🌐 BM | ENG

Syarikat

Lain - lain situasi

Syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi yang dorman
Pengemukaan borang nyata oleh syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi yang dorman
  1. Syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi yang: 
    • dorman * hendaklah mengemukakan borang nyata (termasuk Borang E).
    • belum memulakan operasi tidak perlu mengemukakan Borang CP204.
    • memiliki saham, harta tanah, simpanan tetap dan pelaburan yang seumpamanya, tidak dianggap sebagai dorman.
    • mengemukakan maklumat yang tidak benar adalah tertakluk kepada peruntukan seksyen 113 dan seksyen 114 Akta Cukai Pendapatan 1967.
  2. Bagi tujuan pengemukaan secara e-Filing, syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi yang dorman * perlu mengisi borang nyata seperti dikehendaki berikut:
    1. Tempoh Perakaunan
      Pengisian adalah mandatori. Tempoh perakaunan adalah seperti dilaporkan dalam penyata tahunan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / badan pendaftar.
    2. Tempoh Asas
      Pengisian adalah mandatori.
    3. Pendapatan Berkanun Perniagaan / Perkongsian
      Pengisian kedua-dua ruang adalah mandatori sekiranya salah satu diiisi.
    4. Kod Perniagaan
      Pengisian kedua-dua ruang adalah mandatori sekiranya salah satu diiisi.

      * Nota: Bagi maksud di atas, ‘dorman’ bererti:
      Tidak pernah beroperasi sejak tarikh ia diperbadankan / ditubuhkan; atau
      Pernah beroperasi atau menjalankan perniagaan tetapi telah berhenti operasi atau perniagaan.

Penutupan Fail Secara Kekal
Keadaan Yang Membolehkan Fail Cukai Ditutup

Permohonan boleh dikemukakan dalam keadaan di mana;

  • Syarikat telah menghentikan operasi perniagaan buat selama-lamanya.
  • Syarikat dalam proses pembubaran sama ada secara sukarela atau
  • melalui satu perintah mahkamah

Permohonan perlulah dibuat secara bertulis dengan mengemukakannya ke Pejabat HASiL di mana fail syarikat ditadbir.

Dokumen sokongan bagi menunjukkan sebab-sebab permohonan dikemukakan perlu disertakan bersama.

Memohon Memindahkan Fail
Keadaan Dimana Fail Cukai Boleh Dipindahkan

Fail fizikal cukai boleh dipindahkan ke Pejabat HASiL lain dalam keadaan di mana ;

  • Alamat surat menyurat syarikat telah bertukar dan alamat tersebut adalah dibawah pentadbiran Pejabat HASiL yang lain. Walaubagaimanapun, pihak HASiL akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya sebelum memindahkan fail fizikal syarikat
  • Menerima permohonan daripada syarikat untuk memindahkan fail fizikal cukai pendapatan syarikat ke Pejabat HASiL yang difikirkan bersesuaian

Permohonan secara bertulis bagi menerangkan maksud anda perlu dikemukakan ke Pejabat HASiL di mana fail syarikat ditadbir.