1. Pembayar cukai bertanggungjawab memastikan ejen cukai yang dilantik untuk menguruskan hal ehwal percukaian bagi pihak dirinya adalah ejen cukai yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan masih di dalam tempoh kelulusan. Semakan nama ejen cukai yang mendapat kelulusan boleh disemak melalui pautan berikut: SEMAKAN SENARAI EJEN CUKAI

  2. Pembayar cukai perlu mengemukakan surat pelantikan ejen cukai dan surat persetujuan pelantikan sebagai ejen cukai ke Pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai pendapatannya untuk tindakan kemas kini rekod. Surat pelantikan ejen cukai berkenaan perlulah mengandungi maklumat lengkap ejen cukai yang dilantik termasuklah nama penuh, nombor pengenalan diri, nama firma, nombor kelulusan dan nombor telefon/ e-mel.