🌐 BM | ENG

e-Perkhidmatan

Pengenalan

Sejajar dengan transformasi teknologi dan pendigitalan sistem perkhidmatan percukaian serta komitmen bagi meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan mewajibkan penggunaan e-Perkhidmatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang telah disediakan secara dalam talian melalui gerbang perkhidmatan Portal MyTax secara berperingkat bermula 1 September 2023.

Pelaksanaan mandatori penggunaan e-Perkhidmatan secara berperingkat ini juga merupakan salah satu usaha HASiL dalam menerapkan elemen Awareness, Education and Services (A.E.S.) dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Pegawai khidmat pelanggan kami akan membantu pembayar cukai yang hadir di Kaunter Perkhidmatan HASiL dalam urusan percukaian di samping akan membantu mempersiapkan pembayar cukai untuk beralih kepada penggunaan sepenuhnya e-Perkhidmatan bermula 1 Januari 2024.

Pelaksanaan penggunaan e-Perkhidmatan secara mandatori ini bertujuan untuk:

  1. Memberikan akses yang mudah, selamat dan pantas kepada para pembayar cukai dalam melaksanakan urusan percukaian mereka tanpa perlu hadir ke pejabat HASiL.
  2. Meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan HASiL kepada pelanggan.
e-Perkhidmatan Yang Diwajibkan

Berikut adalah maklumat senarai e-Perkhidmatan yang diwajibkan penggunaannya secara berperingkat bermula 1 September 2023:

Pendaftaran Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
  1. e-Daftar
    1. Penerangan
      Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai membuat semakan dan pendaftaran TIN secara dalam talian seperti di bawah:

      Kategori | Jenis Fail
      1. Individu | IG
      2. Syarikat | C
      3. Majikan | E
      4. Perkongsian | D
      5. Perkongsian Liabiliti Terhad | PT
      6. Koperasi | CS
      7. Pertubuhan | F
      8. Badan Amanah | TA
      9. Unit Amanah / Amanah Harta Tanah | TC
      10. Amanah Perniagaan | TN
      11. Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta | TR

    2. Pengecualian
      Pendaftaran TIN secara manual masih dibenarkan bagi kategori di bawah:

      Kategori | Jenis Fail
      1. Entiti Labuan | LE
      2. Pendapatan Petroleum | PP
      3. Harta Pusaka | TP
      4. Penerima Bukan Pemastautin Bagi Tujuan Bayaran Cukai Pegangan | Mengikut Kategori Penerima
      5. Penghibur Awam Bukan Pemastautin | FA

Terdapat dua (2) kaedah bagi permohonan No. PIN secara dalam talian seperti berikut:

  1. e-KYC
    e-KYC membolehkan pembayar cukai baharu membuat pendaftaran sijil digital melalui aplikasi mobile MyTax. Pembayar cukai perlu mengesahkan identiti secara dalam talian dengan memadankan foto pada MyKad / pasport dengan swafoto wajah pembayar cukai.

    Pengecualian

  2. e-CP55D
    e-CP55D membolehkan pembayar cukai mendaftar sijil digital melalui komputer meja atau komputer riba di Portal MyTax.

    Pengecualian

  1. e-Kemaskini Profil Diri Individu
    Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai individu mengemas kini profil diri secara dalam talian.

    Pengecualian

    1. Kemas kini nama dan nombor pengenalan / nombor pendaftaran hendaklah dikemukakan melalui Borang Maklum Balas Pelanggan > Permohonan > Kemas Kini Butiran Pembayar Cukai
    2. Kemas kini profil bagi kategori SELAIN Individu (IG) dan Syarikat (C) masih dibenarkan secara manual menggunakan Borang CP600B.
  2. e-Kemaskini Profil Syarikat
    Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai syarikat mengemas kini profil dan maklumat am secara dalam talian.

