Tarikh Pelupusan & Tarikh Pemerolehan
Pelupus perlu mengenal pasti tarikh pemerolehan dan pelupusan aset kerana kedua-dua tarikh itu akan mempengaruhi kadar cukai yang dikenakan.
- Tarikh Pelupusan
- Pada tarikh perjanjian, jika terdapat perjanjian bertulis; atau
- Pada tarikh penyelesaian pelupusan aset jika tiada perjanjian bertulis.
Tarikh penyelesaian pelupusan adalah:
- Pada tarikh aset dipindah milik oleh pelupus; atau
- Pada tarikh di mana kesemua amaun atau nilai balasan untuk pindah milik itu telah diterima oleh pelupus,
yang mana lebih awal.
- Pada tarikh perjanjian, jika terdapat perjanjian bertulis; atau
- Tarikh Pemerolehan
Tarikh pemerolehan aset oleh pemeroleh dianggap berlaku pada tarikh yang sama dengan tarikh pelupusan aset itu oleh pelupus.
Di lawati :
Kemaskini : :