BIL. |
e-PERKHIDMATAN |
PENERANGAN |
PENGECUALIAN |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1. |
e-Daftar |
Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai membuat semakan dan pendaftaran TIN secara dalam talian seperti di bawah:
|
Pendaftaran TIN secara manual masih dibenarkan bagi kategori di bawah:
|
Pengenalan
Sejajar dengan transformasi teknologi dan pendigitalan sistem perkhidmatan percukaian serta komitmen bagi meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan mewajibkan penggunaan e-Perkhidmatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang telah disediakan secara dalam talian melalui gerbang perkhidmatan Portal MyTax secara berperingkat bermula 1 September 2023.
Pelaksanaan mandatori penggunaan e-Perkhidmatan secara berperingkat ini juga merupakan salah satu usaha HASiL dalam menerapkan elemen Awareness, Education and Services (A.E.S.) dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Pegawai khidmat pelanggan kami akan membantu pembayar cukai yang hadir di Kaunter Perkhidmatan HASiL dalam urusan percukaian di samping akan membantu mempersiapkan pembayar cukai untuk beralih kepada penggunaan sepenuhnya e-Perkhidmatan menjelang 1 Januari 2024.
Pelaksanaan penggunaan e-Perkhidmatan secara mandatori ini bertujuan untuk:
- Memberikan akses yang mudah, selamat dan pantas kepada para pembayar cukai dalam melaksanakan urusan percukaian mereka tanpa perlu hadir ke pejabat HASiL.
- Meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan HASiL kepada pelanggan.
e-Perkhidmatan Yang Diwajibkan
Berikut adalah maklumat senarai e-Perkhidmatan yang diwajibkan penggunaannya secara berperingkat bermula 1 September 2023:
Pendaftaran Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
BIL. |
e-PERKHIDMATAN |
PENERANGAN |
PENGECUALIAN |
Terdapat dua (2) kaedah bagi permohonan No. PIN secara dalam talian seperti berikut: | |||
2. |
e-KYC |
e-KYC membolehkan pembayar cukai baharu membuat pendaftaran sijil digital melalui aplikasi mobile MyTax. Pembayar cukai perlu mengesahkan identiti secara dalam talian dengan memadankan foto pada MyKad / pasport dengan swafoto wajah pembayar cukai. |
|
3. |
e-CP55D |
e-CP55D membolehkan pembayar cukai membuat pendaftaran sijil digital melalui komputer meja atau komputer riba di Portal MyTax. |
|
BIL. |
e-PERKHIDMATAN |
PENERANGAN |
PENGECUALIAN |
4. |
e-Kemaskini Profil Diri Individu |
Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai individu membuat kemas kini profil diri secara dalam talian. |
|
5. |
e-Kemaskini Profil Syarikat |
Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai syarikat mengemas kini profil dan maklumat am secara dalam talian. |
BIL. |
e-PERKHIDMATAN |
PENERANGAN |
PENGECUALIAN |
6. |
e-PCB |
Aplikasi ini disediakan kepada majikan yang tidak menggunakan sistem penggajian berkomputer untuk membuat pengiraan, pengemukaan, bayaran dan menyemak PCB. Pengiraan PCB menggunakan aplikasi ini adalah mengambil kira potongan wajib dan potongan pilihan. |
|
7. |
e-CP39 |
Aplikasi ini disediakan kepada majikan untuk membuat pengiraan, pengemukaan dan bayaran PCB pekerja secara dalam talian bagi menggantikan borang CP39 manual. Aplikasi ini dibangunkan khusus untuk majikan yang tidak menggunakan sistem penggajian berkomputer. Pengiraan PCB menggunakan aplikasi ini adalah mengambil kira potongan wajib sahaja. |
|
8. |
e-Data PCB |
Aplikasi untuk majikan yang menggunakan sistem penggajian berkomputer bagi menghantar data PCB pekerja menggunakan format txt file dan membayar PCB secara dalam talian. |
|
9. |
e-Anggaran |
Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai kategori syarikat, badan amanah, koperasi dan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) mengemukakan anggaran cukai kena di bayar CP204 dan pindaan anggaran (CP204A) secara dalam talian. |
|
10. |
e-CKHT 502 |
Aplikasi ini membolehkan pengisian CKHT 502 secara dalam talian bagi pembayaran di bawah Seksyen 21B Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976) selaras dengan pelaksanaan Nombor Bil sebagai rujukan bagi urusan pembayaran cukai langsung mulai 01 Januari 2023. |
|
Pengemukaan Borang Nyata, Dokumen Percukaian & Surat Cara
BIL. |
e-PERKHIDMATAN |
PENERANGAN |
PENGECUALIAN |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
11. |
e-Filing |
Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai membuat pengisian dan penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara dalam talian. Pembayar cukai juga boleh menyemak, memuat turun dan mencetak semakan pengesahan BNCP yang telah dikemukakan secara dalam talian. Pengemukaan borang nyata secara elektronik diwajibkan bagi kategori pembayar cukai seperti di bawah:
Pengemukaan borang nyata secara elektronik telah diwajibkan bagi kategori pembayar cukai seperti di bawah:
|
Pengecualian diberikan bagi BNCP yang belum atau tidak lagi disediakan melalui e-Filing. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
12. |
e-Data Praisi / |
Aplikasi ini membolehkan majikan menghantar data maklumat saraan pekerja secara dalam talian. Maklumat saraan yang dikemukakan pada 1 Januari hingga 25 Februari setiap tahun akan dipraisi dalam e-Borang pekerja berkenaan. Data praisi tersebut masih boleh dipinda oleh pekerja jika terdapat perubahan sebelum penghantaran e-Borang. Maklumat saraan yang dikemukakan selepas 1 Mac setiap tahun tidak akan dipraisi ke dalam e-Borang pekerja dan dianggap sebagai pengemukaan biasa untuk tujuan pengemukaan Borang E. |
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
13. |
TAeF |
Aplikasi ini disediakan untuk ejen cukai membuat pengisian dan menghantar Borang Nyata dan borang anggaran cukai secara dalam talian bagi pihak pembayar cukai. |
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
14. |
MITRS |
Aplikasi dalam talian bagi kegunaan pembayar cukai untuk mengemukakan Helaian Kerja Percukaian, penyata kewangan dan dokumen sokongan lain yang diperlukan semasa proses audit/ siasatan (mengikut surat permohonan dokumen yang diterima dari HASiL).
