PROGRAM MEMFAIL BORANG NYATA CUKAI KEUNTUNGAN MODAL (BNCKM) MULAI 1 MAC 2024

  1. Mulai 1 Januari 2024, syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi yang menerima laba atau keuntungan daripada pelupusan aset modal yang terdiri daripada:
    1. saham syarikat tidak tersenarai yang diperbadankan di Malaysia ; atau
    2. saham syarikat terkawal diperbadankan di luar Malaysia yang memiliki harta tanah yang terletak di Malaysia atau saham syarikat terkawal lain atau kedua-duanya,
    adalah tertakluk kepada cukai keuntungan modal di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

    Entiti Labuan (Syarikat Labuan, Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan, Yayasan dan Amanah Labuan) yang memilih atau tertakluk kepada pengenaan cukai di bawah ACP 1967 adalah juga tertakluk kepada pengenaan Cukai Keuntungan Modal. Rujuk Nota Panduan untuk maklumat lanjut.

  2. Pembayar cukai hendaklah mengemukakan BNCKM secara e-Filing (e-CKM). Sila layari Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my.

  3. Ejen cukai hendaklah mengemukakan BNCKM melalui Sistem TAeF versi 2.0. Sila layari Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my.

Bil.

Jenis Fail

Kategori Pembayar Cukai

Tarikh Akhir Pengemukaan BNCKM mengikut Akta berkenaan

Penyediaan Sistem
e-Filing untuk:

Nota Panduan Pengemukaan BNCKM

Pembayar Cukai Ejen Cukai (TAeF)
SYARIKAT, PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD, BADAN AMANAH DAN KOPERASI - Bagi Pelupusan Mulai 1 Mac 2024
1.

C

Syarikat

Dalam tempoh 60 hari dari tarikh pelupusan aset modal

1 Mac 2024

Rujuk Nota Panduan

2.

PT

Perkongsian Liabiliti Terhad

3.

TC

Unit Amanah / Amanah Harta Tanah

4.

CS

Koperasi

5.

TA

Badan Amanah

6.

TR

Amanah Pelaburan Harta Tanah

7.

TN

Amanah Perniagaan

NOTA PANDUAN PENGEMUKAAN BNCKM

Bil.

Perkara

Nota Panduan

1. Pengemukaan BNCKM
  1. Pengenaan Cukai Atas Keuntungan Pelupusan Aset Modal
    Mulai 1 Januari 2024, syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi yang menerima laba atau keuntungan daripada pelupusan aset modal yang terdiri daripada:

    1. saham tidak tersenarai syarikat yang diperbadankan di Malaysia; atau
    2. saham syarikat terkawal diperbadankan di luar Malaysia yang memiliki harta tanah yang terletak di Malaysia atau saham syarikat terkawal lain atau kedua-duanya,
    adalah tertakluk kepada Cukai Keuntungan Modal di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

    Entiti Labuan (Syarikat Labuan, Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan, Yayasan dan Amanah Labuan) yang memilih atau tertakluk kepada pengenaan cukai di bawah ACP 1967 adalah juga tertakluk kepada pengenaan Cukai Keuntungan Modal.

    Pengemukaan BNCKM dan bayaran Cukai Keuntungan Modal hendaklah dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh pelupusan aset modal.

  2. Tempoh Pengecualian
    Syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi yang melupuskan -

    1. saham tidak tersenarai syarikat yang diperbadankan di Malaysia ; atau
    2. saham syarikat terkawal diperbadankan di luar Malaysia yang memiliki harta tanah
      yang terletak di Malaysia atau saham syarikat terkawal lain atau kedua-duanya,
    adalah dikecualikan daripada Cukai Keuntungan Modal bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024.

    Pelupusan aset modal tersebut dalam tempoh di atas adalah TIDAK tertakluk kepada pengemukaan BNCKM.

  3. BNCKM Bagi Tujuan Rujukan
    BNCKM dan Nota Penerangan boleh dimuat turun melalui portal HASiL mulai 31 Januari 2024 bagi tujuan rujukan.

  4. Tanggungjawab Pengemukaan BNCKM
    Tanggungjawab pengemukaan BNCKM adalah terletak kepada orang yang layak kena cukai menurut peruntukan seksyen 66 hingga seksyen 75B.

    Pembayar cukai juga boleh melantik ejen cukai berlesen di bawah seksyen 153 ACP 1967 bagi tujuan pengemukaan BNCKM.

  5. Pelaporan cukai
    Pelaporan Cukai Keuntungan Modal hendaklah dikemukakan melalui medium elektronik dengan menggunakan e-CKM. Pembayar cukai atau ejen cukai berlesen yang dilantik boleh mengakses e-CKM melalui portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my mulai 1 Mac 2024.

    Pembayar cukai perlu memastikan telah mempunyai Nombor Pengenalan Cukai (TIN) dan Sijil Digital sebelum mengakses e-CKM.

2. Helaian Kerja / Dokumen Sokongan

Helaian Kerja / Dokumen Sokongan
Helaian Kerja / dokumen sokongan yang digunakan untuk pengiraan tidak perlu dikemukakan bersama-sama dengan BNCKM. Helaian Kerja / Dokumen Sokongan hendaklah disimpan dengan baik bagi tempoh 7 tahun bermula dari akhir tahun dalam mana BNCKM tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.

Dokumen tersebut perlu dikemukakan jika diminta bagi tujuan audit termasuk dokumen yang berkaitan dengan tuntutan pelepasan cukai di bawah seksyen 132 ACP 1967 dan seksyen 133 ACP 1967.

3. Kelonggaran bagi Tujuan Bayaran Cukai di bawah Subseksyen 103(2) ACP 1967

Tambahan Masa untuk Bayaran Cukai / Baki Cukai
Bagi taksiran yang dibangkitkan di bawah seksyen 91, 96A dan subseksyen 90(3), 101(2) ACP 1967, cukai / baki cukai hendaklah dibayar dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Taksiran disampaikan. Walau bagaimanapun, tambahan masa 7 hari adalah dibenarkan.

Dikeluarkan pada 15 Januari 2024