PROSIDING RESOLUSI PERTIKAIAN (PRP)

  1. Sesi PRP boleh diadakan atas permintaan pembayar cukai atau mengikut keperluan Jabatan Resolusi Pertikaian. Proses ini berkesan sebagai medium untuk menyemak dan menyelesaikan kes sebelum Borang Q dikemukakan kepada PKCP.
  2. PRP dapat menjimatkan kos dan masa pembayar cukai dan HASiL serta merupakan satu platform yang efektif untuk mewujudkan engagement antara HASiL dengan pembayar cukai.
  3. Sekiranya pembayar cukai ingin memohon mengadakan sesi PRP bagi borang Q yang telah dikemukakan, permohonan tersebut hendaklah dibuat secara bertulis melalui surat atau e-mel kepada Jabatan Resolusi Pertikaian.

Bagi penjelasan dan maklumat lanjut berkaitan PRP, sila rujuk kepada Garis Panduan Prosiding Resolusi Pertikaian.

Bagi penjelasan yang lebih lanjut berkaitan rayuan ke atas taksiran cukai yang dibangkitkan, sila rujuk kepada Ketetapan Umum No.7/2020 (Rayuan Terhadap Sesuatu Taksiran Dan Permohonan Relif).