Sekatan perjalanan dikenakan ke atas individu atau pengarah syarikat yang gagal menjelaskan cukai pendapatan, cukai keuntungan harta tanah atau cukai korporat.
- Sijil dikeluarkan ke alamat terakhir pembayar cukai melalui pos berdaftar
- Semakan status sekatan perjalanan boleh dibuat melalui laman web Imigresen
- Pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada cawangan HASiL yang berhampiran.
Permohonan Pembatalan Sekatan Perjalanan
- Bayaran sepenuhnya mengikut amaun seperti pada sijil secara tunai.
Pembayaran Cukai atau ByrHASIL
- Pembayar cukai perlu mengemukakan resit bayaran tersebut ke cawangan HASiL yang mengendalikan fail cukai mereka.
- Resit dikemukakan 7 hari seblum tarikh perjalanan untuk mengelakkan kelewatan proses.
Permohonan Pelepasan Sementara Sekatan Perjalanan
- Jika tidak dapat menjelaskan tanggungan cukai sepenuhnya, pembayar cukai masih boleh memohon pelepasan sementara untuk perjalanan ke luar negara dengan syarat berikut :
- Pembayar cukai atau wakil hadir ke cawangan HASiL yang mengendalikan fail pembayar cukai sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh perjalanan.
- Mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat destinasi, tujuan dan tempoh di luar negara
- Membuat bayaran 50% daripada jumlah cukai tertunggak. Rujuk cara bayaran seperti di atas.
- Surat pelepasan sementara akan dikeluarkan kepada pembayar cukai dengan menyatakan tempoh pelepasan sementara yang diberikan.
- Sekiranya pembayar cukai dihalang keluar negara di lapangan terbang atau di mana-mana pintu keluar imigresen, pembayar cukai boleh menghubungi nombor telefon berikut untuk bantuan :
IBU PEJABAT / CAWANGAN |
NOMBOR TELEFON |
WAKTU PEJABAT |
IBU PEJABAT |
03-83138888 samb 21539 / 21543 / 21550 / 21494 / 21490 |
Isnin - Jumaat |
HASil Care Line |
03-8911 1000 |
Isnin - Jumaat |
HASiL Recovery Call Centre |
03-8751 1000 |
Isnin - Jumaat |
Lain-Lain Cawangan |
Rujuk Senarai Cawangan |
Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang |
Johor Bahru |
07-2337000 samb 170433 / 170423 / 170396 |
Ahad 8.00 pagi - 5.00 petang Nota : Cawangan LHDNM yang bekerja pada hari Ahad |
Kluang |
07-7783363 07-7783300 samb 171085 |
|
Muar |
06-9563100 samb 171632 / 171558 |
|
Alor Setar |
04-7400250 / 04-7400130 / 04-7400222 |
|
Sungai Petani |
04-4456033 / 04-4456036 04-4456000 samb 140645 |
|
Kuala Terengganu |
09-6211500 samb 191149 / 191180 |
|
Kota Bharu |
09-7459000 samb 191660 / 191560 |