PENGENALAN NOMBOR BIL SEBAGAI RUJUKAN BAYARAN SELAIN DARIPADA NOMBOR PENGENALAN CUKAI (TIN)

Dimaklumkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah memperkenalkan penggunaan Nombor Bil sebagai rujukan mandatori bagi urusan pembayaran semua jenis cukai langsung kecuali bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Duti Setem bermula 1 Januari 2023.

Walau bagaimanapun, penggunaan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) sebagai rujukan bayaran masih digunapakai bagi tempoh peralihan sehingga dimaklumkan kelak.

Perkhidmatan ByrHASiL melalui FPX

Perkhidmatan ini menggunakan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar cukai. Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX.

Bayaran boleh dibuat secara dalam talian di MyTax pada portal rasmi HASiL www.hasil.gov.my melalui ‘Perkhidmatan ezHasil’ > ‘ByrHASiL’ menggunakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau Nombor Bil sebagai rujukan bayaran.

Had amaun bagi setiap transaksi bayaran bagi perkhidmatan FPX di ByrHASiL adalah seperti berikut:

Jenis Akaun Had Transaksi
Individu RM5 Juta
(Had sebelum itu RM500 ribu)
Korporat/Perniagaan RM250 Juta
(Had sebelum itu RM100 Juta)

Walau bagaimanapun, had transaksi bayaran ini juga bergantung kepada had pengeluaran/transaksi maksimum yang telah ditetapkan oleh pemilik akaun atau bank berkaitan.

Sebagai contoh, walaupun had transaksi bagi individu menerusi FPX di ByrHASiL adalah sebanyak RM500 ribu, tetapi had pengeluaran maksimum akaun bank pembayar cukai ditetapkan sebanyak RM50 ribu, pembayar cukai masih tidak dapat membuat bayaran sekali gus kerana telah melebihi had pengeluaran maksimum yang ditetapkan. Pembayar cukai perlu berurusan dengan bank bagi peningkatan had transaksi berkenaan.

Bayaran cukai di Kaunter Pusat Pengurusan Terimaan Hasil LHDNM

LHDNM telah melaksanakan penamatan penerimaan instrumen bayaran cukai secara manual (tunai, cek dan bank deraf) bagi semua bayaran cukai langsung di Pusat Pengurusan Terimaan Hasil (PPTH) Kuching dan Kota Kinabalu bermula 01 Februari 2024. Hanya PPTH Kuala Lumpur sahaja yang akan menerima instrumen bayaran cukai secara manual. Sehubungan itu, bagi jenis bayaran cukai berikut:

PPTH LHDNM

No.

Jenis Bayaran Cukai

Medium Bayaran

Rujukan Bayaran

1.

Bayaran Kompaun

Tunai
Bank draft

Nombor Bil

2.

Cukai Pendapatan sahaja

Kad Kredit/
Kad Debit yang dikeluarkan dalam Malaysia sahaja

Nombor Bil

Caj Pentadbiran bayaran cukai menggunakan kad kredit sebanyak 0.8% ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan bermula 2 Disember 2024.

Lain-lain bayaran yang tidak disenaraikan seperti perenggan diatas akan dihentikan penerimaannya di kaunter Pusat Pengurusan Terimaan Hasil dan hanya boleh dibuat melalui kaedah bayaran seperti berikut:

  1. Portal MyTax (https://mytax.hasil.gov.my) melalui ‘Perkhidmatan ezHasil’ > ‘ByrHASiL’
  2. Portal perbankan internet bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
  3. Kaunter Pos Malaysia dan bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
  4. Mesin deposit tunai bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
  5. Mesin juruwang automatik (ATM) bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM

LHDNM telah melaksanakan pemberhentian penerimaan cek dan Money Order/Postal Order (MOPO) sebagai instrumen terimaan bagi bayaran cukai langsung di semua Pusat Pengurusan Terimaan Hasil (PPTH) LHDNM, Kaunter Bayaran Duti Setem, Bank dan Pejabat Pos yang menjadi ejen kutipan bayaran LHDNM bermula 1 Ogos 2023.

Pelaksanaan ini terpakai bagi semua jenis bayaran cukai langsung kecuali;

  • Bayaran Cukai Pendapatan bagi bayaran pendahuluan dan ansuran kes Audit, Siasatan dan Guaman Sivil menggunakan Cek/ Post Dated Cheque (PDC) yang telah dikemukakan kepada LHDNM sebelum 1 Ogos 2023

Bayaran Cukai Pendapatan Melalui Kad Kredit/Kad Debit di Kaunter Pusat Pengurusan Terimaan Hasil

Kaunter Pusat Pengurusan Terimaan Hasil Kuala Lumpur (PPTH KL) turut menyediakan kaedah bayaran menggunakan kad kredit dan kad debit.

