🌐 BM | ENG

Prosedur Bayaran CKHT

Pemeroleh & Pelupus Prosedur Bayaran CKHT

Pemeroleh

  1. Mulai 01 Januari 2023, pemeroleh perlu menggunakan Nombor Bil yang dijana melalui e-CKHT 502 di MyTax untuk membuat bayaran Seksyen 21B ACKHT 1976.
  2. Mulai 01 Januari 2025, pemeroleh perlu menggunakan Nombor Bil yang tertera di dalam Slip Pengesahan Penerimaan e-CKHT 2A di MyTax untuk membuat bayaran Seksyen 21B ACKHT 1976 bagi pelupusan Tahun Taksiran 2025 secara:
    1. ByrHasil FPX (Financial Process Exchange)
      1. capaian https://byrhasil.hasil.gov.my;
      2. Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan elektronik dengan mana-mana bank yang menyertai FPX; atau
    2. Ejen kutipan HASiL yang telah dilantik dengan menggunakan Nombor Bil sahaja.
  3. Senarai bank ByrHasil FPX dan bank ejen kutipan HASiL adalah seperti di Portal Rasmi HASiL.

Pelupus

Pelupus perlu membuat bayaran cukai atau baki cukai CKHT menggunakan Nombor Bil dengan menggunakan kemudahan seperti berikut:

  1. ByrHasil FPX
    1. Capaian melalui https://byrhasil.hasil.gov.my.
    2. Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan elektronik dengan mana-mana bank yang menyertai FPX; atau
  2. Bank ejen kutipan HASiL yang telah dilantik. Senarai bank ejen kutipan HASiL yang telah dilantik boleh dirujuk di Portal Rasmi HASiL; atau
  3. Pejabat Pos Malaysia secara tunai.
  1. Bayaran balik dibayar kepada pelupus boleh berlaku dalam keadaan berikut:
    1. Perjanjian jual beli dibatalkan;
    2. Pelupusan yang mendapat pengecualian cukai;
    3. Kes tidak kena cukai;
    4. Cukai terlebih bayar; atau
    5. Penghapusan kenaikan cukai.
  2. Dokumen yang perlu dikemukakan bagi permohonan bayaran balik adalah seperti berikut:
    1. Deed Of Revocation / Bukti Pembatalan Perjanjian; atau
    2. Surat pembayaran balik duti setem bersama dokumen sokongan; atau
    3. Dokumen rasmi lain yang dapat membuktikan pembatalan pelupusan/transaksi jualan berkenaan.
  3. Sekiranya perjanjian jual beli dibatalkan dan bayaran di bawah seksyen 21B ACKHT 1976 telah diremitkan ke KPHDN, bayaran balik boleh dimohon seperti berikut:
    1. sebelum pelupusan dilaporkan kepada KPHDN
      1. pelupus perlu memaklumkan pembatalan perjanjian jual beli ke Seksyen CKHT Negeri / Cawangan Khas yang berkaitan; dan
      2. pelupus juga perlu memaklumkan pembatalan perjanjian jual beli ke Seksyen Pungutan Negeri / Cawangan Khas yang berkaitan dan memohon bayaran balik.
    2. selepas pelupusan dilaporkan kepada KPHDN
      1. pelupus perlu memaklumkan pembatalan jual beli ke Seksyen CKHT Negeri / Cawangan Khas yang berkaitan serta taksiran akan dibangkitkan; dan
      2. bayaran balik kepada pelupus akan diproses apabila akaun pelupus mempunyai kredit boleh dibayar balik.
  4. Bayaran balik dibayar kepada pelupus atas prinsip undang-undang kerana CKHT adalah dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan aset oleh pelupus.
  5. Sekiranya bayaran balik hendak dibayar kepada pemeroleh, Surat Akuan Persetujuan Permohonan Bayaran Balik CKHT kepada pemeroleh yang diikrarkan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah perlu dikemukakan oleh pelupus.
  6. Bayaran balik yang melibatkan kes penjualan hartanah melalui lelongan awam oleh Pemegang Gadaian dalam pelaksanaan perintah jualan adalah wajar dikembalikan kepada Pemegang Gadaian sebagai pihak yang mempunyai hak ke atas amaun pajakan harta tanah tersebut lanjutan kegagalan pembayar cukai mematuhi perjanjian.