- Melalui penghantaran Borang Nyata secara manual ke Bahagian Pengurusan Rekod & Maklumat Percukaian, HASiL.
Anda disarankan untuk merujuk kepada buku panduan / nota penerangan sebelum mengisi Borang Nyata.
Borang Nyata dan buku panduan / nota penerangan boleh diakses di portal rasmi HASiL, www.hasil.gov.my > Borang > Muat Turun > Individu > pilih Tahun Taksiran. Seterusnya, rujuk Buku Panduan / Nota Penerangan mengikut jenis borang yang berkaitan.
- Melalui penghantaran Borang Nyata secara dalam talian melalui platform e-Filing dalam sistem MyTax, https://mytax.hasil.gov.my.