Pembayar cukai kategori syarikat, perkongsian liabiliti terhad (PLT), badan amanah dan koperasi dikehendaki untuk mengemukakan Borang Anggaran Cukai Yang Kena Dibayar (Borang CP204) pada setiap tahun taksiran dan membayar anggaran cukai tersebut mengikut jadual yang ditetapkan.
Pengemukaan Borang CP204 dan Borang Pindaan Anggaran Cukai Yang Kena Dibayar (Borang CP204A) secara e-Filing di bawah subseksyen 107C(7A) ACP
Kaedah pengemukaan dengan menggunakan sijil digital melalui:
Tempoh pengemukaan e-CP204
Syarikat baru beroperasi:
Di bawah perenggan 107C(4)(a) ACP, bagi syarikat, PLT, badan amanah dan koperasi yang baru memulakan operasi dan mempunyai tempoh asas pertama untuk suatu tahun taksiran tidak kurang dari enam (6) bulan, e-CP204 hendaklah dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permulaan operasi.
Keperluan untuk mengemukakan e-CP204 tidak lewat dari 30 hari sebelum bermulanya tempoh asas bagi suatu tahun taksiran seperti yang dinyatakan di bawah subseksyen 107C(2) ACP hanya terpakai mulai tahun taksiran kedua menurut perenggan 107C(4)(b) ACP.
Contoh:
Tempoh asas bagi perniagaan baru beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
Syarikat Mawar Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 27.02.2021 dan memulakan operasi perniagaan pada 03.04.2021. Tempoh perakaunan pertama berakhir pada 31.12.2021 (9 bulan). Syarikat perlu mengemukakan e-CP204 untuk Tahun Taksiran 2021 tidak lewat dari 30.06.2021, iaitu tiga (3) bulan dari tarikh permulaan operasi perniagaannya.
Bayaran ansuran bulanan akan bermula pada bulan ke-6 dalam tempoh asas bagi Tahun Taksiran 2021, iaitu mulai ansuran bulan September 2021 hingga Mei 2022.
Syarikat Ros Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 27.02.2021 dan memulakan operasi perniagaan pada 03.04.2021. Tempoh perakaunan pertama berakhir pada 30.11.2021 (8 bulan). Syarikat perlu mengemukakan e-CP204 untuk Tahun Taksiran 2021 tidak lewat dari 30.06.2021, iaitu tiga (3) bulan dari tarikh permulaan operasi perniagaannya.
Bayaran ansuran bulanan akan bermula pada bulan ke-6 dalam tempoh asas bagi Tahun Taksiran 2021, iaitu mulai ansuran bulan September 2021 hingga April 2022.
Amaun minimum anggaran Cukai
Subseksyen 107C(3) ACP memperuntukkan bahawa amaun minimum anggaran cukai bagi suatu tahun taksiran hendaklah tidak kurang daripada 85% daripada amaun pindaan anggaran cukai atau amaun anggaran cukai (jika tiada pindaan anggaran cukai dikemukakan) bagi tahun taksiran sebelumnya.
Syarikat, PLT, badan amanah dan koperasi yang baru memulakan operasi boleh menentukan anggaran cukai yang kena dibayar bagi tahun taksiran pertama mengikut anggaran keuntungan syarikat. Anggaran cukai yang kena dibayar bagi tahun taksiran pertama tersebut akan menjadi asas kepada penentuan anggaran cukai bagi tahun taksiran berikutnya. Penentuan amaun minimum mengikut subseksyen 107C(3) ACP hanya terpakai bermula tahun taksiran kedua seperti yang dinyatakan di bawah perenggan 107C(4)(b) ACP.
Bagi syarikat, PLT, badan amanah dan koperasi yang sedang beroperasi, subseksyen 107C(5) ACP memperuntukkan bahawa anggaran cukai yang kena dibayar hendaklah dibayar kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) secara ansuran bulanan yang sama yang ditentukan mengikut bilangan bulan dalam suatu tempoh asas. Setiap ansuran hendaklah dibayar tidak lewat dari tarikh akhir, mulai bulan ke-2 dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang mana anggaran itu dikemukakan.
Bagi syarikat, PLT, badan amanah dan koperasi yang baru beroperasi, subseksyen 107C(6) ACP menetapkan bahawa anggaran cukai yang kena dibayar hendaklah dibayar kepada KPHDN secara ansuran yang sama yang ditentukan mengikut bilangan bulan dalam suatu tempoh asas. Setiap ansuran hendaklah dibayar tidak lewat dari tarikh akhir mulai bulan ke-6 dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang mana anggaran itu dikemukakan.
Tarikh akhir ansuran perlu dibayar adalah merujuk kepada hari ke-15 di dalam bulan kalendar menurut subseksyen 107C(12) ACP.
| Tarikh mula tempoh asas | Tarikh akhir pengemukaan | Bulan bayaran ansuran bermula |
|---|---|---|
| 01/01/2023 | 01/12/2022 | Feb 2023 |
| 01/02/2023 | 01/01/2023 | Mac 2023 |
| 01/03/2023 | 29/01/2023 | Apr 2023 |
| 01/04/2023 | 01/03/2023 | Mei 2023 |
| 01/05/2023 | 31/03/2023 | Jun 2023 |
| 01/06/2023 | 01/05/2023 | Julai 2023 |
| 01/07/2023 | 31/05/2023 | Ogos 2023 |
| 01/08/2023 | 01/07/2023 | Sept 2023 |
| 01/09/2023 | 01/08/2023 | Okt 2023 |
| 01/10/2023 | 31/08/2023 | Nov 2023 |
| 01/11/2023 | 01/10/2023 | Dis 2023 |
| 01/12/2023 | 31/10/2023 | Jan 2024 |
Contoh:
| Amaun anggaran cukai dalam tempoh asas | RM130,000 |
| Tempoh asas | 01/01/2023 – 31/12/2023 |
| Bilangan ansuran dalam tempoh asas | 12 |
| Ansuran pertama mulai 15 Februari dan berakhir pada 15 Januari tahun berikutnya | 130,000/12 = RM10,833.33 Ansuran 1-11 = RM10,833 Ansuran 12 = RM10,837 |
Nota: Jika terdapat nilai sen apabila anggaran cukai dibahagi dengan bilangan bulan dalam tempoh asas, amaun sen tersebut hendaklah ditambah kepada ansuran terakhir.
