Potongan Cukai Bulanan (PCB)
- PCB adalah satu mekanisme potongan cukai pendapatan yang dibuat oleh majikan daripada saraan bulanan semasa pekerja mengikut Jadual Potongan Cukai Bulanan atau kaedah-kaedah lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah (selepas ini dirujuk sebagai “Kaedah Pengiraan Berkomputer”) menurut yang diperuntukkan di bawah Kaedah 3, Kaedah-Kaedah Cukai| Pendapatan (Potongan daripada Saraan) 1994 (Kaedah PCB).
- Potongan ini bertujuan untuk mengurangkan beban pekerja membayar cukai sekaligus apabila cukai dikira.
Notis Bayaran Ansuran CP500
- Amaun ansuran akan dianggarkan oleh LHDN dan akan dihantar kepada pembayar cukai pada setiap awal tahun mengunakan notis ansuran CP500.
- Pembayar cukai dikehendaki membuat bayaran mengikut tarikh dan jumlah bayaran ansuran seperti yang ditetapkan di dalam notis CP500 tersebut.
- Pembayar cukai yang mempunyai sumber pendapatan selain daripada penggajian seperti perniagaan, sewa dan royalti dikehendaki membuat bayaran ansuran setiap dua bulan sekali sehingga enam kali ansuran mulai daripada bulan Mac setiap tahun.
- Pindaan CP500 boleh dibuat sebelum 30 Jun setiap tahun kalender.
- Bagi individu yang tidak menerima CP500 pada penghujung bulan Februari setiap tahun atau ingin mendapatkan salinan jadual tersebut, CP500 boleh diperoleh melalui MyTAX atau menghubungi Hasil Care Line di talian 03-89111000.
- Penerangan lanjut berhubung CP500 boleh diperoleh daripada Rangka Kerja Pungutan Cukai