PENGENALAN
Taksiran dan Pungutan Duti Setem diperuntukkan di bawah undang-undang statut yang dikenali sebagai Akta Setem 1949.
Duti Setem dikenakan ke atas surat cara dan bukan transaksi. Surat cara didefinisikan sebagai setiap dokumen bertulis dan pada amnya duti setem dikenakan ke atas surat cara jenis undang-undang, komersial dan urusan kewangan. Surat cara yang dikenakan duti adalah surat cara yang tersenarai di bawah Jadual Pertama Akta Setem 1949. Orang yang dikenakan duti adalah orang seperti yang disenaraikan di bawah Jadual 3 Akta Setem 1949.

JENIS DUTI
1. Duti Ad Valorem

Duti dikenakan berdasarkan nilai yang dinyatakan dalam surat cara atau nilai pasaran yang berkaitan. Duti ad valorem (mengikut nilai) boleh dikenakan ke atas:

  • surat cara pemindahan (secara jualan atau hadiah) hartanah termasuk sekuriti yang boleh dipasarkan (iaitu stok pinjaman dan saham syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Malaysia Berhad), saham-saham syarikat yang lain dan harta tak ketara contohnya hutang buku, hak disisi undang-undang dan nama baik;
  • surat cara yang mewujudkan kepentingan ke atas harta seperti penyewaan dan pajakan berkanun;
  • surat cara yang menjamin bayaran dan bayaran balik wang termasuk surat cara yang mewujudkan kontrak untuk pembayaran atau tanggungan untuk pembayaran; dan
  • surat cara pasaran modal yang tertentu contohnya Nota Kontrak.

 

2. Duti Tetap
Duti dikenakan tanpa ada kaitan dengan balasan atau amaun yang dinyatakan dalam surat cara. Duti tetap boleh dikenakan ke atas;

  • surat cara perundangan, perniagaan, perdagangan atau pasaran modal contohnya surat kuasa wakil, Perkara-perkara persatuan bagi syarikat, Nota Janji Hutang, Polisi Insurans dan sebagainya; dan
  • surat cara pendua atau subsidiari atau kolateral dengan syarat ia dapat ditunjukkan bahawa surat cara asal atau utama atau prinsipal telah disetemkan dengan sempurna


SURAT CARA YANG DIKENAKAN DUTI DAN KADAR
Surat cara yang dikenakan duti disenaraikan di bawah Jadual Pertama Akta Setem 1949 beserta kadar duti yang berkenaan.

Di lawati :
Kemaskini : :