Taksiran Cukai Keuntungan Harta Tanah

TAKSIRAN CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH

  • Borang Nyata CKHT yang lengkap akan diproses dan notis atau sijil perakuan akan dikeluarkan seperti berikut:
    1. Kes Kena Cukai: Notis Taksiran (Borang K / KA); atau
    2. Kes Tidak Kena Cukai: Sijil Perakuan Tidak Kena Cukai (CKHT 5A).

  • Peruntukan di bawah perenggan 14(1)(b) ACKHT 1976 memberi kuasa kepada KPHDN untuk membuat pelarasan ke atas Borang Nyata CKHT yang dikemukakan sekiranya terdapat kesilapan semasa pengisian borang atau maklumat diterima tidak lengkap.

  • Peruntukan di bawah subseksyen 14(2) ACKHT 1976 memberi kuasa kepada KPHDN untuk membangkitkan taksiran anggaran di atas kegagalan pelupus atau pemeroleh mengemukakan Borang Nyata CKHT di bawah subseksyen 13(1) ACKHT 1976.
Di lawati :
Kemaskini : :