    Pengecualian

    1. Kemas kini nama dan nombor pengenalan / nombor pendaftaran hendaklah dikemukakan melalui Borang Maklum Balas Pelanggan > Permohonan > Kemas Kini Butiran Pembayar Cukai
    2. Kemas kini profil bagi kategori SELAIN Individu (IG) dan Syarikat (C) masih dibenarkan secara manual menggunakan Borang CP600B.
  1. e-PCB
    Aplikasi ini disediakan kepada majikan yang tidak menggunakan sistem penggajian berkomputer untuk membuat pengiraan, pengemukaan, bayaran dan menyemak PCB. Pengiraan PCB menggunakan aplikasi ini adalah mengambil kira potongan wajib dan potongan pilihan.

    Pengecualian


  2. e-CP39
    Aplikasi ini disediakan kepada majikan untuk membuat pengiraan, pengemukaan dan bayaran PCB pekerja secara dalam talian bagi menggantikan borang CP39 manual. Aplikasi ini dibangunkan khusus untuk majikan yang tidak menggunakan sistem penggajian berkomputer. Pengiraan PCB menggunakan aplikasi ini adalah mengambil kira potongan wajib sahaja.

    Pengecualian


  3. e-Data PCB
    Aplikasi untuk majikan yang menggunakan sistem penggajian berkomputer bagi menghantar data PCB pekerja menggunakan format txt file dan membayar PCB secara dalam talian.

    Pengecualian


  4. e-Anggaran
    Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai kategori syarikat, badan amanah, koperasi dan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) mengemukakan anggaran cukai kena di bayar CP204 dan pindaan anggaran (CP204A) secara dalam talian.

    Pengecualian


  5. e-CKHT 502
    Aplikasi ini membolehkan pengisian CKHT 502 secara dalam talian bagi pembayaran di bawah Seksyen 21B Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976) selaras dengan pelaksanaan Nombor Bil sebagai rujukan bagi urusan pembayaran cukai langsung untuk pelupusan sehingga 31 Disember 2024.

    Pengecualian


  6. e-CKHT 2A
    Mulai pelupusan tahun taksiran 2025, Aplikasi ini membolehkan pemeroleh membuat pengisian maklumat pemerolehan harta tanah / syer tertakluk Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976) dan menjana Nombor Bil sebagai rujukan bagi urusan pembayaran di bawah Seksyen 21B ACKHT 1976 bermula 1 Januari 2025.

    Pengecualian
  1. e-CKHT (Borang CKHT 1A, 1B, 2A dan 3)
    Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai membuat pengisian dan pengemukaan Borang Nyata Cukai Keuntungan Harta Tanah (BNCKHT) secara dalam talian seperti berikut:
      1. CKHT 1A
        Pelupusan harta tanah
      2. CKHT 1B
        Pelupusan syer tertakluk kepada Akta Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976)
      3. CKHT 3
        Permohonan Pengecualian / Pelupusan Tidak Dikenakan Cukai
      4. CKHT 2A
        • Pemerolehan harta tanah / syer tertakluk kepada ACKHT 1976; dan
        • Janaan Nombor Bil bagi bayaran remitan Seksyen 21B

    Bermula 1 Januari 2025, pengemukaan borang nyata secara elektronik diwajibkan bagi semua kategori pembayar cukai yang melupuskan aset tertakluk kepada ACKHT 1976.

    Pembayar cukai boleh menyemak, memuat turun dan mencetak:

    • Salinan BNCKHT; dan
    • Slip pengesahan penerimaan BNCKHT.

    Bermula 1 Januari 2025.

    Pengecualian

  1. e-Filing (e-Borang & e-Semakan Pengesahan)
    Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai membuat pengisian dan penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara dalam talian.

    Pembayar cukai juga boleh menyemak, memuat turun dan mencetak semakan pengesahan BNCP yang telah dikemukakan secara dalam talian.

    Pengemukaan borang nyata secara elektronik diwajibkan bagi kategori pembayar cukai seperti di bawah:


    Kategori | Jenis Borang

    1. Individu | BE, B, BT, M, MT
    2. Perkongsian | P
    3. Pertubuhan | TF
    4. Harta Pusaka | TP
    5. Koperasi | C1
    6. Badan Amanah | TA
    7. Unit Amanah / Amanah Harta Tanah | TC
    8. Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta | TR
    9. Majikan | E
    10. Syarikat | C
    11. Perkongsian Liabiliti Terhad | PT
    1.  

