KAEDAH PENYETEMAN
- Sijil Setem. Kaedah ini adalah bagi permohonan adjudikasi yang dibuat melalui Sistem STAMPS. Sijil Setem akan dijana secara elektronik sebagai bukti penyeteman. Sijil Setem ini perlu dikepilkan atau dilekatkan kepada mana-mana surat cara yang berkaitan bagi membolehkan ianya dianggap telah disetemkan dengan sempurna.
- Setem Tertera. Kaedah ini adalah bagi penyeteman duti setem yang dibuat di Pejabat Setem HASiL, yang berada di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) seluruh negara dan Pejabat Satelit melalui Sistem Frangki Digital.
- Setem Hasil. Setem hasil hanya boleh didapati di semua Pejabat Pos seluruh Malaysia. Terdapat sembilan denominasi Setem Hasil iaitu;
- RM1.00;
- RM5.00;
- RM10.00;
- RM50.00;
- RM100.00; dan
- RM250.00.
Pembatalan Setem Hasil ke atas surat cara-surat cara boleh dilakukan di Pejabat Setem HASiL, PKH dan Pejabat Setem Daerah. Selain itu, Jadual 2, Akta Setem 1949 juga memberi kuasa kepada mana-mana orang tertentu untuk membatalkan Setem Hasil ini.
Setem Hasil hanya boleh digunakan bagi surat cara yang dikenakan duti setem tidak melebihi RM500.00 sahaja. Sekiranya duti setem yang dikenakan adalah melebihi RM500.00, pemohon hendaklah menggunakan kaedah penyeteman sijil STAMPS atau setem tertera yang dinyatakan di atas. Kedua-dua kaedah ini hanya boleh dibuat di Pejabat Setem HASiL dan Pejabat Satelit.
4. Duti Kompaun. Kaedah ini dikhaskan kepada bayaran duti setem secara kompaun ke atas cek, polisi insurans, nota kontrak, Memorandum of Association & Article of Association dan Borang Bekalan Tenaga Elektrik TNB (Electric Supply Form), oleh pihak yang di peruntukkan di dalam Seksyen 9 Akta Setem 1949.
5. Resit Rasmi. Penyeteman dibuat melalui pengeluaran Resit Kewangan 38 atau Resit rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Setem HASiL. Resit rasmi perlu dikepilkan atau dilekatkan kepada mana-mana surat cara yang berkenaan bagi membolehkan ianya dianggap telah disetemkan dengan sempurna.
Di lawati :
Kemaskini : :