa, APM juga menjalankan program pembelajaran cukai untuk orang ramai terutamanya golongan profesional bagi meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mereka mengenai bidang cukai tertentu seperti cukai pegangan, audit cukai dan siasatan, tanggungjawab majikan dan rayuan cukai.
Berikut merupakan program dan kursus antarabangsa serta program pembelajaran cukai yang akan dijalankan oleh PLAP, APM dalam tahun 2023. Namun penyertaan bagi kursus antarabangsa adalah berdasarkan jemputan sahaja. Kursus antarabangsa pada tahun 2023 masih mengutamakan kaedah pembelajaran dalam talian disebabkan platform ini masih mendapat sambutan dan relevan.
NO |
TARIKH* |
KURSUS |
KAEDAH |
SASARAN PESERTA
|
1 |
23 FEB 2023 |
LEARN, EXCEL & ELEVATE (LEE): TRANSFER PRICING FUNDAMENTALS |
Bersemuka |
Peserta terpilih sahaja |
2 |
06 – 10 MAC 2023 |
IRBM-IMF: CAPACITY BUILDING ON MUTUAL AGREEMENT PROCEDURES (MAP) |
Bersemuka |
Peserta terpilih sahaja |
3 |
6 MAC 2023 |
IRBM-OECD: HOT TOPICS IN INTERNATIONAL TAX |
e-Pembelajaran (Kelas secara maya) |
Peserta terpilih sahaja |
4 |
15 & 16 MAC 2023 |
IRBM-FMM: TAX COMPLIANCE & AUDIT |
Bersemuka |
Terbuka untuk orang awam |
5 |
14 APRIL 2023 |
IRBM-OECD: WEBINAR: Q&A ON P1/P2 RECORDED WEBINARS |
e-Pembelajaran (Kelas secara maya) |
Peserta terpilih sahaja |
6 |
23 – 25 MEI 2023 |
IRBM – OECD : CHALLENGES & OPPORTUNITIES ARISING FROM DIGITALISATION |
e-Pembelajaran (Kelas secara maya) |
Peserta terpilih sahaja |
7 |
23 MEI 2023 |
LEARNING FROM EXPERT SERIES (LFE): TRANSFER PRICING – FUNDAMENTALS, PRINCIPLES AND DOCUMENTATIONS BIL 2/2023 |
Bersemuka |
Terbuka untuk orang awam |
8 |
25 MEI 2023 |
LEARNING FROM EXPERTS SERIES (LFE): TAX APPEALS – RULES & PROCEDURES |
Bersemuka |
Terbuka untuk orang awam |
9 |
8 JUN 2023 |
IRBM-FMM: TRANSFER PRICING – DOCUMENTATION & COMPLIANCE |
Bersemuka |
Terbuka untuk orang awam |
10 |
12 – 16 JUN 2023 |
IRBM – CATA : WORKSHOP ON TAXATION OF INTERNATIONAL TRANSACTIONS (TOIT) - TAX TREATIES |
Bersemuka |
Peserta terpilih sahaja |
11 |
19 – 23 JUN 2023 |
IRBM – CATA : WORKSHOP ON TAXATION OF INTERNATIONAL TRANSACTIONS (TOIT) – TRANSFER PRICING |
Bersemuka |
Peserta terpilih sahaja |
12 |
10 – 14 JULAI 2023 |
IRBM – IBFD: DIGITAL ASSETS |
Bersemuka |
Peserta terpilih sahaja |
13 |
1 – 2 Ogos 2023 |
IRBM – CTIM : NATIONAL TAX CONFERENCE (NTC) |
Pembelajaran secara hibrid |
Terbuka untuk orang awam |
14 |
24 OGOS 2023 |
IRBM-FMM: WITHHOLDING TAX |
Bersemuka |
Terbuka untuk orang awam |
15 |
18 – 22 SEPT 2023 |
IRBM – IBFD : HIGH NET WORTH INDIVIDUAL (HNWIs) |
Bersemuka |
Peserta terpilih sahaja |
* Tertakluk kepada sebarang perubahan
*Nota: Tarikh mungkin berubah dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Maklumat lanjut berkenaan kemudahan APM
Untuk maklumat lanjut berkenaan kemudahan APM, sila hubungi:
Pejabat Pendaftar,
Akademi Percukaian Malaysia,
Persiaran Wawasan,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor, Malaysia.
Telefon: +603-89243600 / +603-89245800
Faks: +603-89257299
Pegawai Perhubungan Awam: Klik disini