Perkhidmatan ini boleh digunakan untuk semua kad kredit VISA dan Mastercard yang dikeluarkan di Malaysia.

Hanya bayaran cukai pendapatan sahaja yang dibenarkan dan Caj Pentadbiran bayaran cukai menggunakan kad kredit sebanyak 0.8% ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan bermula 2 Disember 2024.

Item Kod Bayaran Keterangan
1 086 Bayaran Ansuran Cukai Syarikat
2 088 Pendahuluan / Ansuran Cukai Komposit
3 095 Bayaran Cukai Pendapatan (tidak termasuk skim ansuran)
4 150 Bayaran Kenaikan Seksyen 103A / 103
5 151 Bayaran Seksyen 108
6 152 Bayaran Kenaikan Seksyen 108
7 153 Bayaran Kenaikan Komposit
8 154 Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(9) / 107B(3)
9 155 Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(10) / 107B(4)
10 156 Bayaran Kos Mahkamah
11 157 Bayaran Faedah Atas Hutang Hukuman
12 158 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Audit
13 159 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Pemungutan
14 160 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Guaman Sivil
15 173 Bayaran Kos Guaman
16 178 Bayaran Seksyen 108 (Sek 25)
17 181 Bayaran Kenaikan Seksyen 25
18 259 Bayaran Seniman Kembara
19 351 Bayaran Semula Pampasan 2%
20 353 Bayaran Kenaikan Pampasan 2%
21 361 Bayaran Penalti Khas Subseksyen 113(1)/114(1)
22 362 Bayaran Taksiran LBATA (Kadar Tetap RM 20,000.00)
23 363 Bayaran Taksiran LBATA (3% ke atas Pendapatan Bercukai)
24 364 Bayaran Kompaun LBATA
25 365 Bayaran Kenaikan Seksyen 13 LBATA
26 375 Bayaran Taksiran LBATA (24%Aktiviti Perdagangan)
27 376 Bayaran Taksiran LBATA (24%Aktiviti Bukan Perdagangan)



Bayaran Secara Pos

Selaras dengan pelaksanakan perubahan terimaan bayaran cukai di Pusat Pengurusan Terimaan Hasil Kuala Lumpur mulai 01 Januari 2025, hanya bayaran berikut sahaja yang akan diterima dan diproses;

Bil.

Jenis Bayaran Cukai

Medium Bayaran

Rujukan Bayaran

1.

Bayaran Kompaun

Bank draft

Nombor Bil

2.

Bayaran Cukai Pendapatan bagi bayaran pendahuluan dan ansuran kes Audit, Siasatan dan Guaman Sivil menggunakan Cek/ Post Dated Cheque (PDC) yang telah dikemukakan kepada LHDNM sebelum 1 Ogos 2023

Bank draft

Nombor Bil

Bayaran yang dibuat secara pos perlu dibuat menggunakan cek/draf bank berpalang dan dibayar kepada "KETUA PENGARAH HASIL DALAM NEGERI". Tuliskan nama dan nombor rujukan cukai pendapatan syarikat di belakang draf bank. Syarikat diingatkan untuk tidak menghantar wang tunai melalui pos untuk bayaran. Draf bank hendaklah dihantar ke alamat Pusat Pengurusan Terimaan Hasil Kuala Lumpur di alamat berikut:

Semenanjung Malaysia

Pusat Pengurusan Terimaan HASiL (PPTH) Kuala Lumpur

Aras Tanah, Blok 8A,
Kompleks Bangunan Kerajaan,
Jalan Tuanku Abdul Halim,
50600 Kuala Lumpur

Perkhidmatan Bayaran Cukai di Ejen-ejen Kutipan LHDNM

Bermula 1 Ogos 2023, LHDNM telah melaksanakan pemberhentian penerimaan cek, Bank Draft dan Money Order/Postal Order (MOPO) sebagai instrumen terimaan bagi bayaran cukai langsung di semua Kaunter Bayaran Bank dan Pejabat Pos yang menjadi ejen kutipan bayaran LHDNM.

Selaras dengan pelaksanaan penggunaan Nombor Bil sebagai rujukan mandatori bagi urusan pembayaran semua jenis cukai langsung bermula 1 Januari 2023, berikut adalah maklumat jenis perkhidmatan, jenis bayaran, caj serta rujukan bayaran bagi ejen kutipan hasil;

Bank Ejen Jenis Perkhidmatan Jenis Bayaran Caj Yang Dikenakan Rujukan Bayaran
Public Bank Bayaran Cukai Pendapatan IBG (Current Account) Tiada caj yang dikenakan Nombor Bil
Affin Bank IBG (Current Account) Tiada caj yang dikenakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
BSN - Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank bermula 30/8/2023 Tunai Tiada caj yang dikenakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
IBG (Current Account)
Maybank Tunai RM1.00 Nombor Bil
CIMB Bank Tunai
(Lock Amaun)
Tiada caj yang dikenakan Nombor Bil
Debit Akaun
(Lock Amaun)
Pos Malaysia Tunai Tiada caj yang dikenakan Nombor Bil
RHB IBG (Current Account) Tiada caj yang dikenakan Nombor Bil

Bank mengenakan caj tertentu bagi bayaran menggunakan tunai di kaunter perkhidmatan seperti jadual di atas.