    Pengecualian
    Pengecualian diberikan bagi BNCP yang belum atau tidak lagi disediakan melalui e-Filing.

  1. e-CKM
    Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai membuat pengisian dan penghantaran Borang Nyata Cukai Keuntungan Modal (BNCKM) secara dalam talian.


    Pengecualian

  2. e-Data Praisi / e-CP8D
    Aplikasi ini membolehkan majikan menghantar data maklumat saraan pekerja secara dalam talian.

    Maklumat saraan yang dikemukakan pada 1 Januari hingga 25 Februari setiap tahun akan dipraisi dalam e-Borang pekerja berkenaan. Data praisi tersebut masih boleh dipinda oleh pekerja jika terdapat perubahan sebelum penghantaran e-Borang.

    Maklumat saraan yang dikemukakan selepas 1 Mac setiap tahun tidak akan dipraisi ke dalam e-Borang pekerja dan dianggap sebagai pengemukaan biasa untuk tujuan pengemukaan Borang E.

     

    Pengecualian

  3. TAeF
    Aplikasi ini disediakan untuk ejen cukai membuat pengisian dan menghantar Borang Nyata dan borang anggaran cukai secara dalam talian bagi pihak pembayar cukai.

     

    Pengecualian

  4. MITRS
    Akan dikemas kini

    Pengecualian
    Akan dikemas kini

  5. e-Duti Setem
    Sistem penyeteman dalam talian yang dibangunkan bagi tujuan permohonan taksiran dan pembayaran duti setem secara dalam talian. Sijil / Resit Setem yang dicetak daripada aplikasi ini perlu dilampirkan ke atas surat cara sebagai bukti duti setem telah dibayar/ dikecualikan.


    Pengecualian

    Bagi individu berumur di bawah 18 tahun, pembayar duti perlu mengisi borang Permohonan Penyeteman Dokumen Peribadi Di Kaunter melalui e-Duti Setem dan hadir ke kaunter duti setem untuk taksiran dan pembayaran duti.

  1. e-BNT
    Aplikasi ini disediakan bagi membolehkan pembayar cukai mengemukakan borang nyata terpinda secara elektronik bagi kategori seperti di bawah:

    Kategori | Jenis Borang

    1. Individu (Tidak Menjalankan Perniagaan) | BE
    2. Individu (Yang Menjalankan Perniagaan) | B
    3. Syarikat | C
    4. Cukai Keuntungan Modal | CKM

    Rujuk garis panduan operasi yang berkaitan sebelum membuat pengemukaan.

    Pengecualian

    Pengemukaan BNT bagi pembayar cukai SELAIN syarikat dan individu yang tidak menjalankan perniagaan masih menggunakan BNT manual.

  2. e-Residen
    Aplikasi ini disediakan untuk membolehkan pembayar cukai memohon Sijil Taraf Mastautin (STM) secara dalam talian bagi pengesahan bahawa pembayar cukai adalah pemastautin Malaysia. Permohonan STM hendaklah bertujuan untuk mengelakkan pencukaian dua kali atas pendapatan yang sama dan menuntut lain-lain manfaat Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK).

    Pengecualian

    Bagi permohonan STM untuk pembayar cukai kategori Perkongsian (D), permohonan hendaklah dikemukakan atas nama ahli kongsi.
  3. e-SPC (Individu)
    Aplikasi ini membolehkan majikan mengemukakan permohonan Surat Penyelesaian Cukai (SPC) pekerja secara elektronik mengikut borang di bawah:

    Kategori | Jenis Borang

    1. Permohonan Penyelesaian Cukai Pekerja Berhenti Kerja / Bersara / Meninggal Dunia bagi sektor swasta | CP22A
    2. Permohonan Penyelesaian Cukai Pekerja Berhenti Kerja / Bersara / Meninggal Dunia bagi agensi kerajaan | CP22B
    3. Borang pemberitahuan pekerja yang hendak meninggalkan Malaysia | CP21


    Pengecualian

    Permohonan bagi pembatalan SPC hendaklah dikemukakan secara manual di pejabat HASiL Negeri / cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan pekerja atau ke pejabat HASiL yang berhampiran.

