Prosedur Pengemukaan Borang Nyata Cukai Keuntungan Harta Tanah

PROSEDUR PENGEMUKAAN BORANG NYATA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH

  1. Berkuatkuasa mulai 01.01.2010, pelupus dan pemeroleh perlu mengemukakan Borang Nyata Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) seperti berikut:

    1. Pelupus
      • Borang CKHT 1A - Pelupusan Harta Tanah
      • Borang CKHT 1B - Pelupusan Syer Syarikat Harta Tanah (SHT)
      • Borang CKHT 3 - Pemberitahuan Pelupusan Aset Tidak Dikenakan Cukai / Dikecualikan Cukai

    2. Pemeroleh
      • Borang CKHT 2A - Pemerolehan Harta Tanah / Syer Dalam SHT

  2. Nota panduan pengisian Borang Nyata CKHT boleh diperolehi di Portal Rasmi LHDNM

  3. Kaedah pengemukaan borang nyata CKHT

    1. Secara Manual
      • Borang Nyata CKHT boleh didapati di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) yang berhampiran atau dimuat turun dan dicetak di Portal Rasmi LHDNM. Penggunaan borang PDF adalah dibenarkan.
      • Setiap pelupus dan pemeroleh dikehendaki mengemukakan Borang CKHT 1A / CKHT 1B dan CKHT 2A bersama-sama dokumen sokongan (rujuk senarai semak di Borang Nyata CKHT berkaitan) ke Pejabat HASiL di mana fail cukai pendapatan pelupus dikendalikan atau Pejabat HASiL lain yang berhampiran.
      • Pelupus dan pemeroleh dikecualikan daripada mengemukakan Borang Nyata CKHT sekiranya pelupusan aset tertakluk di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

    2. e-CKHT
      • Pengemukaan Borang CKHT 1A / CKHT 2A / CKHT 3 secara dalam talian melalui platform e-CKHT dalam sistem MyTax melalui https://mytax.hasil.gov.my/. (Manual Pengguna e-CKHT)
      • Maklumat pelupusan dan pemerolehan dalam e-CKHT perl disi dengan tepat dan lengkap serta dikemukakan secara dalam talian. Pelupus atau pemeroleh perlu menyimpan dokumen sokongan pelupusan, pemerolehan dan tuntutan perbelanjaan untuk semakan (rujuk senarai semak di Borang Nyata CKHT berkaitan) sekiranya diminta oleh HASiL.
      • Borang Nyata CKHT yang telah dikemukakan secara e-CKHT dan pengesahan penerimaan Borang Nyata CKHT boleh dicetak atau disimpan.
      • Pelupus atau pemerolen bolen membuat semakan semula pengesahan penerimaan Borang Nyata CKHT yang telah dikemukakan secara e-CKHT melalui laman sesawang HASiL https://mytax.hasil.gov.my/ dengan memasukkan nombor pengenalan dan kata laluan.
Di lawati :
Kemaskini : :