PERMOHONAN RELIF DI BAWAH ACP

  1. Selain daripada rayuan di bawah seksyen 99 ACP, seorang pembayar cukai boleh membuat permohonan relif ke atas kesilapan atau khilaf dalam BNCP yang dibuat olehnya. Penentuan sama ada pembayar cukai telah melakukan kesilapan atau khilaf merupakan persoalan fakta dan undang-undang.
  2. Beban pembuktian terdapatnya kesilapan atau khilaf adalah terletak di pihak pembayar cukai. KPHDN hanya akan menyemak semula taksiran sekiranya dia berpuas hati bahawa pembayar cukai telah melakukan kesilapan atau khilaf dalam BNCP atau penyataan yang dibuat olehnya bagi tujuan ACP yang dikemukakan kepada KPHDN.
  3. Syarat-syarat bagi permohonan relif di bawah seksyen 131 ACP adalah:
    1. permohonan relif tidak akan dipertimbangkan sekiranya BNCP yang dikemukakan selari dengan pendirian, ketetapan dan amalan KPHDN yang terdapat pada masa taksiran itu dibuat.
    2. pembayar cukai telah membayar kesemua cukai yang telah ditaksir bagi tahun taksiran berkenaan.
  4. Pembayar cukai perlu membuat permohonan bertulis melalui surat atau Borang CP15C kepada KPHDN dalam tempoh masa lima (5) tahun selepas berakhirnya tahun taksiran di mana taksiran disifatkan atau dibangkitkan.

  1. Permohonan relif bagi kes selain daripada kesilapan dan khilaf dibenarkan bagi keadaan berikut:
    1. apa-apa pengecualian, relif, penghapusan (remission), elaun atau potongan di bawah ACP atau mana-mana undang-undang bertulis yang telah diwartakan selepas tahun taksiran yang mana BNCP telah dikemukakan; atau
    2. kelulusan untuk apa-apa pengecualian, relif, penghapusan (remission), elaun atau potongan diperolehi selepas tahun taksiran yang mana BNCP telah dikemukakan; ATAU
    3. tuntutan yang tidak dibenarkan ke atas bayaran yang belum boleh dibayar di bawah subseksyen 107A(2) atau 109(2), seksyen 109A, atau subseksyen 109B(2) atau 109F(2) ACP pada tarikh BNCP dikemukakan.
  2. Syarat-syarat bagi permohonan relif di bawah seksyen 131A ACP adalah:
    1. pembayar cukai hendaklah mengemukakan BNCP mengikut subseksyen 77(1) atau 77A(1) ACP;
    2. pembayar cukai telah membayar kesemua cukai yang telah ditaksir bagi tahun taksiran berkenaan.
  3. Pembayar cukai perlu membuat permohonan bertulis kepada KPHDN melalui surat atau Borang CP15F di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan seperti berikut:
    1. bagi permohonan relief yang dinyatakan di subperenggan 5(a) dan (b), dalam tempoh lima (5) tahun selepas berakhir tahun yang mana pengecualian, relif, penghapusan, elaun atau potongan tersebut diterbitkan di dalam Warta, atau kelulusan diperolehi, yang mana terkemudian; DAN
    2. bagi permohonan relief yang dinyatakan di subperenggan 5(c), dalam tempoh satu (1) tahun selepas berakhir tahun yang mana bayaran dibuat.

  1. Kes tidak kena cukai adalah apabila pembayar cukai mengemukakan BNCP kepada KPHDN di bawah subseksyen 77(1) atau 77A(1) ACP dan didapati tiada pendapatan bercukai. Bagi kes tidak kena cukai ini, pembayar cukai boleh membuat permohonan bertulis kepada KPDHN untuk meminda BNCP itu:
    1. jika terdapat kesilapan atau khilaf dan ia adalah seperti permohonan relif di bawah seksyen 131 ACP yang dinyatakan di perenggan 1 hingga 4 di atas; ATAU
    2. jika dalam keadaan bukan kesilapan atau khilaf dan ia adalah seperti permohonan relif di bawah seksyen 131A ACP yang dinyatakan di perenggan 5 hingga 7 di atas.

Bagi penjelasan dan maklumat lanjut berkaitan permohonan relif, sila rujuk kepada Ketetapan Umum No.7/2020 (Rayuan Terhadap Sesuatu Taksiran Dan Permohonan Relif).

  1. Permohonan relif boleh dibuat sama ada melalui surat atau borang yang telah ditetapkan dengan menyatakan alasan-alasan terperinci berkaitan dengan permohonan tersebut. Borang-borang permohonan relif boleh dimuat turun dan dicetak melalui pautan berikut:
  2. Sekiranya surat atau borang tidak diisi dengan butiran yang betul, permohonan akan dikembalikan kepada pembayar cukai bagi membolehkan pembayar cukai mengemukakan permohonan relif yang baru.
  3. Sekiranya permohonan relif ini diluluskan oleh KPHDN, taksiran akan dipinda dan taksiran kurangan akan dikeluarkan.
  4. Jika permohonan relif ditolak oleh KPHDN, surat penolakan permohonan berserta alasan penolakan akan dikeluarkan kepada pembayar cukai.
  5. Jika pembayar cukai tidak setuju dengan keputusan KPHDN tersebut, dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh surat penolakan, pembayar cukai boleh meminta KPHDN melalui surat untuk menghantar permohonan relif (yang telah dikemukakan sebelum ini) kepada PKCP. KPHDN akan mengemukakan permohonan relif pembayar cukai kepada PKCP dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh penerimaan surat permintaan tersebut. Contoh Surat Permintaan Pembayar Cukai boleh dimuat turun melalui pautan berikut: Contoh Surat Permintaan Pembayar Cukai
  6. Dalam kes BNCP yang disifatkan atau BNCP terpinda yang disifatkan telah dikemukakan selaras dengan pendirian, ketetapan dan amalan KPHDN yang terdapat pada masa taksiran itu dibuat, permohonan pembayar cukai untuk relif di bawah subseksyen 97A(5)(a) dan 131 ACP kerana kesilapan atau khilaf tidak boleh diterima walaupun pembayar cukai boleh membuktikan terdapat kesilapan atau khilaf melainkan kesilapan dari segi aritmetik atau pengiraan sahaja.

Bagi penjelasan dan maklumat lanjut berkaitan permohonan relif, sila rujuk kepada Ketetapan Umum No.7/2020 (Rayuan Terhadap Sesuatu Taksiran Dan Permohonan Relif).