  4. e-SPC (Syarikat dan Perkongsian Liabiliti Terhad)
    Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai kategori syarikat (termasuk Syarikat Berhad Menurut Jaminan) dan perkongsian liabiliti terhad yang sedang dalam proses pembubaran mengemukakan permohonan SPC secara elektronik seperti di bawah:

    Bil. Kategori Jenis Borang
    1.
    1. Penggulungan Syarikat
    2. Pemberhentian Perniagaan (Syarikat Asing)
    3. Pembentukan Semula dan Penggabungan Syarikat (Pembubaran Tanpa Penggulungan)
    4. Pertukaran Syarikat kepada perkongisan liabiliti terhad
    CP7(C)
    2. Pemotongan Nama Syarikat CP7
    3.

    Perkongsian Liabiliti Terhad

    1. Penggulungan perkongsian liabiliti terhad
    2. Pemberhentian / penggulungan / pembubaran perniagaan (perkongisan liabiliti terhad asing)
    CP7(PT)


    Pengecualian

    Pengemukaan permohonan SPC secara manual hanya DIBENARKAN sekiranya permohonan tersebut dikemukakan oleh ejen cukai bagi kategori perkongsian liabiliti terhad sahaja.

  5. e-CP22
    Aplikasi ini membolehkan majikan mengemukakan borang pemberitahuan bagi pekerja baharu kepada HASiL secara dalam talian.

    Pengecualian

e-Perkhidmatan Yang Belum Diwajibkan (Digalakkan Untuk Digunakan)

Bagi tujuan pembayaran cukai, HASiL amat menggalakkan pembayar cukai untuk menggunakan kaedah-kaedah pembayaran secara dalam talian yang telah disediakan bagi memastikan transaksi yang dilakukan adalah selamat, teratur dan diproses dengan pantas.

Pembayar cukai DIGALAKKAN membuat bayaran cukai secara dalam talian menggunakan salah satu kaedah di bawah:

  1. e-Billing
    Aplikasi ini digunakan oleh pembayar cukai untuk membuat semakan atau menjana Nombor Bil bagi semua jenis bayaran cukai sebelum membuat pembayaran. Aplikasi ini tidak terpakai bagi tujuan bayaran PCB dan duti setem.
  2. ByrHASiL
    Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai membuat pembayaran cukai melalui bank-bank yang menjadi ahli FPX secara dalam talian. Bagi pembayaran menggunakan Nombor Bil, sila semak Nombor Bil menggunakan aplikasi e-Billing.
  3. e-TT
    Aplikasi ini diperkenalkan bagi bayaran cukai melalui kaedah TT (Telegraphic Transfer), EFT dan IBG dari dalam dan luar negara bagi pelbagai jenis bayaran cukai. Aplikasi ini akan menjana Nombor Akaun Maya [Virtual Account (VA) Number] sebagai identiti pengenalan bayaran.
  4. e-WHT
    Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai membuat pengisian Borang Bayaran Cukai Pegangan secara dalam talian.

