Dimaklumkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah memperkenalkan penggunaan Nombor Bil sebagai rujukan mandatori bagi urusan pembayaran semua jenis cukai langsung kecuali bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Duti Setem bermula 1 Januari 2023.

Walau bagaimanapun, penggunaan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) sebagai rujukan bayaran masih digunapakai bagi tempoh peralihan sehingga dimaklumkan kelak.

Perkhidmatan ini menggunakan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar cukai.

Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX. Sila klik pautan berikut bagi senarai bank yang terlibat:

Sila layari :

ByrHASiL (menggunakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau Nombor Bil)

Had amaun bagi setiap transaksi bayaran bagi perkhidmatan FPX di ByrHASiL adalah seperti berikut:

JENIS AKAUN HAD TRANSAKSI
Individu RM5 Juta
(Had sebelum itu RM500 ribu)
Korporat/Perniagaan RM250 Juta
(Had sebelum itu RM100 juta)

Walau bagaimanapun, had transaksi bayaran ini juga bergantung kepada had pengeluaran/transaksi maksimum yang telah ditetapkan oleh pemilik akaun atau bank berkaitan.

Sebagai contoh, walaupun had transaksi bagi individu menerusi FPX di ByrHASiL adalah sebanyak RM500 ribu, tetapi had pengeluaran maksimum akaun bank pembayar cukai ditetapkan sebanyak RM50 ribu, pembayar cukai masih tidak dapat membuat bayaran sekali gus kerana telah melebihi had pengeluaran maksimum yang ditetapkan. Pembayar cukai perlu berurusan dengan bank bagi peningkatan had transaksi berkenaan.

: https://byrhasil.hasil.gov.my/
e-PCB Plus : https://mytax.hasil.gov.my/ log masuk dan pilih peranan

LHDNM telah melaksanakan penamatan penerimaan instrumen bayaran cukai secara manual (tunai, cek dan bank deraf) bagi semua bayaran cukai langsung di Pusat Pengurusan Terimaan Hasil (PPTH) Kuching dan Kota Kinabalu bermula 01 Februari 2024.  Hanya PPTH Kuala Lumpur sahaja yang akan menerima instrumen bayaran cukai secara manual. Bagi jenis bayaran cukai berikut:

PPTH LHDNM
No. Jenis Bayaran Cukai Medium Bayaran Rujukan Bayaran
1. Bayaran Kompaun Tunai
Bank draft
Nombor Bil
2. Cukai Pendapatan sahaja Kad Kredit/
Kad Debit yang dikeluarkan dalam Malaysia sahaja
Nombor Bil

Caj Pentadbiran bayaran cukai menggunakan kad kredit sebanyak 0.8% ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan bermula 2 Disember 2024.

Lain-lain bayaran yang tidak disenaraikan seperti perenggan diatas akan dihentikan penerimaannya di kaunter Pusat Pengurusan Terimaan HASiL dan hanya boleh dibuat melalui kaedah bayaran seperti berikut:

  1. Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my melalui ‘Perkhidmatan ezHasil’ > ‘ByrHASiL’
  2. Portal perbankan internet bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan HASiL
  3. Kaunter Pos Malaysia dan bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan HASiL
  4. Mesin deposit tunai bank yang dilantik sebagai ejen kutipan HASiL
  5. Mesin juruwang automatik (ATM) bank yang dilantik sebagai ejen kutipan HASiL

LHDNM telah melaksanakan pemberhentian penerimaan cek dan Money Order/Postal Order (MOPO) sebagai instrumen terimaan bagi bayaran cukai langsung di semua Pusat Pengurusan Terimaan Hasil (PPTH) LHDNM, Kaunter Bayaran Duti Setem, Bank dan Pejabat Pos yang menjadi ejen kutipan bayaran LHDNM bermula 1 Ogos 2023.

Pelaksanaan ini terpakai bagi semua jenis bayaran cukai langsung kecuali;

  • Bayaran Cukai Pendapatan bagi bayaran pendahuluan dan ansuran kes Audit, Siasatan dan Guaman Sivil menggunakan Cek/ Post Dated Cheque (PDC) yang telah dikemukakan kepada LHDNM sebelum 1 Ogos 2023.

