Penjelasan Ringkas Berkaitan Konsesi Yang Dinikmati Oleh Institusi/Organisasi/Tabung Yang Diluluskan Oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) Di Bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967)

  1. Nota ini bertujuan memberikan penjelasan berkenaan dengan konsesi yang dinikmati oleh institusi/organisasi/tabung yang diluluskan oleh KPHDN dibawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Semoga nota ini dapat membantu memberikan kefahaman dan penjelasan kepada pembayar cukai, ejen cukai, pegawai LHDNM dan orang awam berkaitan konsesi yang diterima oleh institusi/organisasi/tabung yang diluluskan oleh KPHDN.
  2. Terdapat 3 jenis konsesi yang berkaitan dengan kelulusan KPHDN yang boleh diperolehi oleh institusi/organisasi/tabung iaitu :
    1. Pengecualian cukai ke atas semua pendapatan yang diterima termasuk derma dan sumbangan tunai daripada penderma/penyumbang. Kuasa pengecualian ini ialah dibawah perenggan 13(1)(a) Jadual 6 ACP 1967.
    2. Penderma/penyumbang layak mendapat potongan (terhad kepada 10% daripada pendapatan agregat) bagi derma/sumbangan tunai yang dibuat kepada institusi/organisasi/tabung yang diluluskan oleh KPHDN dibawah subseksyen 44(6) ACP 1967. Resit tuntutan mestilah disimpan sebagai bukti kerana perlu disemak oleh LHDNM. Manakala penderma/penyumbang kepada kerajaan/kerajaan negeri layak mendapat potongan seperti mana amaun yang disumbangkan tanpa had atau sekatan.
    3. Aset yang dilupuskan oleh institusi/organisasi/tabung yang diluluskan oleh KPHDN tidak tertakluk kepada Cukai Keuntungan Hartanah dibawah perenggan 3 (e) Jadual 2 Akta Cukai Keuntungan Hartanah 1975 kerana harga pemerolehan dianggap sama dengan harga pelupusan. Pengisian CKHT 1A masih diperlukan bagi tujuan pengecualian ini.