Penjelasan Berkaitan Tanggungjawab Dan Peranan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) Dibawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendaparan 1967 (ACP1967)

  1. Nota ini bertujuan memberikan penjelasan berkenaan tanggungjawab dan peranan KPHDN bagi tujuan melaksanakan insentif cukai di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967 . Semoga nota ini dapat membantu memberikan maklumat, kefahaman dan penjelasan kepada pembayar cukai, ejen cukai, pegawai LHDNM dan orang awam.
  2. Kelulusan KPHDN dibawah peruntukan subseksyen 44(6) memberikan keistimewaan kepada institusi/organisasi/tabung mendapat pengecualian pendapatan di bawah perenggan 13(1) Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967. Manakala penderma boleh menikmati potongan atas sebab derma/sumbangan tunai yang dibuat kepada institusi/organisasi/tabung yang diluluskan oleh KPHDN ini semasa pengiraan cukai.
  3. Bagi memastikan ketelusan dan tiada penyalahgunaan kelulusan, KPHDN memainkan peranan dan tanggungjawabnya mengikut rangka kerja semakan pematuhan . Rangka kerja ini boleh diakses di laman sesawang rasmi LHDNM.
  4. Apakah peranan dan tanggungjawab KPHDN terhadap peruntukan kelulusan di bawah subseksyen 44(6)?
    • Menerima dan memproses permohonan kelulusan
    • Meluluskan permohonan yang layak dan mengeluarkan surat kelulusan bersama-sama dengan syarat kelulusan dan dasar pelaburan
    • Mendaftarkan nombor rujukan permohonan/kelulusan institusi/organisasi/tabung yang membuat permohonan
    • Memberikan khidmat nasihat dan panduan kepada pemohon dan pembayar cukai
    • Memastikan institusi/organisasi/tabung diluluskan patuh kepada syarat kelulusan menerusi tindakan semakan pematuhan dari semasa ke semasa
    • Memendekkan tempoh kelulusan atau menamatkan tempoh kelulusan , jika berkaitan
    • Menerima pertanyaan dan memberikan maklumbalas
    • Merangka , menyediakan dan mengemaskini garispanduan / peraturan berkaitan syarat kelulusan KPHDN mengikut keperluan semasa
    • Meningkatkan keyakinan orang awam terhadap pengurusan dan pentadbiran sesebuah institusi/organisasi/tabung dibawah kelulusan KPHDN
    • Memastikan akauntabiliti insitutusi/organisasi/tabung yang diluluskan oleh KPHDN
    • Memastikan keperluan dan peraturan difahami oleh institusi/organisasi/tabung dalam proses permohonan dan semakan pematuhan demi kepentingan awam