Kaunter Pusat Pengurusan Terimaan Hasil Kuala Lumpur (PPTH KL) menyediakan kaedah bayaran menggunakan kad kredit dan kad debit.

Perkhidmatan ini boleh digunakan untuk semua kad kredit VISA dan Mastercard yang dikeluarkan di Malaysia.

Kod bayaran yang dibenarkan bagi bayaran Kad Kredit/Kad Debit di Kaunter Pusat Pengurusan Terimaan Hasil (individu) adalah seperti berikut:

Item Kod Bayaran Keterangan
1 084 Bayaran Ansuran Cukai/ Baki Cukai Individu
2 088 Pendahuluan / Ansuran Cukai Komposit
3 095 Bayaran Cukai Pendapatan (tidak termasuk skim ansuran)
4 150 Bayaran Kenaikan Seksyen 103A / 103
5 153 Bayaran Kenaikan Komposit
6 154 Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(9) / 107B(3)
7 155 Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(10) / 107B(4)
8 156 Bayaran Kos Mahkamah
9 157 Bayaran Faedah Atas Hutang Hukuman
10 158 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Audit
11 159 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Pemungutan
12 160 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Guaman Sivil
13 173 Bayaran Kos Guaman
14 196 Bayaran Penyelesaian Cukai
15 197 Bayaran Penyelesaian Cukai - Majikan
16 259 Bayaran Seniman Kembara
17 351 Bayaran Semula Pampasan 2%
18 353 Bayaran Kenaikan Pampasan 2%
19 361 Bayaran Penalti Khas Subseksyen 113(1)/114(1)
20 362 Bayaran Taksiran LBATA (Kadar Tetap RM 20,000.00)

1. Bayaran di Kaunter

1.1 Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Bermula 1 Ogos 2023, LHDNM telah melaksanakan pemberhentian penerimaan cek, Bank Draft dan Money Order/Postal Order (MOPO) sebagai instrumen terimaan bagi bayaran cukai langsung di semua Kaunter Bayaran Bank dan Pejabat Pos yang menjadi ejen kutipan bayaran LHDNM.

Selaras dengan pelaksanaan penggunaan Nombor Bil sebagai rujukan mandatori bagi urusan pembayaran semua jenis cukai langsung bermula 1 Januari 2023, berikut adalah maklumat jenis perkhidmatan, jenis bayaran, caj serta rujukan bayaran bagi ejen kutipan hasil;

Bank Ejen Jenis Perkhidmatan Jenis Bayaran Caj Yang Dikenakan Rujukan Bayaran
Public Bank

Bayaran Cukai Pendapatan
& CKHT

IBG (Current Account) Tiada caj yang dikenakan Nombor Bil
Affin Bank IBG (Current Account) Tiada caj yang dikenakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
BSN - Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank bermula 30/8/2023 Tunai Tiada caj yang dikenakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
IBG (Current Account)
Maybank Tunai RM1.00 Nombor Bil
CIMB Bank Tunai
(Lock Amaun)
Tiada caj yang dikenakan Nombor Bil
IBG (Current Account)
(Lock Amaun)
Pos Malaysia Tunai Tiada caj yang dikenakan Nombor Bil
RHB

IBG (Current Account) Tiada caj yang dikenakan Nombor Bil

Bank mengenakan caj tertentu bagi bayaran menggunakan tuna di kaunter perkhidmatan seperti jadual di atas.

Maklumat berikut perlu diisi ke dalam slip bayaran di bank:

Bayaran menggunakan Nombor Bil/Nombor Pengenalan Cukai (TIN) sebagai rujukan bayaran:

Rujukan Bayaran
Nombor Bil TIN
  1. Kod Bayaran
  2. Nama Pembayar Cukai/Majikan
  3. No. Rujukan Cukai/No Rujukan Majikan
  4. No. Kad Pengenalan
  5. Tahun Taksiran bagi bayaran yang dibuat/Tahun dan Bulan potongan bagi bayaran PCB
  6. Amaun bayaran
  1. Nombor Bil
  2. Amaun bayaran

1.2 Bayaran PCB

Bayaran PCB boleh dibuat di saluran bayaran seperti berikut (setelah penghantaran data dibuat melalui sistem perkhidmatan PCB (e-PCB Plus) seperti e-Data PCB, e-PCB atau e-CP39 (Rujuk maklumat saluran bayaran pada Slip Pengesahan Data):