Sila lengkapkan "Bank In Slip" LHDNM yang disediakan di kaunter bank berkenaan untuk bayaran. Slip bank yang dikeluarkan oleh bank ini boleh dijadikan sebagai bukti bayaran kerana LHDNM tidak akan mengeluarkan resit bayaran lain bagi pembayaran di bank.

Maklumat berikut perlu diisi ke dalam slip bayaran di bank:

Bayaran menggunakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) sebagai rujukan bayaran:

Rujukan Bayaran

Nombor Bil

TIN

  1. Nombor Bil
  2. Amaun bayaran

 

  1. Kod Bayaran
  2. Nama Pembayar Cukai/Majikan
  3. TIN/No Rujukan Majikan
  4. No. Kad Pengenalan
  5. Tahun Taksiran bagi bayaran yang dibuat/Tahun dan Bulan potongan bagi bayaran PCB
  6. Amaun bayaran

Bayaran melalui portal perbankan internet bank

Kemudahan pembayaran CP, CKHT turut disediakan melalui portal perbankan internet ejen kutipan LHDNM yang telah dilantik seperti berikut:

(Cukai Syarikat sahaja)

Bank Jenis Bayaran
Cukai Pendapatan CKHT PCB
Alliance Bank Ya Ya Ya
CIMB Bank Ya Ya Ya
Citibank Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf/penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank Ya
Hong Leong Bank Ya Ya Ya
Maybank Ya Ya Ya
Public Bank Ya Ya Ya
RHB Bank Ya Ya Ya
POS Malaysia - - -
Ambank - - Ya
OCBC Bank - - Ya
HSBC Bank - - Ya
Bank Islam Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf/penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank Ya
Bank Simpanan Nasional Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank bermula 30/8/2023 Ya
Agro Bank - - Ya
MBSB Bank Ya Ya Ya
Affin Bank - - Ya
JP Morgan Chase Berhad Ya Ya Ya
Bank Muamalat Ya Ya Ya

Pengesahan penerimaan melalui perbankan internet perlu disimpan sebagai bukti bayaran telah dibuat.

CARTA PERKHIDMATAN PEMBAYARAN MENERUSI EJEN KUTIPAN HASiL

Bank Ejen Bayaran CP / CKHT Bayaran PCB
Jenis Bayaran Kaunter ATM Perbankan Internet Perbankan Telefon / Mobile Mesin Deposit Tunai (CAM) Rujukan Bayaran Kaunter Perbankan Internet***
Alliance Bank  - - Ya  No Bil IBG* Ya 
Affin Bank Ya  - Ya TIN IBG* Ya
CIMB Bank Ya
'lock' amaun
(Tunai & Debit akaun)
Ya Ya  - Ya No Bil Tunai / IBG* Ya
Citibank Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank IBG*  Ya 
Hong Leong Bank  -  -  Ya -  - No Bil IBG*  Ya 
Maybank Ya Ya  Ya  - No Bil IBG*  Ya
Public Bank   Ya
(Debit akaun sahaja)
Ya Ya  Ya Nombor Bil IBG* Ya
RHB Bank Ya
(Debit Akaun sahaja)
Ya  Ya (Individu sahaja)  Ya No Bil IBG*  Ya
POS Malaysia  Ya (Tunai sahaja) No Bil Tunai sahaja** 
Ambank  - IBG*  Ya 
OCBC Bank  - IBG*  Ya 
HSBC Bank  - IBG*  Ya 
Bank Islam  Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank IBG*  Ya 
Bank Rakyat  Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank IBG*  Ya 
Bank Simpanan Nasional Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank bermula 30/8/2023
Agro Bank - -  - - - -  IBG* Ya 
MBSB Bank - - Ya  - - No Bil IBG*  Ya 
J.P. Morgan Chase Berhad - - Ya - - Nombor Bil IBG* Ya
Bank Muamalat - - Ya - - Nombor Bil IBG* Ya

IBG* (menggunakan nombor Akaun PCB/CP39)
Tunai sahaja** - Pengisian data dibuat melalui sistem e-Data PCB atau e-PCB HASiL
Perbankan Internet*** - Pengisian data PCB pekerja dan bayaran dilakukan menerusi perbankan internet bank