Pendaftaran Fail Cukai

Siapa perlu mendaftar fail cukai?

Pendaftaran fail cukai syarikat merupakan tanggungjawab individu yang mengurus dan mengendalikan urusan percukaian syarikat.

Sekiranya sesebuah syarikat telah memulakan operasi perniagaannya, maka syarikat perlu mengemukakan permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan. Jika fail syarikat telah didaftarkan, maka pendaftaran Fail Majikan (E) juga perlu didaftarkan walaupun syarikat tersebut adalah dorman (rujuk Program Memfail Borang Nyata).

Cara Membuat Pendaftaran Fail

Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dibuat melalui e-Daftar, dikemukakan ke Pejabat HASiL yang berhampiran dengan alamat surat menyurat anda atau di mana-mana Pejabat HASiL.

Dokumen Pendaftaran

Sila kemukakan :

1.

Syarikat Tempatan :

a) Syarikat Sdn Bhd.
b) Syarikat Bhd

i. a) Notis pendaftaran syarikat di bawah seksyen 15 Akta Syarikat 2016 ; ATAU
b) Perakuan pemerbadanan syarikat di bawah seksyen 17 Akta Syarikat 2016 (jika ada)
ii. Notis Pertukaran Dalam Daftar Pengarah, Pengurus Dan Setiausaha di bawah Seksyen 58 Akta Syarikat 2016
2. Syarikat Asing i. Notis pendaftaran syarikat asing di bawah seksyen 562 Akta Syarikat 2016
ii. Perubahan Atau Pengubahan Butir-Butir Berkaitan Syarikat Asing di bawah subseksyen 567(1) Akta Syarikat 2016

Tindakan Selepas Mendaftar Fail

Selepas nombor rujukan cukai anda didaftarkan, anda dikehendaki mengemukakan e-CP204 dalam tempoh 3 bulan dari tarikh mula operasi. Bayaran anggaran cukai bagi tahun taksiran pertama syarikat akan bermula pada bulan ke enam tempoh asas.

Syarikat juga dikehendaki mengemukakan Borang C dalam tempoh 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun syarikat.

Borang Nyata Cukai Pendapatan tersebut boleh diperoleh dari laman web HASiL seperti berikut :

  • Fail Syarikat

Borang > Pilih Borang Nyata >Pilih Syarikat > Pilih Semua > Klik Cari

  • Fail Selain Syarikat & Selain Individu

Borang > Pilih Borang Nyata > Pilih Selain Syarikat & Selain Individu > Pilih Semua > Klik Cari