Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) adalah salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.

HASiL ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.

Dahulu dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (JHDNM), ia diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).

Agensi ini bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran cukai langsung di bawah akta berikut :

  • Akta Cukai Pendapatan 1967
  • Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967
  • Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
  • Akta Penggalakan Pelaburan 1986
  • Akta Setem 1949
  • Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990

  1. Untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan dan memberi perkhidmatan dalam pentadbiran, penaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti harta pusaka, duti setem dan apa-apa cukai lain sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan dengan Lembaga,
  2. Untuk menasihati Kerajaan mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan percukaian dan menghubungi Kementerian dan badan berkanun yang sewajarnya mengenai perkara-perkara tersebut,
  3. Untuk turut serta di dalam atau di luar Malaysia berkenaan dengan perkara-perkara yang berhubungan dengan percukaian,
  4. Untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberi kepada Lembaga oleh mana-mana undang-undang bertulis lain dan
  5. Boleh bertindak sebagai ejen pemungutan untuk dan bagi pihak mana-mana badan untuk mendapatkan pinjaman yang kena dibayar balik kepada badan itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

  1. Membuat Kontrak,
  2. Mempergunakan segala harta Lembaga, alih dan tak alih, dengan cara yang difikirkan suaimanfaat oleh Lembaga termasuklah mendapatkan pinjaman dengan menggadai harta tersebut,
  3. Melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan, sama ada bersendiri atau bersama-sama dengan organisasi lain, atau agensi antarabangsa, bagi menggalakkan pemahaman percukaian yang lebih baik,
  4. Memberi nasihat atau bantuan teknikal, termasuk kemudahan latihan kepada pihak-pihak berkuasa percukaian negara-negara lain,
  5. Mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga,
  6. Memberi pinjaman kepada pekerja-pekerja Lembaga bagi apa-apa maksud yang diluluskan secara khusus oleh Lembaga,
  7. Menyediakan kemudahan rekreasi dan menggalakkan kegiatan rekreasi bagi, dan kegiatan yang berfaedah untuk, kebajikan pekerja Lembaga,
  8. Menyediakan latihan untuk pekerja Lembaga dan memberi biasiswa atau selainnya membiayai latihan tersebut dan
  9. Melakukan apa juga yang bersampingan dengan mana-mana kuasanya.

DATUK DR. ABU TARIQ BIN JAMALUDDIN P.G.D.K
Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

DATUK HISHAM BIN RUSLI D.M.S.M
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar)
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

DATO' KHAIRUL HALIMIN BIN ABDUL HALIM
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Cawangan Khas)
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

SHAHARRUDY BIN OTHMAN
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan)
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

DATUK AHMAD KHAIRUDDIN BIN ABDULLAH P.G.D.K
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan)
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

KOSONG
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian)
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Ibu Pejabat
  1. MARSIDE @ MARSIDI BIN JULIKA @ ZELIKA
    Ketua Pegawai Sektor Operasi Cukai

  2. DATO' AZHAR BIN HUSIN
    Ketua Pegawai Sektor Siasatan

  3. MOHAMAD FAUZI BIN SA'AT
    Ketua Pegawai Sektor Pematuhan Cukai

  4. ZAHARI BIN ALI
    Ketua Pegawai Sektor Modal Insan

  5. ROSNITA BINTI AHMAD
    Ketua Pegawai Sektor Dasar Percukaian

  6. NORHANADIA BINTI SAMSUDIN
    Pengarah Jabatan Percukaian Antarabangsa

  7. NORAINI BINTI MUSTAFA
    Pengarah Jabatan Logistik Korporat

  8. MOHAMMAD NAZRI BIN ISMAIL
    Pengarah Jabatan Pungutan Hasil

  9. DATUK AKMAL JOHARI BIN ISMAIL
    Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah

  10. VIJAYEN A/L NAGALINGHAM
    Pengarah Cawangan Industri Khusus

  11. NORISHAM BIN LONG
    Pengarah Jabatan Penyelidikan dan Strategik

  12. ZALEHA BINTI ADAM
    Pengarah Jabatan Undang-Undang

  13. SHAFUDIN BIN YACOB
    Pengarah Jabatan Operasi Setem dan CKHT

  14. JAFNI BIN HASHIM
    Pengarah Cawangan Pembayar Cukai Besar

  15. TS. AHMAD SAUQI BIN ISHAK
    Pengarah Jabatan Digital

  16. ANIS SABIRIN BINTI JAAPAR
    Pengarah Cawangan Cukai Multinasional

  17. NORHASLINDA BINTI BUKHARI
    Jabatan Resolusi Pertikaian

  18. NORHISHAM BIN AHMAD
    Pengarah Cawangan Guaman Lembah Klang

  19. SYAREIN B ABU SAMAH
    Pengarah Cawangan Pembayar Cukai Asing

  20. MUHAMMAD AZHARI BIN TAMRIN @ THAMRIN
    Pengarah Jabatan Perisikan dan Profiling

  21. DATUK MATHAN A/L KALIAPPAN
    Pengarah Cawangan Pematuhan Strategik

  22. SHAHRUL NIZA BIN BISHAHRIN
    Pengarah Jabatan Khidmat Korporat

  23. NOORIAH BINTI MOHD MAINURI
    Pengarah Akademi Percukaian Malaysia

  24. DATIN WAN RAZANAWANI BINTI WAN ZAKARIA
    Pengarah Jabatan Integriti dan Pengurusan Risiko

  25. RAZALI BIN BACHOK
    Pengarah Jabatan Kewangan

  26. ANIZA BINTI KHAIRUDDIN
    Pengarah Jabatan Audit Dalam

Pengarah Negeri LHDNM
  1. SHIFAAK BINTI MD. AMIN
    Pengarah LHDNM Johor

  2. ABANG EHSAN BIN ABANG ABU BAKAR
    Pengarah LHDNM Sarawak

  3. AZRUL HISHAM BIN SHAMSUDIN
    Pengarah LHDNM Wilayah Persekutuan Putrajaya

  4. BADRI BIN BASIRAN @ BASIR
    Pengarah LHDNM Perak

  5. BACHO BIN ABDUL KARIM
    Pengarah LHDNM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  6. DATIN DAYANG HALIMAH BINTI AWANG AHMAD
    Pengarah LHDNM Sabah

  7. RANJEET KAUR
    Pengarah LHDNM Pulau Pinang

  8. ESMARLINA BINTI MOHD ISA
    Pengarah LHDNM Selangor

  9. DATUK MOHD SHAHRIZ BIN RAMLI
    Pengarah LHDNM Melaka

  10. NOR AZAM BIN MOHAMAD
    Pengarah LHDNM Kedah

  11. ROSMAN BIN MOHAMAD
    Pengarah LHDNM Terengganu

  12. AMILIN BIN MAHIR
    Pengarah LHDNM Pahang

  13. ZULAT'FI BIN MOHAMAD
    Pengarah LHDNM Kelantan

  14. MOHAMAD RAZLI BIN MOHAMAD ALI
    Pengarah LHDNM Negeri Sembilan

  15. MOHD AFFENDI BIN AYUB
    Pengarah LHDNM Perlis