Selamat Datang ke Portal

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Bersama Membangun Negara

Kenyataan Media

11 Mei 2022

LAPORKAN PENDAPATAN TAHUN TAKSIRAN 2021 SELEWAT-LEWATNYA PADA 15 MEI 2022 DAN ELAK PENALTI LEWAT KEMUKA BORANG NYATA CUKAI

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memberikan peringatan kepada semua pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan agar segera melaporkan pendapatan mereka yang layak dikenakan cukai untuk Tahun Taksiran 2021 selewat-lewatnya pada 15 Mei 2022 melalui e-Filing bagi mengelakkan sebarang penalti lewat kemuka Borang Nyata Cukai dikenakan.

Muat turun berita

Pengumuman

29 April 2022

Rangka Kerja Audit LHDNM Terkini

Dimaklumkan bahawa Rangka Kerja Audit Pematuhan, Rangka Kerja Audit Cukai Kewangan & Insurans dan Rangka Kerja Audit Majikan kini boleh didapati di Portal Rasmi HASiL untuk dimuat turun.

Klik di sini untuk muat turun

Peringatan Penipuan

JANGAN JADI MANGSA

Penipuan kewangan dan percukaian

JANGAN DEDAHKAN MAKLUMAT SULIT

Kewangan dan percukaian kepada mereka yang diragui

JANGAN BERI MAKLUM BALAS

Sekiranya menerima sebarang panggilan telefon, SMS, e-mel atau surat yang meragukan

DAPATKAN PENGESAHAN LHDNM

Melalui borang maklum balas atau hubungi Pusat Panggilan di 03-8911 1000

Klik pautan ini untuk Maklumat Lanjut

Kapsul Cukai

Mytax, Gerbang Informasi Percukaian.
Kini segalanya di hujung jari anda.
https://mytax.hasil.gov.my/

Pengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2021 dan Tahun Taksiran 2021 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, M, BT, MT, P, TF dan TP boleh dilakukan mulai 01 Mac 2022. Klik pautan berikut untuk maklumat lanjut mengenai Program Memfail Borang Nyata (BN) bagi Tahun 2022:
https://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_1.pdf

No. PIN (Log Masuk Kali Pertama) boleh didapati melalui Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL atau hadir ke kaunter cawangan HASiL

Bayaran balik cukai pendapatan anda akan dibuat secara Pindahan
Elektronik (EFT) terus ke akaun bank anda. Sila nyatakan nama dan
nombor akaun bank anda yang sahih dan betul.

LHDNM telah menyediakan aplikasi e-Lejar supaya anda boleh
membuat semakan lejar cukai pendapatan pada bila-bila masa
dan di mana sahaja anda berada.

Pengarah syarikat mempunyai tanggung jawab untuk membayar baki
cukai terhutang syarikat. Pengarah itu juga boleh dikenakan sekatan
perjalanan (Sek.104) jika gagal menjelaskan cukai tersebut.

Cukai pendapatan ialah cukai yang dikenakan ke atas pendapatan
dari penggajian, perniagaan, dividen, sewa, royalti, pencen dan
pendapatan lain yang diterima oleh individu, syarikat, koperasi,
persatuan dan sebagainya pada setiap tahun.

LHDNM telah menyediakan pelbagai kemudahan bayaran
secara elektronik / ByrHASiL dengan bank-bank terpilih.
Sila rujuk www.hasil.gov.my untuk maklumat lanjut.

Notis CP38 yang dikeluarkan kepada majikan merupakan arahan
tambahan potongan gaji untuk menyelesaikan baki cukai pekerja
selain daripada Potongan Cukai Bulanan (PCB)

30 Jun 2022 ialah tarikh akhir penghantaran Borang B Tahun Taksiran 2021 dan pembayaran cukai pendapatan bagi individu yang memperolehi pendapatan perniagaan..

Membayar cukai pendapatan yang sepatutnya boleh mengelakkan
anda dari dikenakan kenaikan cukai, tindakan mahkamah serta
sekatan perjalanan keluar negara.