1. Kegagalan mematuhi subseksyen 153(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 iaitu menjalankan aktiviti sebagai ejen cukai, konsultan cukai atau penasihat cukai (atau apa jua perihal lain yang serupa) tanpa kelulusan merupakan suatu kesalahan di bawah perenggan 120(1)(d) Akta Cukai Pendapatan 1967, dan sekiranya disabitkan dengan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak kurang RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

  2. Tindakan membantu atau memberi nasihat dalam penyediaan apa-apa penyata yang menyebabkan tanggungan cukai seseorang terkurang lapor merupakan suatu kesalahan di bawah subseksyen 114(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967, dan sekiranya disabitkan dengan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak kurang RM2,000 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

  3. Peruntukan Berkaitan
    • Seksyen 114 Akta Cukai Pendapatan 1967
    • Seksyen 120 Akta Cukai Pendapatan 1967
    • Seksyen 153 Akta Cukai Pendapatan 1967