PENGENALAN NOMBOR BIL SEBAGAI RUJUKAN BAYARAN SELAIN DARIPADA NOMBOR PENGENALAN CUKAI (TIN)

Dimaklumkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah memperkenalkan penggunaan Nombor Bil sebagai rujukan mandatori bagi urusan pembayaran semua jenis cukai langsung kecuali bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Duti Setem bermula 1 Januari 2023.

Walau bagaimanapun, penggunaan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) sebagai rujukan bayaran masih digunapakai bagi tempoh peralihan sehingga dimaklumkan kelak.

Perkhidmatan ByrHASiL melalui FPX

Perkhidmatan ini menggunakan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar cukai. Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX.

Bayaran boleh dibuat secara dalam talian di MyTax pada portal rasmi HASiL www.hasil.gov.my melalui ‘Perkhidmatan ezHasil’ > ‘ByrHASiL’ menggunakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau Nombor Bil sebagai rujukan bayaran.

Perkhidmatan ByrHASiL Untuk Bayaran Cukai Melalui Kad Kredit

LHDNM menghentikan sementara penerimaan bayaran cukai menggunakan kad kredit di portal ByrHASiL bermula 1 Oktober 2022 sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Bayaran melalui kad kredit masih boleh dibuat di PPTH KL, PPTH Kuching dan PPTH Kota Kinabalu. Bayaran Caj Pentadbiran sebanyak 0.8% akan dikenakan apabila membuat bayaran menggunakan Kad Kredit.

Bayaran di kaunter Pusat Pengurusan Terimaan Hasil (PPTH KL, PPTH Kuching, PPTH Kota Kinabalu)

Selaras dengan pelaksanaan penstrukturan semula perkhidmatan kaunter Pusat Pengurusan Terimaan Hasil (PPTH KL, PPTH Kuching, PPTH Kota Kinabalu) di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu mulai 1 April 2021, kaunter perkhidmatan di semua Pusat Pengurusan Terimaan HASiL hanya akan menerima bayaran seperti berikut:

  1. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) – Pegangan cukai 3% oleh pemeroleh hartanah di bawah seksyen 21B Akta CKHT 1976 (Borang CKHT502);
  2. Cukai Pendapatan Penghibur Awam (Seniman Kembara);
  3. Cukai Pegangan;
  4. Bayaran Kompaun; 
  5. Bayaran potongan cukai 2% terhadap pembayaran komisyen oleh syarikat pembayar kepada ejen, pengedar atau pengagih (Seksyen 107D, Akta Cukai Pendapatan 1967) dan;
  6. Bayaran Cukai Pendapatan menggunakan kad kredit / kad debit.

Lain-lain bayaran yang tidak disenaraikan seperti perenggan diatas akan dihentikan penerimaannya di kaunter Pusat Pengurusan Terimaan Hasil dan hanya boleh dibuat melalui kaedah bayaran seperti berikut:

  1. Portal MyTax (https://mytax.hasil.gov.my) melalui ‘Perkhidmatan ezHasil’ > ‘ByrHASiL’
  2. Portal perbankan internet bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
  3. Kaunter Pos Malaysia dan bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
  4. Mesin deposit tunai bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
  5. Mesin juruwang automatik (ATM) bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM

LHDNM telah melaksanakan pemberhentian penerimaan cek dan Money Order/Postal Order (MOPO) sebagai instrumen terimaan bagi bayaran cukai langsung di semua Pusat Pengurusan Terimaan Hasil (PPTH) LHDNM, Kaunter Bayaran Duti Setem, Bank dan Pejabat Pos yang menjadi ejen kutipan bayaran LHDNM bermula 1 Ogos 2023.

Pelaksanaan ini terpakai bagi semua jenis bayaran cukai langsung kecuali;

  • Bayaran Cukai Pendapatan bagi bayaran pendahuluan dan ansuran kes Audit, Siasatan dan Guaman Sivil menggunakan Cek/ Post Dated Cheque (PDC) yang telah dikemukakan kepada LHDNM sebelum 1 Ogos 2023; dan
  • Bayaran potongan cukai 2% terhadap pembayaran komisyen oleh syarikat pembayar kepada ejen, pengedar atau pengagih (Seksyen 107D, Akta Cukai Pendapatan 1967)

Bermula 1 Ogos 2023, pembayaran cukai langsung bagi saluran PPTH, bank ejen HASiL dan pejabat pos dengan menggunakan Nombor Bil atau Nombor Pengenalan Cukai/Tax Identification Number (TIN) boleh dilaksanakan melalui medium berikut:

PPTH LHDNM

Bil.

