PORTAL PEMBEKAL LHDNM
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah melancarkan Portal Pembekal LHDNM pada 13 Februari 2019 sebagai usaha berterusan LHDNMM menambahbaik penyampaian perkhidmatan kepada Syarikat/ Pembekal yang berurusan dengan LHDNM.
Portal Pembekal LHDNM merupakan keistimewaan (value added service) yang diberikan kepada Syarikat/ Pembekal yang membekalkan perkhidmatan/ bekalan/ kerja kepada LHDNM, untuk berurusan secara atas talian berkaitan urusan perolehan dan pembayaran.

SYARAT UTAMA UNTUK LAYAK AKSES KE PORTAL PEMBEKAL LHDNM
- Bagi membolehkan Syarikat/ Pembekal menggunakan kemudahan Portal Pembekal LHDNM, Syarikat/ Pembekal perlulah samada:
- Berjaya ditauliahkan perolehan melalui Sistem ePerolehan LHDNM (https://kew-eperolehan.hasil.gov.my/LHDNM - sila klik ePerolehan untuk info lanjut berkaitan Sistem ePerolehan LHDNM); Atau
- Ditawarkan untuk membekalkan perkhidmatan/ bekalan melalui Pesanan Pembelian secara terus (Direct Purchase Order).
- Syarikat/ Pembekal perlu memastikan ketepatan maklumat Nombor Pendaftaran Perniagaan dan Emel Wakil Syarikat/ Pembekal direkodkan dalam Sistem ePerolehan LHDNM atau maklumat yang disalurkan kepada Pusat Tanggungjawab di Pejabat HASiL yang berkenaan.
LANGKAH-LANGKAH DAFTAR KALI PERTAMA
Syarikat/ Pembekal akan menerima auto-email notifikasi daripada Portal Pembekal LHDNM untuk tindakan Daftar Kali Pertama (First Time Login). Isi kandungan emel merangkumi:
- Nama Syarikat
- Nombor Pendaftaran Perniagaan
- Pautan bagi tindakan daftar kali pertama
Sila rujuk Manual Pengguna yang disediakan di laman rasmi Portal Pembekal bagi memudahkan tindakan Daftar Kali Pertama dan proses-proses lain di Portal Pembekal.
Sekiranya maklumat Nama Syarikat atau Nombor Pendaftaran Perniagaan adalah tidak tepat, sila majukan aduan kepada emel supplier@hasil.gov.my .
MAKLUMAT LANJUT
- Laman Rasmi Portal : https://kew-pembekal.hasil.gov.my
- Manual pengguna boleh diperolehi di laman rasmi Portal Pembekal LHDNM.
- Sebarang pertanyaan berkenaan Portal Pembekal boleh diajukan melalui e-mel supplier@hasil.gov.my .