Tanggungjawab Majikan:

1. Mendaftar nombor majikan.

2. Membuat potongan cukai bulanan (PCB) daripada saraan pekerja berdasarkan Jadual PCB atau kaedah pengiraan berkomputer dan remitkan amaun PCB kepada HASiL sebelum atau pada 15hb dalam bulan berikutnya. Majikan hanya boleh menggunakan aplikasi e-PCB, e-Data PCB atau e-CP39 yang disediakan melalui Portal Rasmi HASiL bagi tujuan pengemukaan penyata PCB atau data PCB pekerja.

3. Mengemukakan penyata oleh majikan (Borang E) bersama C.P.8D sebelum atau pada 31 Mac dalam tahun berikutnya.

  • Majikan (syarikat dan syarikat Labuan) adalah wajib mengemukakan Borang E melalui e-Filing (e-E) mulai saraan bagi tahun 2016.
  • Borang E hanya akan dianggap lengkap sekiranya C.P.8D dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan. Majikan yang telah menghantar maklumat melalui e-Data Praisi tidak perlu mengisi dan menghantar C.P.8D.

4. Menyedia dan menyerahkan kepada pekerja penyata saraan (Borang EA / EC) berkenaan dengan pekerja tersebut pada atau sebelum hari terakhir bulan Februari dalam tahun berikutnya.

5. Menyedia dan memberikan salinan penyata bayaran insentif berbentuk wang tunai dan bukan wang tunai kepada ejen, pengedar atau pengagih (Borang CP58) sebelum atau pada 31 Mac dalam tahun berikutnya.

6. Menjaga dan menyimpan rekod selama tempoh 7 tahun dan memastikan rekod tersebut mudah dicapai oleh HASiL jika diperlukan.

7. Menyedia dan mengemukakan borang berikut (jika berkenaan):

Borang Tarikh Akhir Kaedah Pengemukaan
Borang CP22
Pemberitahuan pekerja baharu
Dalam tempoh 30 hari selepas penggajian bermula Borang boleh dikemukakan ke mana-mana pejabat HASiL
Borang CP22A
Pemberitahuan pemberhentian kerja atau pemberhentian disebabkan kematian bagi pekerja di sektor swasta
Tidak kurang 30 hari sebelum pemberhentian kerja; atau
Tidak lebih 30 hari selepas dimaklumkan kematian
Borang boleh dikemukakan sama ada:
  • secara dalam talian melalui e-SPC; atau
  • ke pejabat HASiL yang mengendalikan nombor cukai pendapatan pekerja
Borang CP22B
Pemberitahuan pemberhentian kerja atau pemberhentian disebabkan kematian bagi pekerja di sektor awam
Borang CP21
Pemberitahuan pekerja meninggalkan Malaysia melebihi 3 bulan
Tidak kurang 30 hari sebelum tarikh dijangka berlepas

8. Menahan apa-apa wang yang boleh dibayar kepada pekerja selama 90 hari atau sehingga surat penyelesaian cukai diterima bagi kes pemberhentian kerja, pemberhentian disebabkan kematian atau meninggalkan Malaysia melebihi 3 bulan tanpa niat untuk kembali.