Jenis Bayaran Cukai

Medium Bayaran

Rujukan Bayaran

1.

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) – Pegangan cukai 3% oleh pemeroleh hartanah di bawah seksyen 21B Akta CKHT 1976 (Borang CKHT502)

Tunai

Bank draft

Nombor Bil

2.

Cukai Pendapatan Penghibur Awam

(Seniman Kembara)

Tunai

Bank draft

Nombor Bil/TIN

3.

Cukai Pegangan

Tunai

Bank draft

Nombor Bil/TIN

4.

Bayaran Kompaun

Tunai

Bank draft

Nombor Bil/TIN

5.

Cukai Pendapatan

Kad Kredit/Kad Debit yang dikeluarkan dalam Malaysia sahaja

Nombor Bil /TIN

Bayaran Cukai Pendapatan Melalui Kad Kredit/Kad Debit di Kaunter Pusat Pengurusan Terimaan Hasil

Kaunter Pusat Pengurusan Terimaan Hasil Kuala Lumpur, Kaunter Pusat Pengurusan Terimaan Hasil Kota Kinabalu dan Kaunter Pusat Pengurusan Terimaan Hasil Kuching turut menyediakan kaedah bayaran menggunakan kad kredit dan kad debit.

Perkhidmatan ini boleh digunakan untuk semua kad kredit VISA dan Mastercard yang dikeluarkan di Malaysia.

Item Kod Bayaran Keterangan
1 086 Bayaran Ansuran Cukai Syarikat
2 088 Pendahuluan / Ansuran Cukai Komposit
3 095 Bayaran Cukai Pendapatan (tidak termasuk skim ansuran)
4 150 Bayaran Kenaikan Seksyen 103A / 103
5 151 Bayaran Seksyen 108
6 152 Bayaran Kenaikan Seksyen 108
7 153 Bayaran Kenaikan Komposit
8 154 Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(9) / 107B(3)
9 155 Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(10) / 107B(4)
10 156 Bayaran Kos Mahkamah
11 157 Bayaran Faedah Atas Hutang Hukuman
12 158 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Audit
13 159 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Pemungutan
14 160 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Guaman Sivil
15 173 Bayaran Kos Guaman
16 178 Bayaran Seksyen 108 (Sek 25)
17 181 Bayaran Kenaikan Seksyen 25
18 259 Bayaran Seniman Kembara
19 351 Bayaran Semula Pampasan 2%
20 353 Bayaran Kenaikan Pampasan 2%
21 361 Bayaran Penalti Khas Subseksyen 113(1)/114(1)
22 362 Bayaran Taksiran LBATA (Kadar Tetap RM 20,000.00)
23 363 Bayaran Taksiran LBATA (3% ke atas Pendapatan Bercukai)
24 364 Bayaran Kompaun LBATA
25 365 Bayaran Kenaikan Seksyen 13 LBATA
26 375 Bayaran Taksiran LBATA (24%Aktiviti Perdagangan)
27 376 Bayaran Taksiran LBATA (24%Aktiviti Bukan Perdagangan)

Bayaran Secara Pos

Selaras dengan pelaksanakan pemberhentian penerimaan cek, Bank Draft dan Money Order/Postal Order (MOPO) sebagai instrumen terimaan bagi bayaran cukai langsung di semua Kaunter Bayaran Bank dan Pejabat Pos yang menjadi ejen kutipan bayaran LHDNM bermula 1 Ogos 2023, Bayaran yang dibuat secara pos hendaklah menggunakan medium bayaran berikut;

Bil.

Jenis Bayaran Cukai

Medium Bayaran

Rujukan Bayaran

1.

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) – Pegangan cukai 3% oleh pemeroleh hartanah di bawah seksyen 21B Akta CKHT 1976 (Borang CKHT502)

Bank draft

Nombor Bil

2.

