e-Lejar adalah merupakan paparan akaun cukai anda untuk menyemak butiran peribadi, transaksi lejar dan kedudukan terkini baki cukai secara dalam talian.

Anda boleh menyemak sama ada butiran peribadi seperti alamat dan nombor akaun bank telah direkodkan dengan betul oleh HASiL.

Melalui paparan transaksi lejar, anda dapat menyemak rekod transaksi percukaian seperti taksiran cukai, bayaran cukai dan pembayaran balik cukai yang telah dikemaskini dalam lejar. Sebagai contoh, pengesahan bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) yang dipotong oleh majikan sama ada telah diterima dan diakaunkan oleh HASiL. Begitu juga taksiran cukai yang dikemukakan melalui aplikasi e-Filing HASiL sama ada ia telah dikemaskini dalam lejar.

Kemaskini Maklumat

Bilakah kemaskini perlu dilakukan?

Anda dinasihatkan memaklumkan pihak HASiL dengan kadar segera apabila terdapat perubahan ke atas sebarang maklumat peribadi anda. Diantara maklumat yang perlu dikemaskini sekiranya terdapat perubahan adalah:

  1. Alamat surat menyurat/alamat kediaman

  2. Nombor telefon untuk dihubungi

  3. Taraf perkahwinan

  4. Maklumat ejen cukai (jika berkenaan)

Bagaimana melakukan kemaskini maklumat anda?

Bagi tujuan mengemaskini alamat surat menyurat, sila gunakan Borang Permohonan Pertukaran Alamat iaitu CP600B bagi tujuan tersebut.

Bagi tujuan mengemaskini maklumat peribadi anda yang lain, anda dikehendaki mengemukakannya melalui satu surat pemberitahuan beserta dokumen yang berkaitan ke Pejabat HASiL berkenaan, secara on-line melalui e-Kemaskini atau melalui Borang Maklumbalas di laman web hasil www.hasil.gov.my.