Selaras dengan pengenalan cukai keuntungan modal (CKM) yang tertakluk di bawah ACP 1967 mulai 1.01.2024, subperenggan 34A(5A) Jadual 2 ACKHT diperkenalkan bagi memperuntukkan bahawa perenggan 34A, Jadual 2 tidak lagi terpakai bagi apa-apa pemerolehan dan pelupusan saham dalam SHT oleh syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi berkuat kuasa mulai tarikh tersebut.
Walau bagaimanapun, entiti Labuan yang menjalankan aktiviti perniagaan di bawah seksyen 2B Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 masih tertakluk kepada taksiran di bawah ACKHT untuk pelupusan saham SHT.
Penentuan status SHT perlu dibuat pada 21.10.1988. Sekiranya syarikat bukan SHT pada 21.10.1988, status SHT perlu ditentukan pada mana-mana tarikh selepas 21.10.1988 iaitu apabila syarikat memperoleh harta tanah atau saham dalam SHT lain atau kedua-duanya.
Aset tidak ketara seperti paten, hak cipta dan tanda dagangan tidak diambil kira dalam menentukan nilai JAK.