Cukai Pendapatan Penghibur Awam

(Seniman Kembara)

Bank draft

Nombor Bil/TIN,

3.

Cukai Pegangan

Bank draft

Nombor Bil/TIN

4.

Bayaran Kompaun

Bank draft

Nombor Bil/TIN

5.

Bayaran Cukai Pendapatan bagi bayaran pendahuluan dan ansuran kes Audit, Siasatan dan Guaman Sivil menggunakan Cek/ Post Dated Cheque (PDC) yang telah dikemukakan kepada LHDNM sebelum 1 Ogos 2023

Cek

Bank draft

Nombor Bil/TIN

6.

Bayaran potongan cukai 2% terhadap pembayaran komisyen oleh syarikat pembayar kepada ejen, pengedar atau pengagih (Seksyen 107D, Akta Cukai Pendapatan 1967)

Cek

Bank draft

Nombor Bil/TIN

Bayaran yang dibuat secara pos perlu dibuat menggunakan cek/draf bank berpalang dan dibayar kepada "KETUA PENGARAH HASIL DALAM NEGERI". Tuliskan nama dan nombor rujukan cukai pendapatan syarikat di belakang cek/draf bank. Syarikat diingatkan untuk tidak menghantar wang tunai melalui pos untuk bayaran. Cek/draf bank hendaklah dihantar ke alamat Pusat Pengurusan Terimaan Hasil Kuala Lumpur di Jalan Tunku Abdul Halim, Pusat Pengurusan Terimaan Hasil Kuching di Sarawak, atau Pengurusan Terimaan Hasil Kota Kinabalu di Sabah.

Semenanjung Malaysia Sabah Sarawak

Pusat Pengurusan Terimaan HASiL (PPTH) Kuala Lumpur

Aras Tanah, Blok 8A,
Kompleks Bangunan Kerajaan,
Jalan Tuanku Abdul Halim,
50600 Kuala Lumpur

Pusat Pengurusan Terimaan HASiL (PPTH) Kota Kinabalu

Tingkat Bawah Menara Hasil, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
88600 Kota Kinabalu, Sabah

Pusat Pengurusan Terimaan HASiL (PPTH) Kuching

Aras 1, Menara Hasil,
No. 1, Jalan Padungan,
93100 Kuching, Sarawak

Perkhidmatan Bayaran Cukai di Ejen-ejen Kutipan LHDNM

Bermula 1 Ogos 2023, LHDNM akan melaksanakan pemberhentian penerimaan cek, Bank Draft dan Money Order/Postal Order (MOPO) sebagai instrumen terimaan bagi bayaran cukai langsung di semua Kaunter Bayaran Bank dan Pejabat Pos yang menjadi ejen kutipan bayaran LHDNM.

Senarai Bank dan Pejabat Pos yang menawarkan perkhidmatan bayaran cukai di kaunter adalah seperti berikut;

  1. CIMB Bank
  2. Public Bank
  3. Maybank
  4. POS Malaysia (bayaran secara tunai sahaja)
  5. Affin Bank
  6. Bank Rakyat
  7. Bank Simpanan Nasional - Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank bermula 30/8/2023)

Selaras dengan pelaksanaan penggunaan Nombor Bil sebagai rujukan mandatori bagi urusan pembayaran semua jenis cukai langsung bermula 1 Januari 2023, berikut adalah maklumat jenis perkhidmatan, jenis bayaran, caj serta rujukan bayaran bagi ejen kutipan hasil;

Bank Ejen Jenis Perkhidmatan Jenis Bayaran Caj Yang Dikenakan Rujukan Bayaran
Public Bank Bayaran Cukai Pendapatan Tunai RM2.00 Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
Affin Bank IBG (Current Account) Tiada caj yang dikenakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
BSN - Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank bermula 30/8/2023 Tunai Tiada caj yang dikenakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
IBG (Current Account)
Maybank Tunai RM1.00 Nombor Bil
CIMB Bank Tunai Tiada caj yang dikenakan Nombor Bil- Bermula 16 Ogos 2023
Debit Akaun
Pos Malaysia Tunai Tiada caj yang dikenakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN)

Bank mengenakan caj tertentu bagi bayaran menggunakan tunai di kaunter perkhidmatan seperti jadual di atas.

