Kenaikan Cukai Bagi Kelewatan Membayar Baki Cukai

Kenaikan cukai sebanyak 10% akan dikenakan bagi amaun cukai atau baki cukai yang tidak dibayar selepas 30 April/15 Mei (Kes individu penggajian) atau 30 Jun/15 Julai (Kes individu memiliki punca perniagaan atau pendapatan selain penggajian) tahun berikutnya bagi sesuatu tahun taksiran.

Rayuan Ke Atas Kenaikan Cukai Bagi Kelewatan Membayar Baki Cukai

Pembayar cukai boleh merayu atas kenaikan cukai yang dikenakan, dengan mengemukakan rayuan bertulis kepada Unit Pungutan Pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai mereka.

Kenaikan cukai yang dikenakan mesti dibayar terlebih dahulu meskipun rayuan telah dikemukakan. Sekiranya rayuan berkenaan diluluskan LHDNM akan memulangkan kembali jumlah bayaran berkenaan.