    Kategori Cukai Pegangan | Jenis Borang

      1. Bayaran Royalti Dan Faedah Kepada Orang Yang Tidak Bermastautin | CP37
      2. Bayaran Kontrak Kepada Kontraktor Yang Tidak Bermastautin | CP37A
      3. Faedah (Selain Daripada Faedah Yang Dikecualikan Di Bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967)) Yang Dibayar Kepada Individu Yang Bermastautin | CP37C
      4. Pendapatan Kelas Khas Di Bawah Seksyen 4A ACP 1967 | CP37D
      5. Pendapatan Amanah Pelaburan Harta Tanah Yang Diagihkan Kepada Orang Yang Tidak Bermastautin | CP37E
      6. Pendapatan Yang Diterima Daripada Agihan Oleh Unit Amanah Dana Pasaran Wang Runcit (RMMF) Kepada Pelabur Selain Individu (Bermastautin) | CP37E(R)
      7. Pendapatan Yang Diterima Daripada Agihan Oleh Unit Amanah Dana Pasaran Wang Runcit (RMMF) Kepada Pelabur Selain Individu (Tidak Bermastautin) | CP37E(NR)
      8. Pendapatan Yang Diterima Daripada Agihan Oleh Unit Amanah Dana Pasaran Wang Runcit (RMMF) Kepada Pelabur Selain Individu (Tidak Bermastautin) | CP37E(T)
      9. Bayaran Kepada Orang Yang Tidak Bermastautin Di Bawah Perenggan 4(f) ACP 1967 | CP37F
      10. Pengeluaran Daripada Dana Di Bawah Skim Anuiti Tertangguh Atau Skim Persaraan Swasta | CP37G
      11. Bayaran Royalti Dan Faedah Kepada Orang Yang Tidak Bermastautin (Bayaran Cukai Pegangan Bernilai Kecil) | CP37S
      12. Pendapatan Kelas Khas Di Bawah Seksyen 4A ACP 1967 (Bayaran Cukai Pegangan Bernilai Kecil) | CP37DS
      13. Slip pengiriman bayaran cukai yang dinaikkan menurut subseksyen selain 107A(2) ACP 1967 | CP147
      14. Slip Pengiriman Cukai yang Dinaikkan – Subseksyen 107A(2) ACP 1967 | CP147(1)
  5. e-107D
    Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai membuat pengisian Borang Bayaran Seksyen 107D dan memuat naik lampiran CP107D(2) secara dalam talian.
  6. e-CP204B
    Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai kategori syarikat, badan amanah, koperasi dan perkongsian liabiliti terhad membuat pemberitahuan penukaran tempoh perakaunan secara dalam talian.
Lain-lain e-Perkhidmatan
Berikut adalah senarai lain-lain e-Perkhidmatan yang telah disediakan oleh HASiL tetapi belum diwajibkan. Pembayar cukai adalah digalakkan untuk menggunakan e-Perkhidmatan ini dalam urusan percukaian yang berkaitan.

Pembayar cukai DIGALAKKAN menggunakan e-Perkhidmatan yang telah disediakan walaupun belum diwajibkan seperti di bawah:

  1. e-Permohonan Pindaan BE
    Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai individu membuat permohonan pindaan bagi kes terlebih melaporkan pendapatan atau terkurang menuntut pelepasan yang dibenarkan semasa mengemukakan e-Borang dalam tempoh di bawah Seksyen 131 ACP 1967.
  2. e-Lanjutan Masa
    Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai menguruskan semua permohonan lanjutan masa pengemukaan BN bagi Tahun Taksiran 2025 dan seterusnya. Permohonan lanjutan masa pengemukaan BN melalui e-Lanjutan Masa dibenarkan bagi BN syarikat (C), koperasi (C1), perkongsian liabiliti terhad (PT), badan amanah (TA / TC / TR / TN) dan BN petroleum (CPP / CPE) bagi tahun taksiran (TT) 2025 dan ke atas.
  3. e-Daftar e-KYC
    e-Daftar e-KYC membolehkan pembayar cukai asing mendaftar TIN melalui aplikasi mobile MyTax. Pembayar cukai perlu mengesahkan identiti secara dalam talian dengan memadankan foto pada pasport yang mempunyai fungsi Near Field Communication (NFC) dengan swafoto wajah pembayar cukai.
  4. e-Rayuan Taksiran
    Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai mengemukakan rayuan taksiran (Borang Q) atau permohonan lanjutan masa untuk membuat rayuan (Borang N) secara dalam talian terhadap taksiran cukai yang dibangkitkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), namun tidak meliputi kes yang melibatkan Cukai Keuntungan Modal, Cukai Pegangan dan taksiran yang dibangkitkan hasil aktiviti siasatan.
  5. e-Kompaun
    Platform yang membolehkan pembayar cukai menyemak, membuat permohonan dan pembayaran kompaun secara atas talian bagi kesalahan lewat membayar PCB/CP38 dan lewat mengemukakan anggaran cukai CP204.