Potongan Dibenarkan Daripada Pendapatan Agregat

Bil Sumbangan Catatan
1 Derma/Hadiah wang kepada Kerajaan/Kerajaan Tempatan. Subseksyen 44(6)
2

Derma/Hadiah wang kepada institusi/organisasi yang diluluskan.(Amaun adalah terhad kepada 10% daripada
pendapatan agregat)

Subseksyen 44(6)
3 Derma/Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan atau Badan Sukan yang diluluskan.
(Amaun adalah terhad kepada 10% daripada
pendapatan agregat)
Subseksyen 44(11B)
4 Derma/Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan Negara yang diluluskan.
(Amaun adalah terhad kepada 10% daripada
pendapatan agregat)
Subseksyen 44(11C)
5 Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan. Subseksyen 44(6A)
6 Derma/Hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan atau kepada perpustakaan. Subseksyen 44(8)
7 Derma/Hadiah wang atau sumbangan manfaat bagi menyediakan kemudahan di tempat awam untuk orang yang kurang upaya. Subseksyen 44(9)
8 Derma/Hadiah wang atau kos peralatan perubatan kepada mana-mana badan rawatan kesihatan. Subseksyen 44(10)
9 Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau Balai Seni Lukis Negeri. Subseksyen 44(11)