Sila lengkapkan "Bank In Slip" LHDNM yang disediakan di kaunter bank berkenaan untuk bayaran. Slip bank yang dikeluarkan oleh bank ini boleh dijadikan sebagai bukti bayaran kerana LHDNM tidak akan mengeluarkan resit bayaran lain bagi pembayaran di bank.

Maklumat berikut perlu diisi ke dalam slip bayaran di bank:

Bayaran menggunakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) sebagai rujukan bayaran:

  1. Kod Bayaran
  2. Nama Pembayar Cukai/Majikan
  3. No. Rujukan Cukai/No Rujukan Majikan
  4. No. Kad Pengenalan
  5. Tahun Taksiran bagi bayaran yang dibuat/Tahun dan Bulan potongan bagi bayaran PCB
  6. Amaun bayaran

Bayaran menggunakan Nombor Bil sebagai rujukan bayaran:

  1. Nombor Bil
  2. Amaun bayaran

Bayaran melalui portal perbankan internet bank

Kemudahan pembayaran CP, CKHT turut disediakan melalui portal perbankan internet ejen kutipan LHDNM yang telah dilantik seperti berikut:

(Cukai Syarikat sahaja)

Bank Jenis Bayaran
Cukai Pendapatan CKHT
Alliance Bank Ya Ya
CIMB Bank Ya Ya
Citibank Ya
(Cukai Syarikat sahaja)
Ya
(Cukai Syarikat sahaja)
Hong Leong Bank Ya Ya
Maybank Ya Ya
Public Bank Ya Ya
RHB Bank Ya Ya
POS Malaysia - -
Ambank - -
OCBC Bank - -
HSBC Bank - -
Bank Islam Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf/penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank
Bank Simpanan Nasional Dihentikan sementara berikutan pelaksanaan proses menaik taraf penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank bermula 30/8/2023
Agro Bank - -
MBSB Bank Ya Ya
JP Morgan Chase Berhad - -

Pengesahan penerimaan melalui perbankan internet perlu disimpan sebagai bukti bayaran telah dibuat.

LHDNM telah memperkenalkan Sistem e-TT bermula 1 April 2022 bagi bayaran cukai pendapatan melalui kaedah pindahan Telegraphic Transfer (TT)/ Electronic Funds Transfer (EFT) dan Interbank Giro (IBG) dari dalam dan luar negara.

e-TT merupakan sistem yang akan menjana Nombor Akaun Maya (Virtual Account Number (VA) sebagai identiti pengenalan bayaran. Pembayar cukai yang hendak membuat bayaran cukai menerusi kaedah pindahan telegrafik (TT) dari dalam dan luar negara dikehendaki untuk mengakses Sistem e-TT yang boleh dicapai di Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my  melalui ‘Perkhidmatan ezHasil’ > ‘e-TT’ dan mengisi maklumat bayaran dengan lengkap sebelum penjanaan Nombor Virtual Account (VA). Nombor VA yang diberikan perlu digunakan sebagai nombor akaun semasa membuat bayaran.

Sistem ini diperkenalkan bagi bayaran cukai pendapatan, cukai petroleum, Bayaran Kompaun, Cukai Penghibur Awam (Seniman Kembara) dan Cukai Pegangan.

Bayaran cukai menggunakan VA dari Sistem e-TT boleh dilakukan melalui:

  • Portal perbankan internet menerusi IBG/RENTAS/Pindahan Telegrafik /Pindahan Wang
  • Kaunter Bank: IBG/RENTAS/Pindahan Telegrafik /Pindahan Wang sahaja*
    *Bayaran secara tunai dan cek tidak dibenarkan
  • Mesin Wang Automatik (Automated Teller Machine (ATM)

Resit bayaran akan dikeluarkan berdasarkan kepada maklumat yang diterima di Portal eTT. Tiada pindaan resitan bagi maklumat seperti perubahan/tambahan nama pembayar, nama penerima, pindaan no. rujukan, kod bayaran, tahun taksiran dan maklumat-maklumat lain. Pembayar cukai perlu merujuk kepada cawangan bagi permohonan pindaan/pelarasan resit.