1. Bayaran di Kaunter
1.1 Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
Bermula 1 Ogos 2023, LHDNM akan melaksanakan pemberhentian penerimaan cek, Bank Draft dan Money Order/Postal Order (MOPO) sebagai instrumen terimaan bagi bayaran cukai langsung di semua Kaunter Bayaran Bank dan Pejabat Pos yang menjadi ejen kutipan bayaran LHDNM.
Senarai Bank dan Pejabat Pos yang menawarkan perkhidmatan bayaran cukai di kaunter adalah seperti berikut:
-
- CIMB Bank
- Public Bank
- Maybank - Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank bermula 18/9/2023
- POS Malaysia (bayaran secara tunai sahaja)
- Affin Bank
- Bank Simpanan Nasional - Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank bermula 30/8/2023
Selaras dengan pelaksanaan penggunaan Nombor Bil sebagai rujukan mandatori bagi urusan pembayaran semua jenis cukai langsung bermula 1 Januari 2023, berikut adalah maklumat jenis perkhidmatan, jenis bayaran, caj serta rujukan bayaran bagi ejen kutipan hasil;
Bank Ejen |
Jenis Perkhidmatan |
Jenis Bayaran |
Caj Yang Dikenakan |
Rujukan Bayaran |
Public Bank
|
Bayaran Cukai Pendapatan & CKHT
|
Tunai |
RM2.00 |
Nombor Pengenalan Cukai (TIN) |
Affin Bank |
IBG (Current Account) |
Tiada caj yang dikenakan |
Nombor Pengenalan Cukai (TIN) |
BSN - Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank bermula 30/8/2023 |
Tunai |
Tiada caj yang dikenakan |
Nombor Pengenalan Cukai (TIN) |
IBG (Current Account) |
Maybank - Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank bermula 18/9/2023 |
Tunai |
RM1.00 |
Nombor Bil |
CIMB Bank |
Tunai |
Tiada caj yang dikenakan |
Nombor Bil- Bermula 16 Ogos 2023 |
IBG (Current Account) |
Pos Malaysia |
Tunai |
Tiada caj yang dikenakan |
Nombor Pengenalan Cukai (TIN) |
Bank mengenakan caj tertentu bagi bayaran menggunakan tuna di kaunter perkhidmatan seperti jadual di atas.
Maklumat berikut perlu diisi ke dalam slip bayaran di bank:
Bayaran menggunakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) sebagai rujukan bayaran:
- Kod Bayaran
- Nama Pembayar Cukai/Majikan
- No. Rujukan Cukai/No Rujukan Majikan
- No. Kad Pengenalan
- Tahun Taksiran bagi bayaran yang dibuat/Tahun dan Bulan potongan bagi bayaran PCB
- Amaun bayaran
Bayaran menggunakan Nombor Bil sebagai rujukan bayaran:
- Nombor Bil
- Amaun bayaran
1.2 Bayaran PCB
Bayaran PCB boleh dibuat di kaunter ejen cukai HASiL seperti berikut (setelah penghantaran data dibuat melalui sistem perkhidmatan PCB seperti e-Data PCB, e-PCB atau e-CP39):
- Secara tunai - CIMB sahaja
- Secara tunai – Pos Malaysia
- Secara arahan debit akaun – Semua kaunter Bank menggunakan nombor Akaun PCB/CP39