  • Financial Process Exchange (FPX)
  • Kaunter Bank/Automated Teller Machine (ATM)
  • IBG/RENTAS/Telegraphic Transfer (TT)/Cash Transfer

Bayaran melalui portal perbankan internet bank

Kemudahan pembayaran CP, CKHT dan PCB turut disediakan melalui portal perbankan internet ejen kutipan HASiL yang telah dilantik seperti berikut:

Bank Jenis Bayaran
Cukai Pendapatan CKHT PCB
Alliance Bank Ya Ya Ya
CIMB Bank Ya Ya Ya
Citibank Ya
(Cukai Syarikat sahaja)
Ya
(Cukai Syarikat sahaja)
Ya
Hong Leong Bank Ya Ya Ya
Maybank Ya Ya Ya
Public Bank Ya Ya Ya
RHB Bank Ya Ya Ya
POS Malaysia - - -
Ambank - - Ya
OCBC Bank - - Ya
HSBC Bank - - Ya
Bank Islam Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank Ya
Bank Simpanan Nasional Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank bermula 30/8/2023 Ya
Agro Bank - - Ya
MBSB Bank Ya Ya Ya
Affin Bank - - Ya
JP Morgan Chase Berhad Ya Ya Ya
Bank Muamalat Ya Ya Ya

Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah Individu boleh dilakukan melalui Auto Teller Machine (ATM) di bank-bank berikut;

  Bank Rujukan Bayaran
1. Public Bank TIN
2. Maybank Nombor Bil
3. CIMB Bank Nombor Bil
4. RHB Bank Nombor Bil

Bagi membolehkan pembayaran melalui mesin ATM, pembayar cukai perlu memiliki kad ATM bagi bank berkenaan dan maklumat yang diperlukan untuk melaksanakan transaksi bayaran adalah nombor rujukan cukai (TIN)/ Nombor Bil.

Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah melalui perkhidmatan tele-perbankan disediakan melalui;

  • Bayaran CP melalui telefon bimbit disediakan melalui aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB - (individu sahaja)

Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah individu hanya disediakan di CIMB Bank dengan menggunakan Nombor Bil sebagai rujukan bayaran bermula 16 Ogos 2023.

LHDNM telah memperkenalkan Sistem e-TT bermula 1 April 2022 bagi bayaran cukai pendapatan melalui kaedah pindahan Telegraphic Transfer (TT)/ Electronic Funds Transfer (EFT) dan Interbank Giro (IBG) dari dalam dan luar negara.

Pelaksanaan penambahbaikan Sistem e-TT telah dilaksanakan bermula 22 Julai 2025 yang melibatkan pilihan janaan nombor VA menggunakan nombor Bil serta penghantaran resit bayaran melalui emel.

e-TT merupakan sistem yang akan menjana Nombor Akaun Maya (Virtual Account Number (VA) sebagai identiti pengenalan bayaran. Pembayar cukai yang hendak membuat bayaran cukai menerusi kaedah pindahan telegrafik (TT) dari dalam dan luar negara dikehendaki untuk mengakses Sistem e-TT yang boleh dicapai di Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my  melalui ‘Perkhidmatan ezHasil’ > ‘e-TT’ dan mengisi maklumat bayaran dengan lengkap sebelum penjanaan Nombor Virtual Account (VA). Nombor VA yang diberikan perlu digunakan sebagai nombor akaun semasa membuat bayaran.

Sistem ini diperkenalkan bagi bayaran cukai pendapatan, cukai petroleum, Bayaran Kompaun dan Cukai Pegangan.

Bayaran cukai menggunakan VA dari Sistem e-TT boleh dilakukan melalui:

  • Portal perbankan internet menerusi IBG/RENTAS/Pindahan Telegrafik /Pindahan Wang
  • Kaunter Bank: IBG/RENTAS/Pindahan Telegrafik /Pindahan Wang sahaja*
    *Bayaran secara tunai dan cek tidak dibenarkan
  • Mesin Wang Automatik (Automated Teller Machine (ATM)

Resit bayaran akan dikeluarkan berdasarkan kepada maklumat yang diterima di Portal eTT serta nombor bil. Tiada pindaan resitan bagi maklumat seperti perubahan/tambahan nama pembayar, nama penerima, pindaan no. rujukan, kod bayaran, tahun taksiran dan maklumat-maklumat lain. Pembayar cukai perlu merujuk kepada Pejabat HASiL bagi permohonan pindaan/pelarasan resit.