Kegagalan mengemukakan Borang CP204
Jika syarikat, PLT, badan amanah dan koperasi gagal mengemukakan Borang CP204:
KPHDN akan menetapkan amaun anggaran cukai yang kena dibayar bagi suatu tahun taksiran melalui pengeluaran Notis Bayaran Ansuran (CP205) mengikut subseksyen 107C(8) ACP.
Tindakan pendakwaan di bawah perenggan 120(1)(f) ACP boleh diambil yang mana jika disabitkan, boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM200 dan tidak melebihi RM20,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.
Pindaan anggaran cukai yang kena dibayar melalui Borang CP204A
Penentuan amaun ansuran yang dipinda
Baki ansuran cukai yang kena dibayar selepas pindaan akan dilaraskan dengan menggunakan pendekatan berikut:
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan CP204/204A, sila hubungi Seksyen Pengurusan Rekod Dan Maklumat Percukaian (Jabatan Operai Cukai) melalui emel anggarancukai@hasil.gov.my.
Jika pindaan anggaran cukai melebihi amaun ansuran asal, baki anggaran cukai yang kena dibayar mestilah dibayar secara ansuran mengikut baki bilangan bulan ansuran yang ada.
contoh:
| Tempoh asas bagi Tahun Taksiran 2023 | 01.01.2023 – 31.12.2023 |
| Tarikh akhir pengemukaan CP204 | 01.12.2022 |
| Amaun anggaran asal dalam tempoh asas | RM120,000 (RM10,000 sebulan) |
| Amaun anggaran yang dipinda pada bulan ke-6 (memilih untuk berkuat kuasa ansuran ke-6) | RM260,000 |
| Pengiraan ansuran bulanan bagi baki ansuran ke-6 hingga ke-12 | = (RM260,000 – RM50,000) / 7 = RM30,000 sebulan |
Jadual ansuran selepas pindaan
| Bil. Ansuran | Tarikh kena dibayar | Amaun asal (RM) | Amaun pindaan (RM) |
|---|---|---|---|
| 1 | 15.02.2023 | 10,000.00 | 10,000.00 |
| 2 | 15.03.2023 | 10,000.00 | 10,000.00 |
| 3 | 15.04.2023 | 10,000.00 | 10,000.00 |
| 4 | 15.05.2023 | 10,000.00 | 10,000.00 |
| 5 | 15.06.2023 | 10,000.00 | 10,000.00 |
| 6 | 15.07.2023 | 10,000.00 | 30,000.00 |
| 7 | 15.08.2023 | 10,000.00 | 30,000.00 |
| 8 | 15.09.2023 | 10,000.00 | 30,000.00 |
| 9 | 15.10.2023 | 10,000.00 | 30,000.00 |
| 10 | 15.11.2023 | 10,000.00 | 30,000.00 |
| 11 | 15.12.2023 | 10,000.00 | 30,000.00 |
| 12 | 15.01.2024 | 10,000.00 | 30,000.00 |
| Jumlah | 120,000.00 | 260,000.00 | |
Jika pindaan anggaran cukai kurang daripada amaun ansuran asal, pemberhentian bayaran ansuran bagi bulan seterusnya hendaklah dilakukan.
contoh:
| Tempoh asas | 01.04.2023 – 31.03.2024 |
| Tarikh akhir pengemukaan CP204 | 01.03.2023 |
| Amaun anggaran asal dalam tempoh asas | RM360,000 (RM30,000 sebulan) |
| Amaun anggaran yang dipinda pada bulan ke-9 (memilih untuk berkuat kuasa ansuran ke-8) | RM200,000 |
| Pengiraan ansuran bulanan bagi baki ansuran ke-8 hingga ke-12 | = (RM200,000 – RM210,000) / 5 = Tiada |
Jadual ansuran selepas pindaan
| Bil. Ansuran | Tarikh Kena Dibayar | Amaun Asal (RM) | Amaun Pindaan (RM) |
|---|---|---|---|
| 1 | 15.05.2023 | 30,000.00 | 30,000.00 |
| 2 | 15.06.2023 | 30,000.00 | 30,000.00 |
| 3 | 15.07.2023 | 30,000.00 | 30,000.00 |
| 4 | 15.08.2023 | 30,000.00 | 30,000.00 |
| 5 | 15.09.2023 | 30,000.00 | 30,000.00 |
| 6 | 15.10.2023 | 30,000.00 | 30,000.00 |
| 7 | 15.11.2023 | 30,000.00 | 30,000.00 |
| 8 | 15.12.2023 | 30,000.00 | 0.00 |
| 9 | 15.01.2024 | 30,000.00 | 0.00 |
| 10 | 15.02.2024 | 30,000.00 | 0.00 |
| 11 | 15.03.2024 | 30,000.00 | 0.00 |
| 12 | 15.04.2024 | 30,000.00 | 0.00 |
| Jumlah | 360,000.00 | 210,000.00 | |