Home Antarabangsa Sijil Taraf Mastautin / e-Residence
Malaysia mempunyai rangkaian Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) yang luas. Sijil Taraf Mastautin (STM) dikeluarkan untuk mengesahkan pembayar cukai adalah bermastautin di Malaysia dan membolehkan pembayar cukai menuntut manfaat di bawah PPPDK serta mengelakkan pencukaian dua kali ke atas pendapatan yang sama. Oleh itu, STM hanya akan dikeluarkan bagi tujuan tersebut dan dengan rakan pejanji Malaysia sahaja.
Penentuan Taraf Mastautin
Penentuan taraf mastautin adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) dan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 (ACAPL) iaitu:
Permohonan STM
Permohonan STM bagi tujuan PPPDK perlu dibuat melalui Portal e-Residence bermula 1 Februari 2023. e-Residence disediakan untuk membolehkan pembayar cukai memohon STM secara dalam talian dan memudahkan pentadbir cukai asing berkenaan membuat semakan pengesahan terhadap STM tersebut.
Pembayar cukai yang ingin memohon STM melibatkan negara-negara yang tidak mempunyai PPPDK dengan Malaysia perlu mengemukakan Borang STM1 dan dokumen berkaitan menerusi emel cor@hasil.gov.my.
Sila klik e-Residence atau imbas kod QR di bawah:

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan STM, sila kemukakan pertanyaan anda melalui emel kepada cor@hasil.gov.my atau rujuk:
Permohonan STM hanya dapat diproses sekiranya semua dokumen diperlukan telah dimuatnaik / dikemukakan dengan lengkap dan teratur. Pemohon dinasihatkan untuk memastikan rekod dan maklumat percukaiannya adalah dikemaskini dan tepat. Status dan rekod pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan [BNCP] terkini membantu dalam melancarkan pemprosesan permohonan STM dalam tempoh ditetapkan.
| Bil | Pemohon | Dokumen Sokongan Yang Perlu Dimuatnaik | |
| 1. | Individu |
|
|
| 2. | Syarikat dan Kumpulan Orang | Syarikat
|
|
| 3. | Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) |
|
|
| 4. | Perkongsian |
|
|
| 5. | Badan Amanah |
|
|
| 6. | Amanah Perniagaan (BT) |
|
|
| 7. | Entiti Labuan |
|
|
Pemprosesan dan Tempoh Pengeluaran STM
Pemohon akan menerima slip pengesahan setelah permohonan dikemukakan.
STM akan diproses dalam tempoh 10 hari bekerja, daripada tarikh pengemukaan permohonan STM, tertakluk kepada semua maklumat dan dokumen yang dimuat naik telah lengkap dan teratur.
Pemohon akan menerima emel pemberitahuan apabila STM telah diluluskan. Nombor Rujukan PIN yang disertakan dalam emel berkenaan boleh digunakan untuk mencetak STM daripada Portal e-Residence.
STM dijana menerusi Portal e-Residence dan tidak memerlukan tandatangan
Pengesahan Taraf Mastautin Pada Borang Khas Yang Dikeluarkan Oleh Pentadbir Cukai Asing
Pengesahan taraf mastautin pada borang khas yang dikeluarkan oleh pentadbir cukai asing telah diberhentikan. STM yang dikeluarkan melalui Portal e-Residence adalah memadai sebagai pengesahan
Bayaran
Tiada bayaran dikenakan bagi STM yang dikeluarkan.