- Institusi atau Organisasi
- Permohonan baharu perlu dikemukakan secara mandatori melalui Sistem e-Derma berkuat kuasa 15 Jun 2026
- Sistem e-Derma boleh diakses melalui Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my
- Permohonan hanya boleh dibuat oleh individu yang mempunyai peranan Pengarah Syarikat / Pentadbir Organisasi di dalam MyTax
- Pengguna sedia ada MyTax:
- Sekiranya telah mempunyai peranan Pengarah Syarikat / Pentadbir Organisasi, sila log masuk sistem e-Derma menggunakan peranan tersebut.
- Jika belum mempunyai peranan Pengarah Syarikat / Pentadbir Organisasi, sila ikuti langkah berikut untuk memohon peranan Pengarah Syarikat / Pentadbir Organisasi:
- Layari portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my
- Klik Profil > Permohonan Peranan > Pilih Jenis Permohonan > Pilih Jenis Peranan > Muat naik dokumen sokongan > klik Hantar
- Peranan boleh digunakan setelah diluluskan oleh HASiL.
- Tidak mempunyai akses MyTax:
Sila ikuti langkah berikut untuk mendaftar sijil digital MyTax :- Sila layari https://mytax.hasil.gov.my
- Log Masuk MyTax.
- Pilih Jenis Pengenalan.
- Masukkan nombor pengenalan dan klik Hantar.
- Paparan “Sijil D igital Tidak Wujud” akan dipaparkan.(ini bermaksud anda belum pernah memohon PIN / Sijil Digital MyTax).
- Untuk log masuk kali pertama, anda perlu memohon PIN (Sijil Digital MyTax) melalui salah satu kaedah berikut:
- e-CP55D – permohonan secara dalam talian melalui MyTax; atau
- e-KYC – permohonan melalui pengesahan identiti menggunakan dokumen pengenalan dan swafoto melalui telefon pintar.
- Lengkapkan permohonan sehingga berjaya.
- Selepas berjaya, anda boleh log masuk MyTax dan ikuti langkah diperenggan (d) untuk memohon peranan.
- Tabung / Wakil Cukai atau Ejen Cukai
Bagi permohonan baharu kelulusan di bawah subseksyen 44(6) ACP oleh Tabung atau Institusi/ Organisasi/ Tabung (IOT) yang melantik Wakil Cukai atau Ejen Cukai untuk urusan permohonan kelulusan ini, pengemukaan borang manual beserta dokumen sokongan perlu dibuat secara dalam talian melalui Borang Maklum Balas Pelanggan mengikut prosedur sedia ada. Permohonan melalui sistem e-Derma akan diperluaskan kepada kategori ini pada fasa berikutnya.
Sila klik pautan berikut untuk menghantar permohonan : https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/MaklumbalasPelanggan/?category=16
A. Permohonan Baharu Kelulusan Di Bawah Subseksyen 44(6) ACP
B. Permohonan Lanjutan Tempoh Kelulusan / Pengemukaan Dokumen Dan Pindaan Maklumat
Bagi memudahkan urusan Institusi/ Organisasi/ Tabung (IOT), HASiL turut menyediakan kemudahan atas talian melalui platform Portal HASiL untuk urusan cukai seperti berikut:
- Pengemukaan permohonan lanjutan tempoh kelulusan subsekyen 44(6) ACP bagi IOT;
- Pengemukaan dokumen seperti Penyata Kewangan Beraudit, Borang Semakan Kendiri dan lain-lain bagi IOT; atau
- Pengemukaan pindaan maklumat seperti perlembagaan, pembelian aset dan lain-lain bagi IOT