|
Pengemukaan dokumen audit/ siasatan bagi kategori berikut hendaklah menggunakan HASiL OneDrive.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
15. |
STAMPS |
Sistem penyeteman dalam talian yang dibangunkan bagi tujuan permohonan taksiran dan pembayaran duti setem secara dalam talian. Sijil / Resit Setem yang dicetak daripada aplikasi ini perlu dilampirkan ke atas surat cara sebagai bukti duti setem telah dibayar/ dikecualikan. |
Bagi individu berumur di bawah 18 tahun, pembayar duti perlu mengisi borang Permohonan Penyeteman Dokumen Peribadi Di Kaunter melalui STAMPS dan hadir ke kaunter duti setem untuk taksiran dan pembayaran duti. |
e-Perkhidmatan Yang Belum Diwajibkan (Digalakkan Untuk Digunakan)
Bagi tujuan pembayaran cukai, HASiL amat menggalakkan pembayar cukai untuk menggunakan kaedah-kaedah pembayaran secara dalam talian yang telah disediakan bagi memastikan transaksi yang dilakukan adalah selamat, teratur dan diproses dengan pantas.
BIL. |
e-PERKHIDMATAN |
PENERANGAN |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pembayar cukai DIGALAKKAN membuat bayaran cukai secara dalam talian menggunakan salah satu kaedah di bawah: | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1. |
e-Billing |
Aplikasi ini digunakan oleh pembayar cukai untuk membuat semakan atau menjana Nombor Bil bagi semua jenis bayaran cukai sebelum membuat pembayaran. Aplikasi ini tidak terpakai bagi tujuan bayaran PCB dan duti setem. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2. |
ByrHASiL |
Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai membuat pembayaran cukai melalui bank-bank yang menjadi ahli FPX secara dalam talian. Bagi pembayaran menggunakan Nomber Bil, sila semak Nombor Bil menggunakan aplikasi e-Billing. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3. |
e-TT |
Aplikasi ini diperkenalkan bagi bayaran cukai melalui kaedah TT (Telegraphic Transfer), EFT dan IBG dari dalam dan luar negara bagi pelbagai jenis bayaran cukai. Aplikasi ini akan menjana Nombor Akaun Maya [Virtual Account (VA) Number] sebagai identiti pengenalan bayaran. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4. |
e-WHT |
Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai membuat pengisian Borang Bayaran Cukai Pegangan secara dalam talian.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5. |
e-107D |
Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai membuat pengisian Borang Bayaran Seksyen 107D dan memuat naik lampiran CP107D(2) secara dalam talian. |
Berikut adalah senarai lain-lain e-Perkhidmatan yang telah disediakan oleh HASiL tetapi belum diwajibkan. Pembayar cukai adalah digalakkan untuk menggunakan e-Perkhidmatan ini dalam urusan percukaian yang berkaitan.
BIL. |
e-PERKHIDMATAN |
PENERANGAN |
Pembayar cukai DIGALAKKAN menggunakan e-Perkhidmatan yang telah disediakan walaupun belum diwajibkan seperti di bawah: | ||
1. |
e-CKHT |
Aplikasi ini membolehkan semua kategori pembayar cukai membuat pengisian dan penghantaran Borang Nyata Cukai Keuntungan Harta Tanah (BNCKHT) secara dalam talian bagi tahun taksiran 2021 dan ke atas. |
2. |
e-Permohonan Pindaan BE |
Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai individu membuat permohonan pindaan bagi kes terlebih melaporkan pendapatan atau terkurang menuntut pelepasan yang dibenarkan semasa mengemukakan e-Borang dalam tempoh di bawah Seksyen 131 ACP 1967. |
3. |
e-CP22 |
Aplikasi ini membolehkan majikan mengemukakan borang pemberitahuan bagi pekerja baharu kepada HASiL secara dalam talian. |