Jadual Kod Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Item Kod Bayaran Keterangan
1 084 Bayaran Ansuran Cukai/ Baki Cukai Individu
2 086 Bayaran Ansuran Cukai Syarikat
3 088 Pendahuluan / Ansuran Cukai Komposit
4 090 Bayaran Cukai Keuntungan Harta Tanah
5 095 Bayaran Cukai Pendapatan (tidak termasuk skim ansuran)
6 150 Bayaran Kenaikan Seksyen 103A / 103
7 151 Bayaran Seksyen 108
8 152 Bayaran Kenaikan Seksyen 108
9 153 Bayaran Kenaikan Komposit
10 154 Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(9) / 107B(3)
11 155 Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(10) / 107B(4)
12 156 Bayaran Kos Mahkamah
13 157 Bayaran Faedah Atas Hutang Hukuman
14 158 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Audit
15 159 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Pemungutan
16 160 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Guaman Sivil
17 173 Bayaran Kos Guaman
18 178 Bayaran Seksyen 108 (Sek 25)
19 181 Bayaran Kenaikan Seksyen 25
20 196 Bayaran Penyelesaian Cukai
21 197 Bayaran Penyelesaian Cukai - Majikan
22 250 Bayaran Kenaikan CKHT Oleh Pelupus
23 286 Bayaran Kenaikan CKHT Oleh Pemeroleh
24 092 Bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB)
25 253 Bayaran Faedah Atas Hutang Mahkamah – CKHT
26 254 Bayaran Ansuran (Audit) – CKHT
27 255 Bayaran Ansuran (Unit Pemungutan) - CKHT
28 256 Bayaran Ansuran (Unit Guaman Sivil) – CKHT
29 257 Bayaran Kos Guaman - CKHT

CARTA PERKHIDMATAN PEMBAYARAN MENERUSI EJEN KUTIPAN HASiL

Bank Ejen Bayaran CP / CKHT Bayaran PCB
Jenis Bayaran Kaunter ATM Perbankan Internet Perbankan Telefon / Mobile Mesin Deposit Tunai (CAM) Rujukan Bayaran Kaunter Perbankan Internet***
Alliance Bank  - - Ya  No Bil IBG* Ya 
Affin Bank Ya  - TIN IBG* Ya
CIMB Bank Ya
(Tunai&Debit Akaun)
'lock' amaun
Ya Ya
'lock' amaun
 - Ya No Bil Tunai / IBG* Ya
Citibank Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank IBG* Ya 
Hong Leong Bank  -  -  Ya -  - No Bil IBG* Ya 
Maybank Ya Ya  Ya  - No Bil IBG*  Ya
Public Bank   Ya
(Debit Akaun sahaja)
Ya
'lock' amaun
Ya  Ya No Bil IBG* Ya
RHB Bank Ya (Debit Akaun sahaja) Ya  Ya (Individu sahaja)  Ya No Bil IBG*  Ya
POS Malaysia  Ya (Tunai sahaja) No Bil Tunai sahaja** 
Ambank  - IBG*  Ya 
OCBC Bank  - IBG*  Ya 
HSBC Bank  - IBG*  Ya 
Bank Islam  Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank IBG*  Ya 
Bank Rakyat  Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank IBG*  Ya 
Bank Simpanan Nasional Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank bermula 30/8/2023
Agro Bank  - -  -  IBG* Ya 
MBSB Bank Ya  - No Bil IBG*  Ya 
J.P. Morgan Chase Berhad - - Ya - - No Bil IBG* Ya
Bank Muamalat - - Ya - - No Bil IBG* Ya

IBG* (menggunakan nombor Akaun PCB/CP39)
Tunai sahaja** - Pengisian data dibuat melalui sistem e-Data PCB atau e-PCB HASiL
Perbankan Internet*** - Pengisian data PCB pekerja dan bayaran dilakukan menerusi perbankan internet bank