Home Hubungi Kami Laporkan Pelarian Cukai
Kami adalah komited untuk memerangi sesiapa sahaja yang sedang dan telah melarikan cukai. ANDA boleh membantu kami memastikan setiap individu / syarikat membayar cukai yang sepatutnya telah menjadi tanggungjawab bersama demi pembangunan Negara.
Sekiranya ANDA mempunyai maklumat, sila hubungi kami jika mengetahui berlakunya aktiviti pelarian cukai tersebut.
Maklumat yang diberikan tersebut, berkemungkinan dapat membantu memberi keadilan kepada lain-lain Pembayar Cukai.
i. Sistem e-Pelarian Cukai
Sebuah platform bagi orang awam untuk membuat aduan berkenaan pelarian cukai terhadap individu atau syarikat yang melakukan kesalahan pelarian cukai. Klik https://epelariancukai.hasil.gov.my/
ii. Urusan di Pejabat
Hadir ke pejabat LHDNM Negeri, Seksyen Perisikan Dan Profiling (SPDP).Alamat boleh rujuk di Direktori HASiL.
iii. Menulis surat kepada
Seksyen Perisikan, Bahagian Operasi Perisikan Dan Profiling
Jabatan Perisikan Dan Profiling Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
No. 3, Aras 3, Menara 2,
Jalan 9/10, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.
i. Nama, no. kad pengenalan, alamat penuh
ii. Bagaimana pelarian cukai pendapatan dilakukan
iii. Dokumen rujukan (jika ada)
iv. Maklumat lain yang penting atau berkaitan
Sila ambil perhatian bahawa sumber maklumat yang membawa kepada kajian kes akan dirahsiakan mengikut keperluan peruntukan kerahsiaan di bawah Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan 1967. Begitu juga, Jabatan ini mempunyai kewajipan untuk menjaga kerahsiaan hal ehwal cukai pembayar cukai di bawah peruntukan kerahsiaan yang sama. Oleh yang demikian, tuan / puan tidak akan dimaklumkan tentang kemajuan kajian kes atau hasil daripadanya. Maklumat dan identiti Pemberi Maklumat adalah RAHSIA dan diklasifikasikan sebagai SULIT.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui Tanya@HKC.