Memohon Bayaran Baki Cukai Secara Ansuran

Sekiranya sehingga tarikh akhir bayaran bagi suatu tahun taksiran syarikat masih gagal menyelesaikan cukai yang sepatutnya dibayar bagi tempoh yang berkenaan syarikat bolehlah memohon untuk membuat bayaran ansuran baki cukai. Bagi tujuan ini, syarikat perlu mengemukakan surat rayuan kepada Unit Pungutan di Pejabat HASiL fail fizikal anda berada sebelum tarikh akhir bayaran bagi tahun berkenaan. Namun begitu adalah diingatkan, sungguhpun rayuan diterima tetapi penalti lewat bayar tetap akan dikenakan.