ADJUDIKASI SURAT CARA

1. Tujuan Adjudikasi
Tujuan adjudikasi adalah untuk memastikan sesuatu surat cara disetemkan dengan duti yang sewajarnya dan diterima sebagai telah disetemkan dengan sempurna. Surat cara yang tidak disetemkan dengan sempurna tidak boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah.

2. Permohonan Adjudikasi

  • Permohonan adjudikasi untuk menentukan amaun duti yang kena dibayar ke atas surat cara yang disempurnakan boleh dibuat kepada Pemungut Duti Setem. Bagi tujuan ini, pemohon hendaklah mengemukakan surat cara yang hendak disetemkan bersama-sama dokumen sokongan lain yang berkaitan atau lain-lain bukti. Permohonan boleh ditolak oleh pemungut sehingga semua dokumen yang diperlukan dikemukakan.
  • Permohonan adjudikasi boleh dibuat di kaunter-kaunter Pejabat Setem HASiL yang bertempat di semua Pejabat HASiL, Pejabat Satelit dan Pejabat Setem Daerah atau secara dalam talian melalui sistem Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem (STAMPS) yang boleh dilayari melalui laman sesawang https://stamps.hasil.gov.my.
Di lawati : 1,324
Kemaskini : : 2021-02-10 10:18:32